Pages

Monday, December 27

MEMORANDUM TUNTUTAN PENGURANGAN HARGA YURAN KOLEJ KEDIAMAN OLEH MPMUM

MEMORANDUM TUNTUTAN
PENGURANGAN HARGA YURAN KOLEJ-KOLEJ
KEDIAMAN DI UNIVERSITI MALAYA

PENDAHULUAN
Isu harga yuran Kolej Kediaman di Universiti Malaya merupakan satu permasalahan tradisi yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Isu ini dipandang serius kerana memberi impak kepada mahasiswa akibat harga yuran yang terlalu mahal dan lebih membebankan lagi dengan kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur yang memerlukan kos sara hidup yang sangat tinggi. Sebagai mahasiswa yang belum bekerja dan hanya bergantung sepenuhnya dengan wang pinjaman atau biasiswa semestinya menyukarkan lagi kehidupan selaku penuntut di manara gading sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan secara holistik serta bijaksana.
Justeru itu kami pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Sesi 2009/2010 (MPMUM) selaku suara kepada kebajikan mahasiswa seluruh kampus ingin menuntut agar pengurangan harga yuran kolej-kolej kediaman dapat dipertimbangkan seterusnya diluluskan sesuai dengan kemampuan mahasiswa. Pada masa kini, harga yuran yang dikenakan kepada penghuni kolej iaitu bagi Kolej Kediaman yang memiliki dewan makan sebanyak RM10.00 sehari manakala Kolej Kediaman yang tidak memiliki dewan makan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM6.50 sehari.
Jika diimbas kembali sejarah harga yuran kolej kediaman, pada tahun 1980 harga yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM6.50 (terdapat hanya enam buah kolej kediaman), seterusnya pada tahun 1987 harga yuran dinaikkan kepada RM8.00 sehari. Akabat kesan kerugian perbelanjaan kolej pada tahun 1996, pihak universiti telah menaikkan lagi kadar yuran pada tahun 1998 menjadi jumlahnya sebanyak RM10.00.
Oleh itu pihak kami berbesar hati agar kadar yuran kolej kediaman pada masa kini dapat dikurangkan serendah-rendahnya pada kadar RM4.50 sehari setelah mengambil kira beberapa faktor sampingan serta anggaran perbelanjaan kolej kediaman dalam tempoh setahun. Dalam memorandum ini juga, kami akan lampirkan anggaran perbelanjaan kasar kolej kediaman setahun serta perbandingan harga yuran asrama bagi universiti-universiti tempatan yang lain. Pihak kami akan cuba meyakinkan pada pihak YBhg. Dato’ bahawa cadangan penurunan harga yuran ini adalah tepat pada masanya dan relevan untuk digunapakai sepenuhnya pada masa hadapan.
JUSTIFIKASI
  1. Berdasarkan kepada anggaran perbelanjaan kolej kediaman setahun seperti di lampiran di bawah, pada kadar RM4.50 sehari adalah munasabah dan masih mencukupi untun menanggung segala kos yang digunakan oleh pentadbiran kolej kediaman. Anggaran pendapatan sesebuah kolej kediaman ialah sebanyak RM830,000.00 manakala pendapatan kolej daripada bayaran 700 orang penghuni adalah sebanyak RM756,000.00 setahun. Jumlah kos tambahan yang diperlukan lagi sekurang-kurangnya RM74,000.00 tetapi ini dapat di atasi sekiranya bayaran bil eletrik yang ditanggung sepenuhnya oleh kolej kediaman kini disubsidikan oleh pihak universiti sebagaimana yang dilakukan oleh universiti-universiti tempatan yang lain. Sekiranya RM4.50 ini relevan dan digunapakai oleh Kolej Kediaman, jumlah yang perlu dibayar oleh mahasiswa hanyalah sebanyak RM4.50 x 30 hari x 4 bulan = RM540.00 sahaja. Jika dinilai semula dengan kos perbelanjaan ini, mungkin kadar ini juga dapat dikurangkan lebih daripada itu dan tidak mustahil boleh pada kadar serendah RM3.50.
  2. Kami telah membuat perbandingan di antara yuran kolej kediaman dari semua IPTA di seluruh Malaysia dengan harga yuran di Universiti Malaya. Dari penelitian kami, harga yuran di Universiti Malaya adalah yang tertinggi. Disini menimbulkan ketidakadilan terhadap mahasiswa dan apa yang mengecewakan lagi, kemudahan di asrama-asrama di universiti lain adalah sama atau lebih baik daripada perkhidmatan yang terdapat di Kolej Kediaman kini.
  3. Pengurangan harga yuran ini juga sememangnya dapat mengurangkan bebanan seluruh mahasiswa yang menginap di Kolej Kediaman ia selari dengan prinsip Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapian Diutamakan. Selain itu, ini memberikan gambaran bahawa kesungguhan universiti dalam memberikan penumpuan kepada aspek kebajikan mahasiswa, sementara di pihak kerajaan pula di lihat dapat memperkasakan lagi institusi pengajian tinggi tempatan dengan menyediakan kemudahan yang komprehensif.
CADANGAN
Dalam proses pengurangan harga yuran ini, kami melihat beberapa perkara yang dapat merealisasikan hasrat ini. Berikut adalah beberapa cadangan sebagai langkah untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh pihak kolej serta penambahbaikan pada masa depan :
  1. Kami mencadangkan agar pembayaran elektrik yang ditangung oleh pihak Kolej Kediaman sebelum ini di tanggung sepenuhnya oleh pihak universiti.
  2. Mencadangkan agar dewan makan di setiap Kolej Kediaman ditutup sepenuhnya. Dalam hal ini, pihak Kolej Kediaman pula perlulah mengambil inisiatif untuk menyediakan ruang dapur kecil sekurang-kurangnya di setiap aras bagi semua blok dan menempatkan peralatan kemudahan seperti mini periuk nasi, pemanas air dan seumpamanya. Kebanyakkan universiti yang baru, kemudahan asrama yang dimilikinya menyediakan penginapan berkonsepkan rumah apartment yang mempunyai 3 hingga 5 bilik serta mini ruang dapur.
  3. Memusatkan aktiviti-aktiviti pelajar bagi mengurangkan perbelanjaan Kolej Kediaman sebagai contoh Program Opkim Perdana, Dalam masa yang sama, yuran kegiatan pelajar yang dibayar sebanyak RM50.00 setiap semester hanya perlu dibayar sekali setahun iaitu hanya perlu dibayar pada samester pertama sahaja.
  4. Menempatkan lebih ramai staf kolej yang dibawa masuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengurangkan kos pembayaran pekerja di Kolej Kediaman.
PENUTUP
Kami daripada pihak MPMUM sangat berbesar hati sekiranya cadangan kami ini dapat dipertimbangkan dengan sebaiknya. Masalah yuran ini diharapkan dapat diselesaikan dengan jayanya demi menjaga kebajikan seluruh mahasiswa di Universiti Malaya.
Di samping itu juga, pihak kami berharap dengan pengurangan kadar yuran kolej kediaman tidak lagi ada di kalangan mahasiswa yang terpaksa berkerja sambilan semata-mata ingin mencari wang saku tambahan bagi tempoh pengajian mereka. Hal ini kerana masih ramai lagi mahasiswa yang mempunyai latarbelakang kehidupan dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kami sendiri pernah mendapat berita di kalangan mahasiswa yang menggunakan wang pinjaman mereka untuk diberikan kepada keluarga di kampong.
Masalah ini juga pernah dipersoalkan serta dibangkitkan oleh barisan pimpinan MPMUM yang lepas dan pada sesi kali ini sekali lagi ianya disuarakan oleh pihak kami dengan harapan sinar kemenangan berpihak kepada mahasiswa. Tanpa sokongan YBhg. Dato’ dan juga semua pihak berkaitan, kami pasti ianya hanya perjuang omong-omong kosong malah tidak akan dapat diselesaikan dengan segera. Akhir kata, kami daripada mahasiswa Universiti Malaya menuntut sekali lagi agar dapat mengurangkan kadar yuran kolej kediaman serendah RM4.50 dan lebih daripada itu.
Disediakan oleh,
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UNIVERSITI MALAYA SESI 2009/2010

Wednesday, December 1

MASIH RELEVANKAH DEWAN MAKAN KOLEJ KEDIAMAN?

Salam dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu, tidak terlewat untuk diucapkan selamat menghabiskan perjuangan peperiksaan untuk mahasiswa UM yang masih mempunyai bagi kertas peperiksaan, manakala yang sudah habis tahniah dan selamat bercuti.
Saya terpanggil untuk MENDAPATKAN FEEDBACK secara online tentang isu dewan makan antara lain juga menjadi faktor kepada yuran kolej kediaman yang tinggi.
Acapkali orang kata, UM yuran paling mahal dan tinggi berbanding universiti lain (hakikatnya benar). Berbalik kepada isu fokus kita pada perbincangan kali ini iaitu dewan makan, sehingga kini hanya terdapat 8 kolej kediaman yang mempunyai dewan makan dan terbaru apabila kolej sembilan mengambil keputusan untuk menutup dewan makan atas faktor kehendak pelajar sendiri. Manakala kolej keempat telah memutuskan untuk menyediakan makanan hanya pagi dan malam sahaja juga atas pilihan mahasiswa.
Faktor yuran, kolej kediaman diletakkan sepenuhnya di bawah Dewan Asrama-Asrama (DAA) telah menetapkan harga yuran seperti berikut :
  • Kolej ada DM : RM6.50 (sehari) + RM3.50 (tiga kali makan), JUMLAH = RM10.00
  • Kolej tiada DM : RM6.50 (sehari), JUMLAH = RM6.50
Untuk makluman semua, harga yuran ini tidak pernah naik sama sekali sejak dulu lagi walaupun terdapat desakan beberapa pengetua untuk menaikkan harga yuran tersebut. Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) sentiasa bertegas untuk mengekalkan harga yang sedia ada dan tidak akan naik sama sekali. Perlu diingatkan, perubahan harga yuran bagi kolej kediaman adalah bergantung kepada BILANGAN HARI KITA MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER TERSEBUT DI SAMPING JUGA YURAN SEPERTI JTK/JIK, YURAN MAJALAH DAN 'ANNUAL DINNER'. Setakat ini, tiada 'charge' lain yang dikenakan melainkan sekiranya hal tersebut di putuskan terlebih dahulu di dalam mesyuarat DAA. Sekiranya berlaku kesilapan dalam pengiraan harga yuran, pelajar bolehlah berhubung terus dengan pihak kolej kediaman seperti yang berlaku di kolej ke-11 baru-baru ini di mana RM45 telahpun dikembalikan ke dalam akaun pelajar setelah saya sendiri dapati berlaku kesilapan pengiraannya.
Apa yang saya ingin bincangkan,yuran asrama universiti-universiti lain lebih rendah jika dibandingkan dengan kolej kediaman UM kerana beberapa faktor iaitu:
  • Dewan makan di kolej kediaman, hanya di UM sahaja yang masih menggunakan konsep ini.
  • Pentadbiran sendiri (mengambil pekerja termasuklah mak cik-mak cik DM dengan membayar gaji kepada mereka atas kapasiti kolej kediaman masing-masing)
  • Bil elektrik yang sepenuhnya dibayar oleh pihak kolej kediaman, hanya bil air sahaja dibayar oleh universiti.
Bagi menangani isu ini, salah satu faktor diambil adalah dengan mencadangkan penutupan DEWAN MAKAN. Kajian pernah dibuat oleh pihak kolej kediaman bahawa harga runcit barangan keperluan yang meningkat menyebabkan harga yang RELEVAN ADALAH SEKITAR RM16.50 SEHARI DAN INI SUDAH PASTI MENGUNDANG KEPADA KEMARAHAN PELAJAR SEKIRANYA HARGA INI BERLAKU !!! Tetapi hakikatnya, dengan RM3.50 untuk menampung segala peralatan bahan-bahan dapur sudah tidak cukup lagi memandangkan perubahan harga pasaran bahan-bahan masak. Akibatnya, kolej kediaman mengalami kerugian setiap tahun hingga berjuta-juta ringgit. Perlu diingatkan bahawa yuran anda adalah sepenuhnya dibelanjakan untuk fasiliti kolej kediaman, urusan pentabdiran termasuklah bayaran gaji pekerja, projek-projek kegiatan pelajar dan hal-hal sewaktu dengannya.
Secara logiknya, sekiranya mahasiswa ingin melihat kepada pengurangan harga yuran bagi kolej kediaman ianya sebenarnyasudah relevan dengan keperluan semasa. Tetapi masih ramai lagi pihak yang tidak tahu dan cuba menjadikan isu ini seperti barah seolah-olah tiada ubat. Justeru itu, saya mohon pandangan saudar-saudari yang budiman lagi bijaksana, apakah langkah untuk menutup DM di semua kolej relevan atau tidak untuk melihat masalah kerugian kolej kediaman tidak akan berlaku lagi di samping harga yuran dapat dikurangkan pada kadar yang lebih rendah.
Dalam hal ini, SPKUM pimpinan saudara Fahmi Adilah yang lepas telah membuat kajian kepada setiap kolej kediaman dan hasilnya terdapat beberapa kolej kediaman penghuninya mohon menutup dewan makan seperti apa yang berlaku ke atas kolej ke-9. Dan apa kali ini, MPMUM dengan kerjasama SPKUM turut membuat kajian yang sama untuk medapatkan 'feedback' yang terbaru dan hasilnya masih lagi dalam proses. Tetapi setakat ini, rata-rata mahasiswa ingin DEWAN MAKAN KEKAL seperti biasa. Ini sudah pasti, jimat wang dan makanan sudah tersedia.
Sekali lagi, saya mohon kepada warga UM yang prihatin dengan isu ini untuk berikan pandangan dan saya akan cuba lakukan sesuatu berdasarkan pandangan ataupun cadangan kalian. Saya amat yakin, isu yuran ini dihadapi dan cuba diselesaikan setiap tahun oleh barisan pimpinan pelajar termasuk MPMUM yang lepas dan juga JTK kolej kediaman. Akhir kata, sama-sama kita berbincang secara ilmiah dan apa yang saya kongsikan ini untuk memberi makluman situasi yang sebenar kepada semua. Sekian, harap maklum.
"MEMANIFESTASI KECEMERLANGAN, MEMARTABATKAN KEGEMILANGAN"
Yang benar,
KHAIRUL ANUAR ABU KASIM
YDP MPMUM 2009/2010.

Tuesday, November 30

PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN UM:SEJAUH MANA KEBERKESANANYA

PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN:SEJAUH MANA KEBERKESANANNYA?


SALAM KEPADA SELURUH MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
PIHAK SPKUM MENYAMBUT BAIK KEPUTUSAN PIHAK HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA(HEPA) UNTUK MENGEMBALIKAN SISTEM PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN(PKK).NAMUN,PERKARA INI MASIH LAGI DIPERINGKAT PERANCANGAN DAN CADANGAN DAN MASIH BELUM DIMUKTAMADKAN.

PIHAK SPKUM MELIHAT BAHAWA DALAM PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI ADAKAH PEMILIHAN YANG BAKAL DIJALANKAN NANTI AKAN BENAR-BENAR MELAHIRKAN KEPIMPINAN KOLEJ YANG BERKUALITI DAN BOLEH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA KOLEJ DENGAN BAIK?ADAKAH SISTEM DEMOKRASI INI TEPAT DIJALANKAN DIKOLEJ KEDIAMAN?

PERSOALANNYA ADALAH APAKAH JAMINAN BAHAWA PEMILIHAN BARISAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN INI DIUKUR BERDASARKAN SUARA MAJORITI?KOLEJ KEDIAMAN DI NILAM PURI JUGA TIDAK PERNAH MENJALANKAN PILIHAN RAYA UNTUK MEMILIH BARISAN KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI TERMASUK BARISAN MPP MEREKA.PIHAK SPKUM MENYARANKAN SUPAYA JIKA BENAR MAHU MENJALANKAN PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN,PIHAK HEPA JUGA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN DI JALANKAN DI KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI DI KELANTAN.

MELIHAT KEPADA ARTIKEL YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK UM-TODAY SEBELUM INI BERKAITAN PIAWAIAN PEMILIHAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN YANG TIDAK MENGIKUT KEHENDAK MAHASISWA DAN TIDAK ADIL MALAHAN DIKATAKAN PEMILIHAN JTK SEKARANG DILANTIK APABILA SESEORANG ITU BAIK DENGAN PENTADBIRAN KOLEJ DAN AKTIF PROGRAM KOLEJ ADALAH TIDAK TEPAT DAN BENAR.PIHAK SPKUM MELIHAT BAHAWA PIHAK UM-TODAY MENGELUARKAN SUATU KENYATAAN TANPA BERJUMPA DENGAN BARISAN KEPIMPINAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN UNTUK MENDAPATKAN KEPASTIAN BERKAITAN ISU INI.PIHAK SPKUM MEMOHON KEPADA PIHAK UM-TODAY UNTUK MENARIK KEMBALI KENYATAAN MEREKA BERKAITAN SISTEM PEMILIHAN JTK /JIK DI KOLEJ KEDIAMAN.

SETIAP KOLEJ KEDIAMAN MEMPUNYAI KRITERIA DAN PENILAIAN TERSENDIRI DALAM MENENTUKAN PEMILIHAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN MASING-MASING.NAMUN APA YANG PASTI PRESTASI DALAM PENGLIBATAN AKTIVITI DI KOLEJ KEDIAMAN MENJADI KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN.BAGAIMANA MUNGKIN MEREKA YANG TIDAK PERNAH MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI DAN PROGRAM KOLEJ KEDIAMAN BOLEH MENJADI PIMPINAN DI KOLEJ KEDIAMAN TERSEBUT.NAMUN BUKAN SAHAJA PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI DI KOLEJ KEDIAMAN TETAPI SUMBANGAN DAN JASA YANG TELAH DISUMBANGKAN KEPADA KOLEJ KEDIAMAN MENJADI KRITERIA DALAM PEMILIHAN JTK/JIK INI.TERDAPAT JUGA KOLEJ KEDIAMAN YANG MENJALANKAN TEMUDUGA DALAM PEMILIHAN JTK/JIK INI BAGI MEMASTIKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR LAYAK MENJADI PIMPINAN DI KOLEJ KEDIAMAN.PIHAK PENTADBIRAN KOLEJ TENTUNYA AKAN MELIHAT DARI SEGI PRESTASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR TERSEBUT BUKANNYA MEMILIH PELAJAR YANG RAPAT DENGAN PENTADBIRAN UNTUK MENJADI JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN.PIHAK SPKUM MEMINTA SUPAYA PIHAK UM-TODAY LEBIH TELUS DALAM MENYAMPAIKAN BERITA KEPADA MAHASISWA BERKAITAN ISU-ISU YANG MELIBATKAN KOLEJ KEDIAMAN DAN BERHUBUNG DENGAN SEMUA PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN BERKENAAN ISU INI.

PIHAK SPKUM JUGA TIDAK MAHU UNSUR-UNSUR POLITIK DIMASUKKAN DALAM PEMILIHAN JTK/JIK JIKA BENAR PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI DIADAKAN.PIHAK SPKUM MELIHAT PEMILIHAN DALAM MPMUM SENDIRI BANYAK MENIMBULKAN MASALAH APABILA CALON-CALON YANG TELAH MENANG DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS INI TIDAK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN BAIK.MALAHAN AKIBAT PERBEZAAN IDEOLOGI DAN POLITIK DALAM KEPIMPINAN MPMUM JUGA TERDAPAT CALON YANG MENANG TIDAK MENJALANKAN AMANAH MEREKA DENGAN BAIK.JUSTERU PIHAK SPKUM MELIHAT JIKA PILIHAN RAYA DI KOLEJ KEDIAMAN INI DIADAKAN ADAKAH PERKARA SEBEGINI AKAN BERLAKU?.AKAN TIMBUL CALON-CALON YANG HANYA PANDAI BERKATA-KATA DAN MELAUNGKAN SLOGAN KEBAJIKAN TETAPI APABILA MENANG MEREKA INI TIDAK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN SEBAIKNYA.SELAIN ITU,DI KOLEJ KEDIAMAN AKAN TIMBUL PRASANGKA DAN PERSEPSI NEGATIF SESAMA PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN KERANA TIDAK MAHU TIDAK,UNSUR POLITIK AKAN TETAP DIMASUKKAN DALAM PEMILIHAN JTK/JIK INI.AKAN TIMBUL TEAM A DAN TEAM B YANG MASING-MASING AKAN BERGADUH UNTUK MEREBUT JAWATAN DALAM JTK/JIK.TIDAK KAH PERKARA INI AKAN MERUGIKAN SELURUH MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN TERSEBUT.KOS YANG TINGGI JUGA AKAN DIGUNAKAN UNTUK PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN DAN WANG YANG DIGUNAKAN UNTUK PILIHAN RAYA ITU SUDAH TENTU MENGGUNAKAN DUIT PELAJAR YANG MEMBAYAR YURAN DI KOLEJ KEDIAMAN TERSEBUT.OLEH SEBAB ITU,PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI HARUS DI NILAI DAN DIFIKIRKAN KEBERKESANNYA.

LATIHAN KEPIMPINAN DAN TARBIYAH MERUPAKAN ELEMEN TERPENTING PERLU DISERAPKAN KEPADA SELURUH KEPIMPINAN DI PERINGKAT KOLEJ KEDIAMAN,JUSTERU SEBELUM PEMILIHAN JTK/JIK LATIHAN KEPIMPINAN DAN TARBIYAH INI DIJALANKAN UNTUK MEMILIH BARISAN KEPIMPINAN YANG BENAR-BENAR LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN DI KOLEJ KEDIAMAN.SISTEM YANG DIAMALKAN OLEH SEMUA KOLEJ KEDIAMAN ADALAH MENJALANKAN KURSUS KEPIMPINAN SEBELUM PERLANTIKAN JTK/JIK YANG BARU INI SUPAYA MEREKA BENAR-BENAR FAHAM AKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA.SISTEM INI TURUT DIJALANKAN DAN DIAMALKAN DI KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI YANG MANA PERLANTIKAN DALAM KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN DI NILAM PURI JUGA BERDASARKAN MEREKA YANG TELAH MELALUI KURSUS-KURSUS KEPIMPINAN INI.

SEMOGA KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA AKAN TERUS KEKAL TERBAIK DI MALAYSIA.JIKA BENAR SISTEM PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI BENAR-BENAR AKAN DIJALANKAN OLEH PIHAK HEPA UNIVERSITI MALAYA,KAMI DIPERINGKAT SPKUM MEMOHON SUPAYA DIJALANKAN DENGAN TELUS DAN BERKESAN.KAMI MAHU SUPAYA PARA PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN TERUS SELESA TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN SEBAGAI RUMAH KEDUA DAN TEMPAT BELAJAR YANG SELESA.


SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN......

SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM)

Thursday, November 25

IPTA disaran kurangkan kerenah birokrasi


Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disaran agar mengurangkan kerenah birokrasi dalam menggalakkan penuntutnya menganjurkan kegiatan yang mendekati pemimpin supaya mereka dapat bersemuka dan meluahkan keperluannya. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, saranan ini dibuat memandangkan ada sesetengah IPTA dikesan menyekat hasrat penuntutnya untuk mengundang pemimpin termasuk menteri dalam aktiviti anjuran mereka.
Katanya, beliau ada menerima aduan berhubung perkara itu dengan alasan majlis yang dianjurkan penuntut tersebut bersifat tidak rasmi dan hanya kecil-kecilan. - Bernama

Thursday, November 11

Eduniversal World Ranking

Assalamualaikum,
I have pleasure to inform you that Faculty of Business, University of Malaya has recently obtained a 4 palms ranking given by Eduniversal, an International Scientific Committee to select the best 1000 business schools in the world. In the 4 palm category, out of 200 business schools worldwide, UM is ranked no 95. The following is the link to the results.
http://www.eduniversal-ranking.com/business-school-university-ranking-4palms.html
We are also the ONLY local university in Malaysia to receive a 4 palms award, which is recognised as Top Business School.
The following is the result of the Business school ranking in Malaysia.
http://www.eduniversal-ranking.com/business-school-university-ranking-in-malaysia.html
It is thus ironic that the KPT recognised UKM and UPM as top business schools in Malaysia!
Well done FPP! We did it again!
Fazilah
Dean
Faculty of Business and Accountancy
University of Malaya
50603 Lembah Pantai
Kuala Lumpur
MALAYSIA

Wednesday, November 10

BioInno Awards 2010 : UM won Special Award, 4 Gold Medals, 3 Silver Medals, and 7 Bronze Medals.

University of Malaya has won 1 Special Award (Women Bioinnovator of the Year 2010), 4 gold medals, 3 silver medals, and 7 bronze medals at BioInno Awards 2010 competition which held along side with BioMalaysia Exhibition 2010. This exhibition held at Kuala Lumpur Convention Centre from 1st of November until 3rd of November lays it’s focus on biotechnology field and themed “Innovating Commercialisation”.
This exhibition is also participated by various goverment and non-goverment agencies, high education institute and foreign participant. BioMalaysia 2010 has been official inaugurated by Deputy Prime Minister, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin at 1st of November 2010.
List of winners from the University of Malaya are as follows :-
1. Project Title: New Generation of the Dental Posts for Endodontic Application
Team Member: Assoc. Prof. Dr. Noor Hayaty Abu Kasim, Dr. Ahmed Abdullah Ali Madfa, Assoc. Prof. Mohd. Hamdi bin Abd. Shukor & Dr. Reza Rahbari Ghahnavyeh
Award: Special Award (Woman BioInnovator of the Year – Assoc. Prof. Dr. Noor Hayaty Abu Kasim) & Gold Medal
2. Project Title: Innovative Landfill Methane Oxidation Using Effective Microbes In Bio-Cover
Team Member: Professor Dr. P. Agamuthu, Dr. Fauziah Shahul Hamid, Lim Boon Tien & Jayanthi Barasarathi
Award: Gold Medal
3. Project Title: PlasmoNex – One Step Multiplex PCR Detection System for Malaria Parasites
Team Member: Associate Profesor Dr. Chua Kek Heng, Prof Rohela Bt Mahmud, Assoc Prof Yvonne Lim Ai Lian, Assoc Prof Lee Ping Chin & Chew Ching Hoong
Award: Gold Medal
4. Project Title: Destruction Of Polychlorinated Hydrocarbons Using Generated Superoxide Ion In Ionic Liquids
Team Member: Prof. Dr. Mohd Ali Hashim, Maan Hayyan, Farouq S. Mjalli & Inas M. Alnashef
Award: Gold Medal
5. Project Title: Extraction, Characterization And Pharmaceutical Applications Of Red Tilapia Skin Gelatin
Team Member: Associate Professor Dr. Mohamed Ibrahim Bin Noordin, Wan Azman Bin Wan Ismail & Professor Dr. Jamilah Binti Bakar
Award: Silver Medal
6. Project Title: Liverpro Protect From Liver Cirrhosis
Team Member: Assoc. Prof. Dr. Kim Kah Hwi, Prof. Cheah Swee Hung, Lim Kok Hong & Vt Jogalingam
Award: Silver Medal
7. Project Title: deCOL Hyeprpigmentation Cream From Malaysian Seaweed
Team Member: Chan Ying Ying, Assoc. Prof. Dr. Kim Kah Hwi, Prof. Dr. Cheah Swee Hung, Kim Wee RIc & Vt Jogalingam
Award: Silver Medal
8. Project Title: Dengue Protease Inhibitor
Team Member: Prof. Dr. Noorsaadah Abd Rahman, Prof. Dr. Norzulaani Khalid, Prof. Dr. Rohana Yusof & Rozana Othman
Award: Bronze Medal
9. Project Title: Superworm (Zophobas Morio) Meal As a Novel Potential Alternative Protein Source to Adress Aquafeed Shortage
Team Member: Dr. Shaharudin Ab. Razak, Abd Rahman Jabir Bin Mohd Din & Hanan Mohd Yusuf
Award: Bronze Medal
10. Project Title: Polyphenols From Pink Guava Processing Wastes by Membrane Technology
Team Member: Prof. Dr. Nik Meriam Sulaiman, Assoc. Prof. Dr. Che Rosmani Che Hassan, Prof. Dr. Mohamed Kheireddine Aroua & Lilis Sukeksi
Award: Bronze Medal
11. Project Title: Stable Human Saliva Substitute Preparations
Team Member: Drs. Riyanto Teguh Widodo, Prof. Dr. Samsinah Hussain, Prof. Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin & Hasniza Zaman Huri
Award: Bronze Medal
12. Project Title: Directly Compressible Pharmaceutical Material For Tabletting
Team Member: Drs. Riyanto Teguh Widodo & Associate Prof. Dr. Aziz Hassan
Award: Bronze Medal
13. Project Title: Lipid Lowering Effect And Antioxidative Activities Of Garcinia sp. In Hypercholesterolemic Rabbits
Team Member: Prof. Dr. Muhamad Bin Zakaria, Faezah Binti Mohamad, Assoc. Prof. Dr. Mahmood Ameen Abdulla & Apiah Mohd Amin
Award: Bronze Medal
14. Project Title: Hepatoprotective Activity, Prophylactic And Therapeutic Of Skin Diorders By Phyllannthaceae Extract
Team Member: Assoc. Prof. Dr. Mahmood Ameen Abdulla, Fouad al-Bayaty, Salmah Ismail, Hapipah Mohd Ali, Mohammed Abdullah M. Alshawsh, Zahra A. AMIN & Suzy Mounir Salama
Award: Bronze Medal

kursus Kepimpinan & Kemahiran Organisasi Mahasiswa


Pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu, SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN (SPKUM) telah menghadiri kursus Kepimpinan & Kemahiran Organisasi Mahasiswa di Bagan Lalang, Sepang anjuran bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya. Kursus ini yang turut dihadiri oleh wakil MPMUM dan beberapa persatuan pelajar bertujuan untuk memberi pendedahan cara-cara pengendalian organisasi termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran penulisan dan kemahiran kepimpinan.

Rata-rata para peserta yang hadir ke kursus ini rasa sungguh bertuah dan amat berguna kerana banyak perkara-perkara baru yang telah dipelajari sepanjang kursus di sana. Tambahan pula, masih ramai lagi barisan pemimpin pelajar di UM yang tidak mengetahui beberapa prosedur penting dalam mentadbir organisasi seperti cara penulisan kertas kerja projek, pengurusan kewangan, kemahiran berkerja berpasukan dan sebagainya.

Sementara itu, TNC HEPA Prof. Dr. Rohana Yusof telah mengingatkan kepada semua pemimpin mahasiswa bahawa mereka menjadi tunggak belakang kepada kejayaan sesusatu universiti. Kita bukan hanya mahu menjadi universiti terbaik di dunia tetapi juga mahu melahirkan generasi pemimpin yang mampu mentadbir negara mahupun di serta dunia.

Pelbagai topik yang telah dibincangkan seperti taklimat dari Majlis Keselamatan Negara, sistem kepelbagaian budaya dan bangsa di dalam mahasiswa serta protokol majlis. Ini merupakan program fasa yang pertama dan fasa kedua juga akan melibatkan pemimpin mahasiswa yang akan dijalankan pada 31 Oktober hingga 2 Novermber kelak.

KEMPEN PEMETAAN PELAJAR LUAR KAMPUS OLEH MPMUM


Mesyuarat Pelajar Luar Kampus anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah diadakan baru-baru ini dan selaku badan pelajar yang bertanggungjawab, MPMUM bersama beberapa wakil mahasiswa luar kampus telah di panggil untuk menghadiri ke mesyuarat tersebut. Hasil mesyuarat tersebut, terdapat beberapa resolusi yang telah dipersetujui oleh semua yang hadir iaitu :
  1. Kempen pemetaan pelajar luar kampus akan dijalankan pada 26 Oktober sehingga 10 Disember 2010. Semua pelajar bolehlah mendapatkan borang kaji selidik di fakulti masing-masing. MPMUM akan turut menghebahkan perkara-perkara berkaitan ini kepada seluruh warga kampus.
  2. Cadangan menubuhkan satu unit pentadbiran khusus bagi pelajar luar kampus dan hal ini lebih memudahkan bagi pengurusan yang membabitkan pelajar luar kampus. Tugasan ini telah pun diberikan kepada YDP MPMUM serta saudara Izzudin Helmi untuk sama-sama mengusulkan idea baru bagi merealisasikan pusat tersebut.
  3. Pendaftaran secara online bagi setiap semester juga akan dijalankan bagi memastikan maklumat pelajar sentiasa dikemaskini dan memudahkan segala urusan kelak.
Manakala itu baru-baru ini YDP MPMUM bersama-sama wakil HEPA telah melawat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi meninjau keberhasilan Non-Residential Student Office di sana. Menerusi lawatan ini, kami telah dimaklumkan bahawa pihak HEPA sana telah menempatkan satu pusat kegiatan bagi pelajar luar kampus dengan bangunan setinggi 3 tingkat di dalam kampus. Selain itu, setelah hampir 4 tahun menjalankan proses penambahbaikan, pelajar yang mendaftar di NR ini adalah hampir mencecah 22 ribu pelajar bagi pelajar ijazah pertama. Sehubungan itu, UM melalui MPMUM dengan kerjasama HEPA akan berganding bahu bagi memastikan pelajar luar kampus di UM akan terus dibela dan dijaga kebajikan mereka.


KPT Rumus Rangka Tindakan Pembelajaran Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi telah merumuskan rangka tindakan bagi membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2011-2020 selaras dengan usaha kerajaan bagi mencapai status ekonomiberpendapatan tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rangka tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai keperluan modal insan yang cekap, berkemahiran dan berpengetahuan melalui inisiatif PSH.
"Antara strategi dalam rangka tindakan itu adalah bagi menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi bagi menyemai PSH sebagai cara hidup dan meningkatkan mekanisme dan infrastruktur bagi memudahkan PSH dan berharap ia akan bertindak sebagai satu dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH bagi dekad akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan persidangan antarabangsa mengenai pembelajaran sepanjang hayat 2010 anjuran Universiti Utara Malaysia bersama Princess Naradhiwas University dan Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand.
Persidangan tiga hari itu disertai lebih 100 peserta dari 20 negara termasuk Australia, India, Kanada, Sweden, Jepun, Oman dan New Zealand.
Mohamed Khaled berkata, kementerian juga merancang untuk mewujudkan sistem PSH yang mapan di negara ini sebagai agenda nasional selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia Kesepuluh dan konsep 1Malaysia, dengan penekanan terhadap latihan berterusan dan memahirkan semula tenaga kerja bagi pekerjaan bernilai tinggi.
Beliau berkata, mulai tahun depan kementerian merancang beberapa inisiatiftermasuk mengadakan pangkalan data yang menyenaraikan jenis kegiatan dan institusi yang menjalankan program PSH dalam usaha untuk memantau ststus terkini penyertaan masyarakat dalam program itu.
"Kementerian akan melancarkan kempen bersepadu bagi menggalakkan PSH dalam skala besar di peringkat kebangsaan membabitkan penyertaan institusi awam dan swasta, agensi kerajaan dan pihak industri," katanya.
Beliau berkata, satu sistem akan dibangunkan di setiap institusi itu danmelaporkan semua kegiatan berkaitan dengan PSH bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti di peringkat institusi.
"Kementerian juga meminta ahli akademik dan penyelidik untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan bersama berhubung isu berkaitan pembelajaran sepanjang hayat.
"Hanya melalui penyelidikan mendalam dan konsisten, kita akan dapat memahami dan mampu mendemokrasikan pelajaran bagi rakyat Malaysia," katanya.
Katanya, kementerian akan menyokong usaha penyelidikan itu dengan memberikan geran yang diperlukan bagi cadangan penyelidikan yang dikemukakan institusi pendidikan. - BERNAMA

Thursday, October 21

Universiti Di Negara Islam Tidak Perlu Kejar Ranking

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Universiti di negara Islam disaran supaya tidak terlalu mengejar kedudukan ranking sebaliknya perlu lebih memfokus kepada matlamat sebenar penubuhan sesebuah universiti itu. “Kalau misalnya Universiti Al-Azhar terlibat dengan ranking, ia akan lebih kepada ukuran yang dibuat antara lain seperti soal pensyarah asing, pelajar asing, keupayaan pelajarnya diambil bekerja dan sebagainya.
“Maka dengan sendirinya kewujudan universiti ini tidak dapat memenuhi kehendak pembangunan negara itu (Mesir) ataupun Al-Azhar sendiri tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan agama Islam,” katanya kepada pemberita.
Al-Azhar merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi tertua dan terunggul di kalangan dunia Islam.
Beliau menerima kunjungan hormat Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Republik Guinea, Georges Gandhi Faraguet Tounkara dan Menteri Pendidikan Tinggi, Menengah dan Penyelidikan Saintifik Yaman, Prof Dr Saleh Ali Ba-Surah.
Menteri-menteri berkenaan berada di sini sempena Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam (ICMHESR) yang bermula Selasa lalu dan berakhir hari ini.
Mohamed Khaled berkata kedudukan ranking adalah bertujuan komersial dan pemasaran semata-mata.
“Negara Islam memerlukan satu kerangka kualiti dan meletakkan perkara asas terlebih dahulu sebelum meletakkan sesebuah universiti itu dalam sistem ranking.
“Oleh sebab itu, Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan negara Islam lain yang bersetuju supaya ditubuhkan persatuan agensi-agensi kelayakan semua negara Islam dengan Malaysia menjadi pengerusinya,” katanya.
Beliau berkata persatuan tersebut akan membantu membangunkan kerangka kualiti pengajian tinggi di setiap negara Islam serta memberikan pandangan kepada negara Islam dalam menentukan elemen membudayakan kualiti melalui kerangka kelayakan.
“Maaysia juga akan memperluaskan hubungan di peringkat dua hala dalam sektor pengajian tinggi dengan negara Islam lain bagi membincangkan dan berkongsi pengetahuan serta teknologi bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi dalam kalangan negara-negara Islam,” kata Mohamed Khaled.

Wednesday, October 20

LATIHAN INDUSTRI PASTIKAN GRADUAN MILIKI KEBOLEHPASARAN

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) amat berharap satu hari nanti, dasar mewajibkan pelajar mengikuti latihan industri seperti yang ada sekarang diiringi dengan dasar mewajibkan industri menyediakan tempat latihan untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti di negara maju. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) misalnya boleh menerajui usaha ini sebelum diperluas kepada industri lain.
Seiring dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dasar mahupun penganjuran program kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan adalah selari dengan pendekatan kerajaan untuk mendahulukan rakyat.
Bagi 2009 saja, seramai 30,290 orang atau 43.3 peratus daripada graduan IPT menyertai sektor swasta, sekali gus menjadikan sektor terbabit sebagai penerima terbesar bakat IPT dalam negara. Perkembangan ini pastinya seiring dengan harapan Perdana Menteri melihat sektor swasta menjadi peneraju utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).
Isu kebolehdapatan pekerjaan (graduate employment) di kalangan graduan adalah satu cabaran yang diberi perhatian berat oleh kerajaan dan kementerian khususnya. Setiap tahun dianggarkan 200,000 daripada keseluruhan 923,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian dan bidang dari IPT seluruh negara akan menamatkan pengajian mereka.
Daripada jumlah itu, 72,000 atau 36 peratus adalah graduan lelaki dan 128,000 pula atau 64 peratus, graduan perempuan. Kita juga memiliki statistik bahawa 418,000 rakyat Malaysia yang menganggur pada 2009 dan daripada jumlah itu, seramai 41,514 atau 9.93 peratus adalah graduan baru dan 22,640 atau 5.14 peratus terdiri daripada graduan yang memiliki ijazah pertama.
Perkembangan ini juga memperkukuhkan iltizam kementerian untuk meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan atau K3G kelima baru-baru ini. Karnival yang dilaksanakan sejak 2006 itu adalah antara usaha kementerian membantu graduan mendapat maklumat mengenai kerjaya dan keusahawanan di bawah satu bumbung.
Untuk Karnival K3G tahun ini, sebanyak hampir 500 syarikat daripada pelbagai agensi kerajaan, GLC, MNC, dan PKS turut terbabit dengan lebih 15,800 jawatan kosong ditawarkan. Apa yang menarik, ada empat syarikat mengeluarkan surat tawaran kerja serta-merta kepada seramai 23 graduan pada majlis pelancaran 15 Mei lalu.
Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan untuk mendapat pekerjaan di kalangan graduan hari ini semakin sengit dan kompetitif. Maka untuk berdepan dengan soal ini, kementerian mengambil langkah memastikan setiap graduan memiliki kebolehpasaran (graduate employability) yang tinggi.
Matlamat kebolehpasaran ini meliputi usaha bagi membina upaya graduan agar berjaya untuk mendapat pekerjaan, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kerjaya mereka, sekali gus memiliki nilai dan ciri-ciri yang dikehendaki industri, sejajar dengan keperluan abad ke-21.
Bagi memantap dan meningkatkan keberkesanan usaha ini secara strategik, kementerian melancarkan Dasar Latihan Industri dan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT baru-baru ini. Melalui Dasar Latihan Industri IPT, ia mewajibkan pelajar menghadiri latihan industri sebelum mereka menamatkan pengajian bagi memberi pendedahan dan membiasakan diri mereka ke alam pekerjaan.
Selain itu, Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT pula bertujuan melahirkan usahawan atau graduan yang bekerja sendiri. Kewujudan usahawan di kalangan graduan yang berilmu dan berkemahiran tinggi ini pastinya menyumbang kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Melalui Unit Keusahawanan di kementerian dan di IPT sendiri, sistem pengajian tinggi kini dinilai semula bagi menggalakkan kewujudan usahawan daripada kalangan graduan. Di sini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan RM20 juta bagi pembangunan keusahawanan di IPT.
KPT mengakui, cabaran melahirkan usahawan graduan ini adalah tinggi. Pada 2009, misalnya hanya 1.5 peratus graduan mengambil laluan kerjaya sebagai usahawan berbanding dengan United Kingdom yang mencatatkan seramai 13 peratus.
Dasar keusahawanan ini juga meliputi usaha untuk menerap nilai, budaya dan pemikiran usahawan seperti inovatif, kemampuan menyelesaikan masalah, berdaya maju, berdaya tahan, berdaya saing dan semangat kerja berpasukan di kalangan graduan. Dengan memiliki ciri-ciri ini, diharapkan graduan walaupun sebagai pekerja, akan mampu menjayakan syarikat untuk berdepan sebarang cabaran dan persaingan, seterusnya membolehkan syarikat terus kekal dan maju.
Saya percaya bahawa KPT sudah menyediakan landasan tepat untuk menguruskan isu kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan. Malah dalam hal ini, pihak kementerian menetapkan masa selama setahun sebagai tempoh penyerapan bagi graduan memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar.
Dengan mengambil kira tempoh penyerapan ini, Kajian Pengesanan Graduan yang dibuat kementerian pada 2009 menunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas menamatkan pengajian, seramai 81,744 atau 52.7 peratus graduan mendapat pekerjaan berbanding 41,514 atau 26.7 peratus graduan baru yang masih belum bekerja.
Daripada kajian itu juga, menunjukkan berlakunya penurunan jumlah pengangguran dalam masa setahun selepas menamatkan pengajian bagi graduan di negara kita. Di negara lain seperti Australia, tempoh penyerapan kerja graduan mereka memakan masa sehingga dua tahun.
Saya percaya, melalui program seumpama ini, rata-rata graduan akan mendapat manfaat terutama dalam situasi persaingan mendapatkan pekerjaan yang semakin sengit dan kompetitif masa kini. Ia juga sekali gus akan menerus dan mengekalkan peranan IPT untuk membekalkan bakat terbaik bagi kepentingan strategik negara terutama untuk mencapai matlamat ekonomi negara berstatus maju berteraskan MBE.

TINGKAT IMEJ ISLAM MELALUI PENDIDIKAN

  MUHYIDDIN   bersama Ketua Pengarah ISESCO, Abdulaziz Othman Altwaijri (empat kiri) dan Mohamed Khaled  (empat kanan) bergambar bersama penerima anugerah selepas majlis perasmian ICMHESR Kelima, semalam.
MUHYIDDIN bersama Ketua Pengarah ISESCO, Abdulaziz Othman Altwaijri (empat kiri) dan Mohamed Khaled (empat kanan) bergambar bersama penerima anugerah selepas majlis perasmian ICMHESR Kelima, semalam.
Tindakan bersepadu mewujudkan persepsi terhadap Muslim sebagai umat berintegriti
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya negara Islam bekerjasama mengambil tindakan bersepadu untuk menaikkan imej Islam sebagai agama yang aman melalui sistem pendidikan berkualiti.
Timbalan Perdana Menteri berkata pembudayaan kualiti dalam sistem pendidikan bukan hanya kepada aspek meningkatkan peruntukkan semata-mata, sebaliknya ia adalah usaha ke arah meningkatkan persepsi terhadap Muslim sebagai umat yang berintegriti.
Selain itu, ia juga bagi memperbaiki persepsi terhadap peranan wanita Islam dalam pembinaan negara dan pembangunan sumber manusia, di samping meningkatkan peranan serta sumbangan belia dalam pembangunan sosial dan ekonomi.
“Diharapkan melalui semua usaha ini, kita boleh mempertingkat kualiti kehidupan untuk semua, sekali gus menjadikan dunia tempat yang lebih selamat bagi setiap orang,” katanya berucap merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi Dan Penyelidikan Saintifik Islam (ICMHESR) Kelima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Persidangan tiga hari itu bertemakan `Pembudayaan Kualiti Dalam Akademia, Penyelidikan dan Inovasi Ke Arah Kemakmuran Ummah’.
Persidangan yang julung kali diadakan di sini, dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) dihadiri peserta dari 48 negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), termasuk 25 Menteri Pengajian Tinggi.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pendidikan berkualiti mencakupi pembangunan minda dan personaliti serta peningkatan potensi individu bagi membangunkan masyarakat yang mengenali kepelbagaian budaya, demokrasi, hak asasi manusia, nilai moral, ekuiti akses kepada pengetahuan serta pembelajaran sepanjang hayat.
Dalam konteks ini, beliau berkata, pendidikan tidak menekankan pembentukan karakter positif secara praktikalnya tiada nilai dalam Islam.
“Justeru, pembudayaan kualiti sistem pendidikan adalah lebih daripada sekadar melaksanakan sistem dan prosedur atau membina sekolah dan universiti semata-mata.
“Kita mesti menggalakkan penyelidikan dan inovasi secara beretika sebagai sebahagian daripada budaya institusi pengajian tinggi,” katanya.
Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Hadiah Sains ISESCO 2010 kepada enam pemenang iaitu Prof Dr Mohamed Amin Embi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang teknologi; Prof Madya Dr Hossein Baharvand (Iran – biologi), Prof Dr Mirsaidov Ulmas (Tajikistan – kimia), Prof Dr Muhammad Qasim Jan (Pakistan - geologi), Prof Madya Dr Odibat Zaid (Jordan – matematik) dan Prof Dr Shabat Mohammed (Palestin – Fizik).
SUMBER : BERITA HARIAN

INOVASI DAN ILMU SAINS TANGGANI ISLAMOFOBIA

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Perkembangan inovasi serta ilmu sains dan teknologi mampu menjadi medium untuk menghubungkan dunia Islam dan bukan Islam seterusnya menangani masalah Islamofobia.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkembangan ilmu sains dan teknologi juga akan membantu membentuk jalinan kerjasama lebih erat antara dunia Islam dan bukan Islam.
"Usaha menggembeling kepakaran dan kemampuan negara-negara Islam bukannya bertujuan bersaing dengan dunia bukan Islam sebaliknya sebagai persediaan untuk kedua-dua pihak saling bekerjasama.
"Bagaimanapun, negara-negara Islam juga perlu bekerjasama untuk mampu berdiri sama tinggi dan menyertai cabaran pembangunan ilmu sains dan teknologi seperti teknologi nano di peringkat global," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Perasmian Persidangan Menteri-menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam Kelima (ICMHESR) yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), di sini hari ini.
Hadir sama Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Abdul Moiz Bokhari; Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (Isesco), Dr. Abdul Aziz Othman Altwaujiri dan Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Sudan, Dr. Peter Adwok Nyaba.
Persidangan kali kelima itu diadakan buat pertama kali di Malaysia serta rantau Asia dan disertai 48 negara Islam dengan kehadiran 25 Menteri Pengajian Tinggi dan wakil 20 pertubuhan antarabangsa.
Tambah Mohamed Khaled, dunia Islam perlu bekerjasama, berbincang dan mengatur strategi agar sumber dan kemajuan sains dan teknologi yang dimiliki negara OIC dapat digunakan untuk memajukan seluruh umat Islam.
"Kita berharap ICMHESR kali ini dapat membentuk asas kukuh untuk memudahkan kerjasama antara negara OIC serta dunia Islam dan bukan Islam kelak," katanya.
Menurutnya lagi, selain fokus kepada perkembangan teknologi baru, indeks prestasi utama negara Islam, promosi teknologi nano, inovasi dan projek Atlas Inovasi Dunia Islam, persidangan tersebut juga bakal menjadi tapak membentuk jaringan dan membincangkan peranan saintis wanita Islam.
Dalam pada itu, Abdul Aziz memaklumkan Isesco mahu membetulkan pandangan serong terhadap umat Islam yang rata-rata dilihat sebagai mundur, agresif dan bencikan pemodenan.
"Ada juga pihak yang menganggap orang Islam suka melakukan jenayah, keganasan dan penindasan wanita yang nyata sekali tidak benar. Kita perlu membuktikan kita mampu menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia di dunia serba moden kini," tegasnya.
Sementara itu, Abdul Moiz mengharapkan persidangan tersebut dapat membantu mengembalikan kegemilangan tamadun Islam dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan pengajian tinggi.

ISU KESELAMATAN DI KAMPUS UNIVERSITI MALAYA

Pada hari ini iaitu 19/10/2010 penulis yang juga selaku Presiden SPKUM(Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman) telah menyertai mesyuarat keselamatan bersama MPMUM(Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya) berkaitan dengan isu-isu keselamatan yang melibatkan kampus Universiti Malaya.Pelbagai isu dan agenda yang telah disuarakan oleh kami pimpinan presiden kolej-kolej kediaman berkaitan isu keselamatan yang berlaku di kolej kediaman universiti Malaya termasuk Isu-isu keselamatan yang melibatkan warga kampus Universiti Malaya.

Perkara pertama yang telah disuarakan oleh pimpinan mahasiswa kepada pihak keselamatan adalah berkaitan CCTV yang terdapat dalam kampus Universiti Malaya ini dan sejauh manakah fungsi dan peranan CCTV ini dari sudt keberkesananya.Jawapan yang telah diberikan oleh wakil Pengarah Keselamatan Universiti Malaya iaitu En Izhar berkaitan isu CCTV ini adalah pertamanua tujuan pemasangan CCTV di Universiti Malaya ini adalah untuk tujuan mencegah dan penyiasatan.Pihak keselamatan hanya bertanggungjawab kepada CCTV yang tiada penghuni(no mans land) ataupun pihak ptj,fakulti ataupun kolej yang bertanggungjawab terhadap CCTV masing-masing.Menurut beliau CCTV mula dipasang di sekitar kampus Universiti Malaya ini pada tahun 2004 dengan kos berjumlah RM 1.5 MILION.Terdapat 28 kamera CCTV di kawasan sekitar Universiti Malaya yang dikawal oleh pihak keselamatan manakala selebihnya adalah dipertanggungjawabkan kepada PTJ,FAKULTI dan KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN.Beliau sendiri mengakui kelemahan CCTV yang berada di Universiti Malaya ini yang mana kurang sesuai dan tidak banyak membantu.Sekarang pihak keselamatan masih dalam usaha meminta peruntukan daripada Naib Canselor Univerisiti Malaya untuk menggantikan CCTV yang sedia ada kepada yang baru dan lebih canggih.Pihak keselamatan menyatakan sebelum ini CCTV ini dikawal selia oleh Pusat Teknologi Maklumat(PTM) tetapi telah diambil alih oleh pihak keselamatan kerana memang bukan tanggungjawab PTM untuk mengawal selia CCTV ini.

Perkara yang telah dibangkitkan oleh Penulis yang juga presiden SPKUM,menyatakan bahawa CCTV yang terdapat di Universiti Malaya tidak diletakkan di tempat yang strategik,malahan berada di kawasan yang sememangnya tidak sesuai sekali.Justeru,kebanyakan kes-kes yang berlaku di Universiti Malaya ini tidak dapat diselesaikan melalui CCTV kerana kelemahan ini.Pegawai keselamatan turut mengakui perkara yang telah dinyatakan ini,dan akan cuba memperbaiki keadaan ini,kerana menurut beliau pihak Kolej atau fakulti tidak berbincang dengan pihak keselamatan terlebih dahulu sebelum memasang CCTV ini.Selain itu,penulis memohon supaya di letakkan CCTV ini di kawasan-kawasan panas terutama di parking-parking motosikal yang sentiasa mengalami kes kecurian.

Perkara kedua yang dibincangkan adalah isu pelekat kenderaan,sejauh manakah keberkesanan pelekat kenderaan ini?.Perkara ini disuarakan kerana pihak keselamatan boleh mengenal pasti pelajar yang benar-benar berdaftar sebagai pelajar UM dan mengurangkan kebarangkalian orang luar untuk mengambil kesempatan melakukan jenayah di dalam Universiti ini.Tetapi masalah yang dihadapi oleh pihak keselamatan adalah masih ramai daripada pelajar Universiti Malaya yang tidak mempunyai pelekat kenderaan malahan terdapat pelajar yang menggunakan pelekat kenderaan yang tidak sah.Walaupun sesetengah pelajar mempunyai pelekat kenderaan tetapi mereka tidak membawa kad matriks.Perkara ini menyukarkan pihak keselamatan untuk mengenal pasti adakah pelajar itu adalah benar-benar pelajar yang berdaftar di Universiti Malaya.Cadangan yang di bawa dalam mesyuarat pada hari ini adalah menwartakan kembali pemakaian kad matriks kepada pelajar universiti Malaya dan mengadakan minggu keselamatan untuk semua mahasiswa di Universiti Malaya.


Perkara ketiga adalah isu kecurian motosikal yang sedang berleluasa sekarang ini di dalam kampus Universiti Malaya.Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak keselamatan motor yang sentiasa menjadi sasaran pencuri adalah motor baru(HONDA EX5,YAMAHA LC 135) dan modus operandi yang dijalankan adalah pada waktu-waktu puncak.Perkara ini terjadi kerana sikap cuai pelajar itu sendiri yang mana tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang sesuai dan tertinggal kunci di motosikal.Kwasan yang dikatakan panas dan menjadi sasaran kecurian motor adalah di kawasan berhampiran perpustakaan,fakulti sains dan fakulti pendidikan.Manakala kolej 12 mencatatkan keks kecurian motosikal yang tertinggi iaitu sebanyak 12 kes.sepanjang tahun ini sebanyak 32 kes kecurian motosikal yang telah dilaporkan kepada pihak keselamatan.Pihak keselamatan menyatakan pihak mereka sentiasa melakukan pemantauan dan agak sukar untuk mengenal pasti kenderaan yang keluar masuk di Univerisiti Malaya ini kerana terdapat 5 pintu masuk dan keluar di kampus ini.Pihak keselamatan menyatakan bahawa kemungkinan kes kecurian yang berlaku ini melibatkan bekas pelajar ataupun mereka yang sememangnya tahu tentang lokasi di kawasan kampus ini.menurut kajian yang telah dijalankan oleh pihak keselamatan sebanyak 1300 kenderaan yang masuk kedalam universiti malaya pada jam 8.00-9.00 pagi.Jumlah yang besar ini sememangnya menyukarkan pihak keselamatan untuk mengawal selia kenderaan yang masuk kerana akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.


Perkara yang keempat adalah isu kadar bayaran clamp kenderaan di kampus Universiti Malaya.menurut pihak keselamatan kadar maksimum untuk clamp kenderaan adalah sebanyak RM 50 .Namun jumlah ini adalah mengikut belas ihsan daripada pegawai keselamatan sendiri.Tindakan clamp kenderaan ini akan diambil sekiranya terdapat aduan daripada pihak fakulti yang mana kenderaan pelajar itu menghalang lalu lintas.Menurut apa yang telah di nyatakan oleh pihak keselamatan mereka dalam proses cadangan untuk mengurangkan kadar bayaran clamp ini kepada RM 30.Pihak keselamatan menasihatkan pelajar supaya parking ditempat yang telah disediakan.Namun pihak kami telah menyatakan bahawa ketiadaan tempat parking yang mengcukupi akan menyebabkan para pelajar terpaksa parking di kawasan yang tertentu.Justeru penambahan kawasan parking terutama di kawasan-kawasan fakulti adalah sangat diperlukan.

Perkara yang kelima adalah berkaitan keselamatan di kolej-kolej kediaman terutama di kawasan kolej kediaman ke sembilan yang mana terdapat kes ragut dan keselamatan untuk para pelajar kolej kediaman ini pulang ke kolej masing-masing.Selain itu,kedudukan kolej kediaman ini yang terletak di luar kampus memang menyukarkan pegawai keselamatan untuk melakukan pemantauan.Menurut pihak keselamatan masalah pencahayaan di jalan untuk ke kolej kediaman ke sembilan ini menjadi faktor utama walaupun pihak keselamatan telah beberapa kali menyatakan kepada pihak JPPHB UM untuk memasang lampu di kawasan berkenaan namun sehingga sekarang masih belum ada tindakan yang di lakukan.Selain itu,seksyen 17 merupakan antara kawasan panas yang sering kali berlaku kes ragut dan samun,namun setelah dipasang penghadang jalan di bebrapa tempat telah mengurangkan aktiviti itu menurut pihak keselamatan.


Perkara yang seterusnya adalah isu keselamatan yang melibatkan pekerja asing.Pegawai keselamatan akan melakukan operasi untuk memastikan pekerja asing ini tidak keluar daripada kawasan pekerjaan mereka sewenang-wenangnya.pihak keselamatan akan mengenakan tindakan kepada mereka.Perkara ini dinyatakan kerana terdapat mahasiswa yang telah membuat laporan diganggu oleh pekerja asing ini.Isu-isu lain yang dibincangkan adalah berkaitan kewujudan pegawai keselamatan yang bertindak sebagai penjaga kolej.Perkara ini masih lagi dalam peringkat kajian kerana sebelum ini memang sudah ada pegawai keselamtan yang bertanggungjawab untuk setiap kolej-kolej kediaman.Kes kecurian yang banyak berlaku di kolej kediaman ibnu sina(ke-6) telah tiada kerana aspek keselamatan telah dittik beratkan.Selain itu,isu yang diketengahkan adalah kawasan parking kolej kediaman 3,4 dan 7 yang sering berlaku kecurian dan pihak keselamatan di minta untuk kerap membuat pemantaun di kawasan itu.


Penulis juga meminta pihak keselamatan agar lebih cepat dan tangkas dalam menangani beberapa isu jenayah yang berlaku di dalam kampus ini.Sememangnya aspek keselamatan ini menjadi satu faktor dan aset yang paling utama di mana sahaja kita berada.Tanggungjawab keselamatan ini bukan sahaja terletak kepada pihak keselamatan dan mereka yang bertanggungjawab tetapi aspek keselamatan ini perlulah dicegah secara bersama di dalam asyarakat terutama golongan mahasiswa.Kerjasama yang erat antara pihak keselamatan dan mahasiswa adalah kunci yang sangat bermakna untuk kita sama-sama membanteras jenayah di kampus.Semoga kes keselamatan di kampus Universiti Malaya ini akan berkurangan untuk keselesaan seluruh mahasiswa.Namun,segalanya terletak dalam diri mahasiswa itu sendiri iaitu mereka perlulah berhati-hati dan berwaspada dalam setiap keadaan dan jangan sesekali cuai dan mendedahkan diri kepada bahaya.

Pihak keselamatan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan pelajar yang telah menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.Mereka berharap semoga pertemuan ini akan berterusan kerana kerjasama yang akan terjalin ini lebih memudahkan pihak keselamatan untuk mengetahui dan memantau kes-kes keselamatan yang berlaku di dalam kampus Universiti Malaya ini.


``KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA DAN BERSAMA``

MOHD ASRI B ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM)
PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ UM.

Saturday, October 9

Mahasiswa disaran suburkan semangat sukarelawan

KUANTAN: Golongan mahasiswa disaran menyuburkan semangat kesukarelawan sebagai satu pengupayaan kekentalan diri, kelasakan minda dan ketahanan peribadi sebagai benteng yang memagari kelangsungan agama, nusa dan bangsa.
Saranan itu diutarakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang turut bertitah bahawa semangat kesukarelawan adalah satu agenda yang perlu dijurai mahasiswa dan pihak universiti, kerana di situlah aplikasi ilmu pengetahuan serta sentuhan kemanusiaan bergabung.
Baginda bertitah kajian yang dilakukan pusat kaunseling Universiti Maryland, Amerika Syarikat pada 1992, menunjukkan jumlah mahasiswa yang berminat melakukan aktiviti kesukarelawan semakin merosot.
Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu juga bertitah, pelbagai alasan telah diberikan oleh mahasiswa yang kurang melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan iaitu tidak ada masa dan sibuk dengan pelajaran.
"Kini setelah 18 tahun kajian tersebut dijalankan, kita harus menyoal adakah situasinya terus merosot, atau menunjukkan kemajuan. Pada hemat saya, rendahnya minat, kurangnya kesedaran untuk menyertai aktiviti kesularelawan di kalangan mahasiswa, perlu ditekuni penyelesaiannya dengan bijaksana,” titahnya pada majlis Konvokesyen Kelima UMP hari ini. - Bernama

UM Bakal Tubuh Galeri Seni

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) akan mewujudkan galeri seni untuk mempamer lukisan dan arca bernilai tinggi yang dirancang ditempatkan di Dewan Tuanku Canselor (DTC) tahun depan, kata Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon.
"Saya harap di masa hadapan, galeri seni ini akan turut menjadi tempat persinggahan pelancong dari luar negara," katanya yang berpendapat lukisan dan arca mempunyai nilai yang tinggi dan berbaloi untuk dikumpul.
Sehubungan itu, beliau berkata, UM akan mula mengumpul koleksi lukisan dan arca untuk dipamerkan di galeri itu, katanya ketika merasmikan Pameran Media Seni ke-9 UM hari ini.
Dr Ghauth berkata, bagi menambah tarikan ke galeri seni itu, UM juga akan memindahkan Muzium Seni Asia yang kini terletak di Fakulti Undang-Undang serta Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran ke DTC.
Muzium itu yang dibuka pada tahun 1980 menyimpan lebih 2,000 kepingan seramik yang dikumpul dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, India dan Iran.
Beliau berkata, UM akan turut menubuhkan pusat penyelidikan bagi mengkaji artifak negara yang masih belum dikaji.
Pengarah Pusat Kebudayaan UM, Prof Dr Mohd Nasir Hashim pula berkata, bermula tahun depan, universiti itu berhasrat melantik kalangan artis yang terdiri daripada pelukis, pereka arca dan karyawan lain sebagai penasihat kepada pelajar jurusan seni UM.
"Antara pelukis yang akan dijemput termasuk Bayu Utomo Radjikin dan Ahmad Shukri Mohamed," katanya. - BERNAMA

Monday, October 4

Pelajar tidak dihalang sepenuhnya terlibat politik

GEORGETOWN 4 Okt. - Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak dihalang sepenuhnya untuk terlibat dalam politik terutama ketika pilihan raya sekiranya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa boleh mendengar ceramah atau bercakap tentang politik tetapi mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam kempen politik.
"Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan penglibatan pelajar IPT dalam politik terutamanya menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Mohamed Khaled berkata, sebelum ini terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dalam politik walaupun menyedari tindakan itu salah. - Bernama

Tuesday, September 28

POSTER SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM)

DIDIK PELAJAR IPT URUS KEWANGAN

Mohd. Khaled Nordin dan Hamad Kama Piah Che Othman (tiga dari kanan) bersama peserta kuiz USM pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 2010 di Hotel Marriot Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 27 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi menyeru pihak universiti menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) untuk dijadikan input kepada industri pelaburan dalam usaha menarik penyertaan rakyat dalam unit amanah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, R&D oleh pihak universiti itu dapat membantu menggalakkan rakyat memilih instrumen unit amanah sebagai pilihan perancangan kewangan peribadi.

Menurutnya, penglibatan dan penyertaan orang ramai dalam kegiatan pelaburan membolehkan mereka turut serta menjadi pemain dalam merancakkan pertumbuhan industri itu secara keseluruhan serta dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara.

"Inisiatif Permodalan Nasional Berhad (PNB) selama ini untuk mendidik masyarakat tentang pelaburan dan perancangan kewangan serta mempromosikan unit amanah sebagai mekanisme perancangan kewangan individu kepada golongan mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) adalah usaha yang tepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2010 kategori universiti di Hotel Marriot Putrajaya di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Sebanyak 72 pasukan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) seluruh negara menyertai musim pertandingan kali ke-10 itu.

Mohamed Khaled berkata, penerokaan secara menyeluruh dalam bidang pelaburan dapat memanfaatkan perkembangan ekonomi negara dan membolehkan bidang tersebut menjadi perancangan kewangan pelajar pada masa hadapan.

Sehubungan itu, beliau berkata, kemampuan pelajar untuk menguruskan kewangan perlu bermula daripada sekarang iaitu bertitik tolak ketika golongan itu mengambil langkah bijak dengan membuat pelaburan.

"Sikap sesetengah graduan yang gagal menjelaskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) selepas tamat pelajar merupakan salah satu akibat daripada kegagalan mereka mengurus kewangan dengan baik," katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai isu golongan muda yang menjadi bankrap disebabkan kegagalan menguruskan kewangan peribadi masing-masing.

"Menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), seramai 13,128 individu berumur 25 hingga 34 tahun diisytihar muflis kerana hutang kad kredit.

"Ini merupakan sebahagian dari sejumlah RM24 bilion tunggakan kad kredit yang melibatkan 10 juta pengguna." katanya.

Pada pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2010 kategori universiti, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul sebagai johan untuk membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan hadiah bernilai RM8,000.

Naib Johan menjadi milik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan membawa pulang piala iringan dan hadiah berjumlah RM5,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala keempat jatuh kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR).

Thursday, September 23

Nasib penuntut UM terlibat dalam kebakaran terbela

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Nasib 13 penuntut Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) yang rumah sewa mereka terbakar dalam kejadian pada 8 September lalu terbela selepas menerima bantuan kewangan daripada pihak universiti tersebut hari ini.

Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat.

Katanya, pihak UM sentiasa memantau dan mengambil berat setiap masalah yang membabitkan penuntutnya bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik untuk menimba ilmu.

“Kami sentiasa memantau keadaan dan masalah penuntut walaupun mereka tinggal di luar kampus,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 13 mangsa kebakaran itu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM, Prof. Dr. Rohana Yusof dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM, Khairul Anuar.

Salah seorang penuntut terlibat, Mohd. Rizal Azizan, 22, ketika ditemui berkata, rumah sewa mereka di Seksyen 17, Petaling Jaya terbakar semasa kesemua 13 penyewa pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, dia dihubungi pemilik rumah sewa itu pada hari kejadian yang memaklumkan kebakaran tersebut.

“Kebanyakan dokumen penting milik kami hangus dan ada juga barang berharga hilang,” katanya yang mengambil jurusan Syariah Islam.

Mohd. Rizal berkata, buat masa ini dia dan rakan-rakannya diberi rumah baru untuk disewa oleh penyewa yang sama buat sementara waktu.

Katanya, dia masih belum mengetahui punca kebakaran, namun mengikut laporan polis yang dibuat oleh pemilik rumah terdapat unsur-unsur khianat dalam kes tersebut.

“Ini kerana terdapat barang-barang berharga milik kami hilang dan punca kebakaran juga mencurigakan,” katanya.

Tuesday, August 31

KERAJAAN TAK PERNAH TUTUP BINCANG ISU MAHASISWA BERPOLITIK

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah menutup ruang perbincangan berhubung cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik, sebaliknya menggalakkan diskusi secara ilmiah bagi mendapatkan pelbagai maklum balas mengenainya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah membuat keputusan bahawa berdasarkan kajian mendalam membabitkan semua pihak, cadangan itu belum boleh dipersetujui.

Beliau berkata, banyak isu lain yang lebih penting dan perlu diberi perhatian seperti kebolehpasaran graduan, kerjasama akademia dan industri, kerjasama universiti dan komuniti, pembangunan keusahawanan mahasiswa serta penerapan ilmu, nilai dan kemahiran mahasiswa.

“Kementerian sentiasa terbuka dalam isu itu, namun ia perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk mahasiswa sendiri,” katanya selepas melancarkan Program Semarak Kemerdekaan Ke-53 peringkat KPT, di sini semalam.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan tidak membenarkan mahasiswa terbabit dalam politik kepartian kerana berpendapat Seksyen 15, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata KPT sedang mempertingkatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai hub inovasi rantau ini, sejajar pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) yang memberi tumpuan dalam bidang inovasi kerana sektor pengajian tinggi penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti yang mampu memenuhi aspirasi kerajaan khususnya dalam bidang inovasi.

“Sudah tiba masanya, kita memulakan pelan untuk menjadikan negara sebagai hub inovasi serantau, antaranya dengan menambah jumlah pelajar yang mengikuti pengajian pada peringkat lepasan ijazah, selain meningkatkan program penyelidikan serta pembangunan antara institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara,” katanya.
“Secara tidak langsung, usaha ini mampu menyumbang kepada usaha kerajaan menjana transformasi negara yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, kementerian memberi peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) kepada IPT yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan kerana tumpuan kini bukan lagi dalam bentuk fizikal.

Beliau berkata, tiada IPT baru akan dibuka dalam masa terdekat, kerana kerajaan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Monday, August 30

PERUTUSAN KHAS KEMERDEKAAN SPKUM KE-53

Pada tahun ini bermula detik 12.00 tengahmalam 31 ogos 2010 maka genaplah 53 tahun usia kemerdekaan yang seluruh warganegara Malaysia kecapi sehingga ke saat ini.Selama 53 tahun ini jugalah negara kita bangkit dan bangun daripada penjajahan lebih daripada ratusan tahun dahulu Pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi sebelum menikmati kemerdekaan ini sehinggalah kita merasai kemerdekaan ini sehingga kini.Dalam usia 53 tahun ini jugalah negara kita tuntas bangun daripada sebuah negara yang berada di hujung asia tenggara bingkas menjadi terkenal sehingga ke pelusok dunia.Kita bersyukur kepada ALLAH kerana sehingga kini kemerdekaan yang kita kecapi ini terus terpelihara dan dipertahankan dan kita mengharapkan kemerdekaan ini akan terus berkekalan untuk selama-lamanya.Namun kita bukan sahaja mengharapkan kemerdekaan ini semata-mata,kerana ada yang lebih penting daripada itu iaitu untuk mengisi kemerdekaan ini.Apa gunanya kita merdeka jika minda dan pemikiran kita masih terjajah?Apa gunanya kita merdeka jika negara dan rakyat kita terus dibelenggu dengan kadar kemiskinan yang tinggi?Apa gunanya kita merdeka jika rakyat dan masyarakat tidak bersatu padu?Apa gunanya kita merdeka jika ekonomi kita jatuh merudum?Apa gunanya kita merdeka jika kejahatan terus bermaharajalela.?Apa gunanya kita merdeka jika rasuah berleluasa?Apa gunanya kita merdeka jika pemimpin sendiri yang merosakkan negara?Semua persoalan ini merupakan perkara yang paling penting untuk dipenuhi dalam tuntutan kemerdekaan.Kita mahu kemerdekaan yang kita kecapi selama 53 tahun ini akan lebih bermakna dari satu tahun ke tahun yang mendatang.Jika tidak samalah juga kita seperti berada di zaman penjajahan dahulu.

Kemerdekaan di negara kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Kemerdekaan yang kita capai ini bukan semata-mata bergantung kepada perjuangan satu bangsa sahaja,tetapi kemerdekaan ini hasil daripada kesepakatan dan toleransi antara tiga kaum terbesar di negara kita iaitu melayu,cina dan india.Semangat toleransi dan kerjasama ini lah merupakan satu formula yang berkekalan sehingga kini hasil daripada perpaduan yang telah kita bina sejak sekian lama.Walaupun perpaduan ini pernah dicalarkan dengan peristiwa 13 mei 1969 namun rakyat kita terus sedar bahawa semangat perpaduan ini sangat penting dalam memastikan kemerdekaan ini terus dipelihara.Tema kemerdekaan kita pada tahun ini iaitu 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI membawa erti yang sangat mendalam dalam memastikan kemerdekaan ini terus dipertahankan.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan dapat kita rasai sekarang ini dan masa akan datang andai kata perpaduan kita goyah dan musnah.Semua kemajuan ini tidak akan tercapai tanpa keamanan dan keselesaan warganegara Malaysia ini dibawah satu bumbung dan payung iaitu Negara Malaysia.Perpaduan merupakan teras utama dalam kita memastikan keamanan ini terus dipelihara.Dengan cara ini mudah bagi kita untuk mengubah landskap pembangunan negara ini kepada yang lebih canggih dan maju seiring dengan wawasan 2020.

Saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53 kepada seluruh warganegara Malaysia terutama sahabat dan kawan-kawan mahasiswa warga kampus di UNIVERSITI MALAYA.Universiti ini menjadi kebanggaan kita dan seluruh rakyat Malaysia kerana selepas kemerdekaan pusat intelektual inilah yang telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar yang terus mempertahankan dan memperjuangkan supaya kemerdekaan ini akan terus dipelihara.Sebagai Mahasiswa kita perlulah memastikan legasi kepimpinan yang menerajui pemerintahan negara ini akan terus mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini.Mahasiswa merupakan golongan anak muda yang bersemangat waja dan berjiwa patriotik akan terus memastikan kemerdekaan ini terpelihara.Jangan ada yang cuba membakar api kemarahan mahasiswa dengan memperlekeh dan mempermainkan keamanan dan kedaulatan negara ini.Mahasiswa tidak akan pernah berdiam diri jika ada yang cuba membakar api perpaduan yang telah kita bina selama ini demi memastikan kemerdekaan yang kita laung-laungkan ini akan terus dihayati dan dipertahankan.

SEKIAN

``MAHASISWA MENJANA TRONSFORMASI KEMERDEKAAN``

Perutusan Khas,

MOHD ASRI ZULKIFLI
JURUCAKAP SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM(SPKUM)
PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ UNIVERSITI MALAYA

Saturday, August 28

PERDANA MENTERI: I AM OPEN TO STUDENTS IN POLITICS




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau masih terbuka terhadap desakan supaya golongan mahasisw dibenarkan berpolitik.

Katanya, beliau masih terbuka untuk sebarang cadangan walaupun Kabinet secara dasarnya tidak begitu bersetuju.

"Saya masih memikirkan perkara ini dan terbuka untuk berdebat mengenai isu ini untuk membolehkan keputusan yang lebih baik dibuat," katanya ketika menjawab soalan dalam dialog sempena sesi 'TownHall' Makmal Pemuda BN hari ini.

Makmal Pemuda BN mencadangkan supaya pelajar universiti dibenarkan bergiat aktif di dalam politik dengan memberi kebenaran kepada mereka untuk menjadi ahli atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik.

Menjawab satu soalan lain, perdana menteri berkata BN sedang menimbangkan mengenai cadangan membenarkan keahlian terus ke dalam BN, yang sekaligus menunjukkan kesungguhan parti itu untuk berubah.

Mengenai laporan akhir Makmal Pemuda BN itu, Najib berkata, kerajaan bersedia untuk menimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Makmal Pemuda BN yang telah dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri pada Februari lepas merupakan satu usaha untuk mencari titik sentuh antara kerajaan BN dengan golongan muda negara ini selain bertujuan untuk memahami aspirasi, permasalahan dan cadangan orang muda ke arah menjana dasar-dasar kerajaan yang mesra orang muda.

Laporan akhir Makmal hari ini terbahagi kepada empat sektor utama iaitu ekonomi, kualiti hidup, pendidikan serta perpaduan dan demokrasi.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuk gesaan supaya kerajaan memperkenalkan dasar gaji minimum tidak kurang daripada RM1,000 sebulan bagi pekerja sepenuh masa, membina pangkalan data bagi membantu golongan muda yang di dalam fasa 'peralihan' seperti kehilangan kerja, sakit teruk atau krisis kewangan.

Dalam sektor pendidikan pula, kerajaan disaran untuk melancarkan kempen penjenamaan semula perguruan sebagai profesion terpilih dan membenarkan lebih kebebasan dalam pilihan mata pelajaran di sekolah.

Bagi menggalakkan proses integrasi antara kaum, kerajaan disaran memberi insentif termasuk pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja pelbagai kaum dan pelepasan cukai kepada restoran yang mendapat sijil perakuan halal.

Dalam menjamin proses demokrasi diamalkan, Makmal Pemuda BN mencadangkan supaya waktu maksimum dua tahun ditetapkan bagi tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan menyediakan geran khas bagi membantu dan menyokong pelaksanaan program berkaitan dengan Konsep 1Malaysia yang dikendali oleh golongan belia.

Perdana Menteri berkata geran itu, yang akan dipercepatkan kelulusannya, akan membolehkan lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam program-program 1Malaysia yang dianjurkan.

Ketika menjawab soalan, beliau berkata kebanyakan cadangan yang dikemukakan pada sesi itu adalah bernas dan akan diteliti oleh kerajaan.

"Satu daripada cadangan yang menarik perhatian saya ialah mewujudkan dana khas bagi menyokong program 1Malaysia yang dijalankan oleh belia. Kita akan sediakannya tidak lama lagi supaya lebih ramai orang muda terlibat dalam program 1Malaysia," katanya.

Berdasarkan laporan akhir Makmal Pemuda BN yang dibentangkan oleh Khairy, antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya Geran 1Malaysia diwujudkan bagi membantu pelaksanaan projek atau program yang menggalakkan atau meningkatkan hubungan antara kaum dan prinsip 1Malaysia.

Najib berkata kerajaan akan mencari mekanisme terbaik untuk memperkenalkan geran berkenaan.

"Mungkin kita boleh masukkan (pengwujudan geran) dalam ucapan belanjawan untuk dibentangkan dalam belanjawan akan datang dan mungkin juga dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sebab ia merupakan pelan berterusan," katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun mungkin tidak semua cadangan yang dikemukakan oleh makmal berkenaan diterima dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ialah kerajaan telah mendengar suara orang muda di negara ini.

Turut dibangkitkan pada sesi dialog berkenaan ialah mengenai isu gaji minimum pekerja tempatan, dan dalam soal ini, Najib berkata perbincangan sedang dilakukan dengan pihak majikan bagi berhubung cadangan berkenaan.

- Bernama

Friday, August 27

BENARKAN PELAJAR IPT SERTAI POLITIK

PENDAHULUAN
- Perbincangan dan pendirian untuk sama ada membenarkan atau tidak membenarkan pelajar IPT menganggotai parti politik amat bergantung kepada pandangan alam kita terhadap makna dan budaya ilmu, pendidikan tinggi, pelajar IPT dan politik.
- Sebagai analoginya, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah sebuah permukaan yang rata dan mempunyai hujung yang bertebing curam, maka, kita tidak akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak akan belayar jauh di lautan sebab takut akan terjatuh di hujung dunia. Tetapi, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah bulat, maka, kita akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak lagi berasa takut terjatuh di tebing dunia. Sebaliknya kita berasa berani, berkeinginan, belajar dan bersedia untuk belayar ke tempat yang paling jauh. Begitu jugalah pandangan alam terhadap makna dan budaya ilmu, pendidikan tinggi, pelajar IPT dan politik. Ia akan mempengaruhi sama ada hendak melihat dan melaksanakan proses pembinaan pelajar IPT yang canggih ataupun sebaliknya.
- Matlamat sebenar IPT bukanlah untuk melahirkan pekerja yang baik, tetapi adalah untuk melahirkan insan yang baik. Pekerja yang baik tidak semestinya menjadi insan yang baik. Tetapi, insan yang baik sudah semestinya menjadi pekerja yang baik (Prof. Syed Muhammad Naquib al Attas). IPT juga bermatlamat untuk mendidik pelajar tentang makna kehidupan (Anthony T. Kronman) dan seni kehidupan (Alexander Meiklejohn).
- Menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2009, pelajar bukan hanya terhad kepada pelajar ijazah pertama sahaja, tetapi termasuk juga pelajar pasca-siswazah. Di universiti-universiti penyelidikan, jumlah pelajar pasca-siswazah akan mengatasi jumlah pelajar ijazah pertama.    
- Ramai telah berbincang, menulis dan berjuang tentang persoalan mahasiswa dan politik ini sejak lama. Sebahagian pemikiran saya tentang persoalan ini terkandung dalam e-buku saya (2009), Kalau Saya Mahasiswa yang boleh dibaca secara percuma di laman web saya: saifuddinabdullah.com.my. Ketika memperjuangkan supaya AUKU Pindaan 1975 dipinda, banyak halangan dan tohmahan diterima, tetapi, akhirnya ia dipinda juga oleh kerajaan pada 2009, tetapi dengan tidak melakukan beberapa penambahbaikan yang sepatutnya dilakukan sekali. Justeru, perkara yang dibincangkan di sini adalah kesinambungan perjuangan tersebut.
CADANGAN 
- Sebagai reaksi kepada kebenaran oleh kerajaan untuk guru siswazah memegang jawatan dalam parti politik, maka, pada 28 Julai 2010, saya telah melontarkan idea bahawa masanya telah tiba untuk kita memikirkan dan menimbangkan untuk:  
(1)   Membenarkan pensyarah IPT memegang jawatan dalam parti politik.
(2)   Membenarkan pelajar IPT menjadi ahli parti politik.
- Kecuali dalam hal tertentu, kertas ini lebih banyak merujuk tentang cadangan membenarkan pelajar IPT menjadi ahli politik.

MATLAMAT UTAMA
- Dalam konteks membenarkan pelajar IPT menjadi ahli parti politik, ia mempunyai dua matlamat utama, iaitu:
(1)  Untuk memenuhi haknya sebagai warganegara Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
(2)  Untuk mematangkan demokrasi Malaysia dengan meluaskan dan meningkatkan partisipasi rakyat, termasuk belia dan pelajar IPT, dalam struktur dan proses membuat keputusan.
- Bagi matlamat memenuhi hak pelajar IPT, iaitu seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan), ia bukanlah bermakna mewajibkan semua pelajar IPT untuk menjadi ahli parti politik. Ia adalah untuk melindungi hak bagi mereka yang ingin memenuhi haknya sahaja. Ini perlu dilakukan kerana pada masa ini, hak itu dihalang oleh perundangan-perundangan IPT yang berkaitan.

- Ini bukan persoalan sama ada semua pelajar IPT akan menjadi ahli parti politik. Realitinya, jumlah yang ingin menjadi ahli parti politik adalah kecil, iaitu kumpulan minoriti. Majoriti tidak berminat. Tetapi, kumpulan majoriti tidak boleh menghalang pilihan yang ingin dibuat oleh kumpulan minoriti. Apalagi, dalam hal ini, pilihannya itu dijamin oleh Perlembagaan.
- Perkara ini hampir sama dengan keadaan di sebuah sekolah yang di sana terdapat kumpulan minoriti pelajar beragama Islam. Walaupun kumpulan majoriti di sekolah itu tidak beragama Islam, tetapi, hak beragama yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan beragama), dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, menyebabkan kumpulan majoriti perlu membenarkan kumpulan minoriti yang beragama Islam itu memenuhi haknya dengan disediakan bilik solat dan guru agama untuk mereka.
- Bagi matlamat mematangkan demokrasi, ia adalah bersesuaian dengan salah satu cabaran Wawasan 2020, iaitu untuk melahirkan masyarakat demokratik  yang matang.
- Ia juga bersesuaian dengan realiti, pengharapan dan tuntutan kontemporari. Kini, terdapat rakyat, terutamanya belia (termasuk pelajar IPT), yang menolak, skeptikal dan sinis terhadap ahli politik, parti politik dan institusi politik. Mujurnya mereka masih mempunyai kepercayaan terhadap demokrasi (Merdeka Center, Russell Dalton). Tetapi, kepercayaan itu adalah disekalikan dengan harapan dan desakan supaya dilakukan reformasi terhadap demokrasi yang melampaui sistem demokrasi yang wujud dan diamalkan pada hari ini (Russell Dalton).
- Dalam konteks ini, kita perlu menyelami dinamika partisipasi belia dalam politik (Spannring R., Ogris G & Gaiser W), yang terdiri daripada empat keadaan:
(1)  Hubungan belia dan politik yang bersifat multi-dimensi. Apakah keadaan sosial dan politik semasa dan setempat serta pandangan belia terhadap politik?
(2)  Bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi dalam politik. Apakah caranya belia berpartisipasi dengan aktif dalam politik dan bagaimanakah mereka menilai pelbagai bentuk partisipasi politik?
(3)   Mengenalpasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik. Apakah peranan dan keberkesanan ibu bapa, rakan sebaya dan pendidikan formal terhadap partisipasi politiknya?
(4)  Kesaksamaan gender, iaitu dari segi partisipasi belia wanita. Adakah belia wanita mempunyai kefahaman dan amalan politik yang sama atau berbeza daripada belia lelaki?
- Dalam hal ini, saya menganjurkan amalan “politik baru”, iaitu judul buku saya (2008) yang dilancarkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
- . Politik baru melibatkan dua komponen utama, iaitu:
(1)   Politik integriti. Integriti perlu diasaskan atas idealisme perjuangan. Amalannya melibatkan 3 tunggak, iaitu politik ilmu dan bukannya politik ampu, politik hikmah dan bukannya politik fitnah, dan politik bakti bukannya politik undi.
(2)  Governans baru. Ia berasaskan kerangka baru yang melibatkan ketiga-tiga sektor pembangunan (kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil) bersinergi dalam struktur dan proses membuat keputusan yang lebih seimbang.
- Dalam governans baru, ia termasuk persoalan “penghakupayaan belia/pelajar IPT”. “Penghakupayaan belia” adalah lanjutan kepada konsep “partisipasi belia” yang mula mendapat pengiktirafan terutamanya sejak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1985 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia, di mana partisipasi menjadi temanya. Sepuluh tahun kemudian, ia mula diiktiraf sebagai mempunyai konotasi politik apabila dokumen PBB, Plan of Action for Youth Programmes for the Year 2000 and Beyond menggunakan frasa “partisipasi penuh dan aktif dalam membuat keputusan”. Konsep yang sama termaktub dalam Deklarasi Menteri-menteri Belia Komanwel pada tahun 1998, Deklarasi Persidangan Menteri-menteri Belia Sedunia Pertama anjuran PBB pada tahun 1998, dan pengisytiharan 2010 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia (yang kedua). Semangat yang sama termaktub dalam frasa “penghakupayaan belia” dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (1997), yang saya menjadi penderaf dan pembentangnya di Majlis Perundingan Pembangunan Belia Negara sebelum diluluskan oleh Kabinet, bagi menggantikan Dasar Belia Negara (1985).
- Penghakupayaan belia juga melibatkan beberapa kerangka pemikiran pembangunan belia yang progresif:
(1)  Memahami bahawa terdapat “3 permintaan utama belia”, iaitu belia mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf dan isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasi-belia.
(2)  Mengiktiraf bahawa belia bukan hanya pemimpin hari esok, tetapi adalah juga “pemimpin hari ini” dalam tiga kategori, iaitu pemimpin bagi mereka yang lebih muda daripadanya, pemimpin bagi yang seangkatan dengannya dan sebagai rakan kepemimpinan/pembangunan dengan yang lebih dewasa (termasuk IPT dan kerajaan).
(3)  Kedudukan belia bukan hanya sebagai “penerima” pembangunan, tetapi juga sebagai “penyumbang” terhadap pembangunan.
(4)  Program pembangunan belia melibatkan 3 orientasi utama, iaitu “aktiviti”, “bakti” dan “advokasi”.
(5)  Komunikasi belia yang menggunakan pendekatan bekerja “bersama” belia, dan bukannya bekerja “untuk” belia; bercakap “bersama” belia, dan bukannya bercakap “kepada” belia.
- Dalam demokrasi, konsep partisipasi rakyat, termasuk belia/pelajar IPT, adalah merujuk kepada pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan sahaja untuk mempertahankan fungsi institusi demokrasi, tetapi juga untuk memantau perlakuan elit politik. Ia memerlukan partisipasi rakyat yang aktif seperti perbincangan khalayak, keterlibatan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik, termasuk dalam bentuk demokrasi langsung (direct democracy).
- Kini, terdapat keperluan untuk melakukan inovasi demokrasi (Graham Smith). Ia melibatkan lima teori demokrasi kontemporari tentang peningkatan partisipasi, iaitu:

(1)  “Demokrasi partisipatif”’ yang menekankan nilai intrinsik partisipasi itu sendiri, iaitu ia bersifat mendidik dan membina rakyat. Berpartisipasi adalah dengan sendirinya merupakan satu manfaat. Ia meningkatkan kefahaman rakyat tentang minat, kecenderungan, kemahiran, kualiti dan tanggungjawabnya terhadap politik.

(2) “Demokrasi deliberatif” yang memberi tumpuan khusus terhadap proses bagaimana sesuatu keputusan dibuat. Ia menekankan tentang keperluan supaya keputusan hendaklah dibuat melalui proses perbincangan sesama rakyat yang menikmati kebebasan dan kesaksamaan.

(3) “Demokrasi secara langsung” (direct democracy) yang menekankan tentang saat membuat keputusan. Legitimasi politik bergantung pada idea bahawa setiap rakyat mempunyai input yang saksama dan efektif dalam membuat keputusan secara kolektif.

(4) “Demokrasi kelainan” (difference democracy) yang merujuk soal bagaimana kumpulan-kumpulan sosial tertentu yang kurang mampu atau ditekan telah dipinggirkan daripada proses politik. Dalam konteks ini, legitimasi politik bergantung kepada  sejauhmana suara dan perspektif yang khusus daripada pelbagai kumpulan sosial itu diiktiraf dan diwakili dalam proses membuat keputusan politik.

(5) “Demokrasi kosmopolitan” yang mempersoalkan kedudukan legitimasi keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa politik transnasional sedangkan keputusan itu dibuat tanpa melibatkan partisipasi aktif penduduk tempatan yang terkesan oleh keputusan tersebut.
HALANGAN
- Pada masa ini, terdapat peruntukan perundangan yang tidak membenarkan pelajar IPT menjadi ahli parti politik melainkan dengan kebenaran Naib Canselor atau setaraf, iaitu seperti yang termaktub di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) untuk IPTA, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) untuk UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti; dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009) untuk IPTS.
- Dalam konteks ini, peruntukan kebenaran Naib Canselor atau setaraf tidak membawa maksud ia dibenarkan. Ia masih membawa maksud tidak dibenarkan. Pengecualian yang membenarkan itu tidak mengatasi peruntukan utama yang tidak membenarkannya. Analoginya ialah berpuasa di bulan Ramadan yang wajib hukumnya. Walaupun wajib, namun ia juga ada pengecualian yang membenarkan untuk berbuka puasa atau tidak berpuasa. Tetapi, pengecualian daripada berpuasa itu tidak membawa maksud hukum berpuasa itu tidak lagi wajib.
- Halangan lain ialah mentaliti negatif seperti: tidak percaya kepada pelajar IPT, memperlekehkan pelajar IPT, menggunakan teknik “culture of fear” (menakut-nakutkan) untuk mengongkong kebebasan pelajar IPT, kerangka politik lama yang tidak memahami realiti semasa dan sebagainya. Debat antara alasan yang menghalang ini serta jawapan terhadapnya terdapat dalam tajuk selepas bahagian ini.
- Di samping itu, terdapat juga sindrom “anti-pemikiran” dan “anti-intelektual” yang menolak atau tidak senang melihat idea-idea, apa lagi idea-idea baru, didebatkan, didialogkan dan dihujahkan secara terbuka, rasional dan bijaksana.
PERKEMBANGAN MUTAKHIR
- Cadangan ini mendapat respons positif dari beberapa tokoh dan organisasi seperti Dato’ Seri Zahid Hamidi (Naib Presiden UMNO), Saudara Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO), Saudara Mohd Maliki (Presiden Majlis Belia Malaysia), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan 12 buah pertubuhan pelajar UM yang lain, sebilangan gerakan mahasiswa lain, pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, sejumlah bekas pemimpin mahasiswa, tulisan oleh pemimpin mahasiswa hari ini dalam akhbar tempatan, hampir 100 peratus pemanggil rancangan IKIM FM pada 12 Ogos, ramai dalam laman sosial (facebook, blog, twitter, sms) dan sebagainya.
- Mahasiswa IPTA juga positif dengan cadangan ini, iaitu seperti resolusi yang                dikeluarkan oleh Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar 2010, pada 8 Ogos 2010, yang bersetuju untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian dengan bersyarat serta memerlukan penelitian dan perbincangan serius.

- Pandangan di kalangan pelajar IPT adalah pelbagai. Tidak semua bersetuju dengan cadangan ini. Malahan, jumlah yang tidak bersetuju mungkin majoriti. Tetapi, kumpulan majoriti tidak boleh menghalang kumpulan minoriti kerana ini bukan soal mewajibkan semua pelajar, tetapi, hanyalah untuk memberikan kebenaran kepada sesiapa yang memilih untuk menggunakan haknya sahaja.

- Respons yang positif juga diperolehi daripada Sidang Meja Bulat Mahasiswa dan Politik anjuran MBM pada 10 Ogos 2010.
- Kabinet (pada 11 Ogos 2010) telah membuat keputusan melarang mahasiswa berpolitik. Tetapi, laporan Malaysiakini pada hari yang sama, yang disahkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, menyatakan terdapat nota supaya berita tersebut tidak disiarkan oleh media.
LANGKAH SUSULAN-KEHADAPAN
- Dengan tidak sekali-kali bermaksud untuk membelakangi keputusan Kabinet, dan dengan kefahaman bahawa Kabinet juga pernah mengubah keputusannya apabila hadir maklumat baru dan realiti baru (termasuk mengubah keputusannya daripada kandungan AUKU pada 1975 kepada kandungan AUKU pada 2009), maka, adalah diharapkan yang perkara ini terus dibincangkan secara terbuka, berlapang dada dan berjiwa besar, dengan melibatkan semua pihak secara bebas, tenang dan bijaksana, dan dengan mengelakkan mana-mana pihak, khususnya pelajar IPT, daripada dihalang membincangkannya.
- Meningkatkan kesedaran dan pendidikan politik di kalangan pelajar IPT.
- Penilaian terhadap perundangan dan peraturan sedia ada, iaitu sama ada perlu meminda akta-akta berkaitan atau memadai dengan perlaksanaan secara pentadbiran.       
DEBAT PELAJAR & PENSYARAH IPT BERPOLITIK

Berikut disenaraikan sebahagian besar daripada “alasan” yang telah dikemukakan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan pensyarah memegang jawatan dalam parti politik dan pelajar menjadi ahli parti politik. Ia disertai dengan “jawapan” terhadap alasan tersebut.


Alasan 1:
Pelajar sudah diberi ruang berpolitik melalui politik kampus.
Jawapan 1:
Politik kampus memang wujud. Sebenarnya, ia perlu ditingkatkan, misalnya dengan membenarkan pelajar melaksanakan sendiri pilihan raya kampus, iaitu seperti yang berlaku di sesetengah IPTS kita dan di banyak universiti terbaik di luar negara. Isu sekarang ialah mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan. Politik kampus adalah terhad kepada aktiviti ko-korikulum. Penglibatan pelajar dalam politik yang lebih luas akan menyuburkan lagi idealisme mereka dan akan dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan dunia pasca-IPT.


Alasan 2:
Politik kampus adalah ruang pelajar mengangkat idealisme pelajar sedangkan politik luar akan membunuh idealisme tersebut.

Jawapan 2:
Cadangan ini mahu meluaskan ruang yang sedia ada untuk meningkatkan partisipasi pelajar dalam demokrasi. Persoalannya, apakah idealisme pelajar sekarang? Apakah pula contoh idealisme UMNO/BN yang membunuh idealisme pelajar? Sebenarnya, pelajar juga mampu mencorakkan politik luar. Contoh-contohnya wujud dalam sejarah gerakan pelajar di luar negara dan juga di dalam negara.

Alasan 3:
Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka tidak lagi bebas mengkritik parti mereka.

Jawapan 3:
Itu masalah parti tersebut yang tidak boleh dikritik, bukan masalah pelajar. Atau, kalau pelajar memilih untuk tidak mengkritik, maka, itu masalah peribadinya. Pelajar boleh memilih parti mana yang sesuai dengan dirinya. Apa yang menariknya ialah, orang yang menggunakan alasan ini terkenal dengan sikapnya yang tidak menggalakkan pelajar mengkritik. Merekalah yang selalu melabelkan pelajar yang mengkritik sebagai ”radikal”, ”anti-establishment” dan ”pro-pembangkang”. Jadi, apabila ia menggunakan alasan ini, ia hanya menunjukkan ini adalah alasan yang sengaja diadakan-adakan sahaja.  

Alasan 4:
Pelajar akan terganggu pelajaran mereka sebab pengaruh politik luar.

Jawapan 4:
Kalau begitu, orang yang sudah bekerjapun tidak boleh berpolitik sebab takut mengganggu kerja mereka. Punca utama pelajar terganggu akademiknya adalah faktor lain. Ada pelajar yang tidak aktif apa-apapun, tetapi masih terganggu juga akademiknya oleh pelbagai faktor lain seperti clubbing, putus cinta, murung dan sebagainya. Cara berfikir ini samalah dengan yang menuduh kokurikulum menyebabkan akademik terganggu, dan premis ini telah ditolak oleh kajian di Universiti Harvard, contohnya.
Alasan 5:
AUKU sebenarnya yang melindungi idealisme pelajar selama ini dan membentuk kepimpinan pelajar dengan acuan sendiri.
Jawapan 5:
Apakah contoh idealisme pelajar yang dilahirkan oleh AUKU? Acuan apakah kepimpinan pelajar hari ini? Idealisme pelajar bukannya sekadar menuntut kurangkan bayaran PTPTN, harga makanan asrama atau isu bas. Idealisme pelajar adalah berasaskan perjuangan yang berdasarkan kecintaan terhadap nilai-nilai muluk seperti kebenaran, keadilan dan perpaduan, serta kebencian terhadap ciri-ciri buruk seperti kepalsuan, kezaliman dan perpecahan. Antara lain, idealisme adalah berlandaskan ayat al-Quran tentang menyeru kepada kebaikan (‘amal makruf) dan mencegah daripada keburukan (nahi mungkar). Kebanyakan kajian tentang AUKU Pindaan 1975 tidak menunjukkan yang ia melahirkan idealisme pelajar. Jika benar acuan yang dilahirkan AUKU itu positif untuk kerajaan, maka, mengapakah ia seperti tidak diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya umum (contohnya Pilihan Raya Umum 2008) yang menyaksikan sokongan pengundi muda lebih condong kepada pembangkang?
Alasan 6:
Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka akan diperkuda oleh pemimpin-pemimpin politik luar.
Jawapan 6:
Siapa suruh pelajar jadi kuda? Jadilah penunggang. Sebab itulah kita mahu memberi peluang kepada pelajar sebab mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil. Kenyataan-kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar. Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga merupakan langkah memperkudakan pelajar, iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik.
Alasan 7:
Pelajar harus fokus kepada pelajaran sebab itu matlamat utama mereka ke universiti.
Jawapan 7:
Tidak ada sesiapa yang mengatakan pelajar perlu kurangkan fokus kepada pelajaran. Tidak ada data empirikal menunjukkan pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan berpolitik. Ramai yang berpolitik di kampus yang berjaya pada hari ini. Ada juga yang tidak berpolitik semasa di kampus yang hari ini tidaklah berjaya sangat. Matlamat ke universiti ialah untuk menjadi insan yang baik, termasuk dalam bidang politik.  
Alasan 8:
Biarlah mereka memilih parti politik yang mereka suka selepas tamat belajar.
Jawapan 8:
Kalau begitu, kita perlu cadangkan supaya umur mengundi pelajar dilewatkan sehingga telah keluar IPT.
Alasan 9:
Kalau seperti jawapan 8, maka, kita perlu benarkan polis dan tentera berpolitik.
Jawapan 9:
Boleh,  tetapi pelajar juga perlu ada kad pengenalan khas seperti polis dan tentera, serta mengundi cara pos seperti polis dan tentera.
Alasan 10:
Apabila pensyarah berpolitik, maka ia mengganggu proses pengajian di universiti kerana mereka akan cuba pengaruhi pelajar. Pensyarah berlainan parti akan gagalkan pelajar berlainan parti.
Jawapan 10:
Universiti sudah lengkap dengan kaedah untuk mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang menggagalkan pelajar dengan alasan politik tidak layak menjadi pensyarah. Hukumlah beliau. Pokoknya, alasan ini menunjukkan sikap tidak percaya kepada pensyarah. Pensyarah dilihat lebih rendah daripada guru siswazah (yang pernah menjadi pelajarnya) yang kini dibenarkan aktif berpolitik. Pensyarah mempengaruhi pelajar IPT? Kalau begitu, silaplah kita membenarkan guru siswazah aktif berpolitik. Ini kerana, kalau pelajar IPT boleh dipengaruhi, ini kan pula murid sekolah. Sekali lagi, alasan ini berpunca daripada sikap tidak percaya kepada pensyarah.
Alasan 11:
Pendekatan populis ini tidak menguntungkan masyarakat kampus, sebaliknya mengundang bahaya kepada sistem pendidikan yang akan dipolitikkan.
Jawapan 11:
Apa salahnya populis kalau ia bermatlamat untuk kebaikan rakyat dan bukannya diri sendiri? Ia lebih baik daripada tiada apa-apa pendekatan atau langsung tiada apa-apa pendirian. Kenapa perlu dipisahkan pendidikan dengan politik? Sekarangpun kita ada politik di kalangan universiti, pensyarah dan pelajar. Apa yang kita tidak mahu ialah politik ampu dan ragu, serta politik sempit dan kotor. Kalau adalah tempat terbaik untuk menjana politik ilmu dan baru, serta politik segar dan bersih, maka universitilah tempat yang terbaik. Alangkah anihnya, jika amanah besar itu ditolak oleh universiti dan sebaliknya diserahkan kepada orang lain.
Alasan 12:
Kalau semua pelajar berpolitik akan timbul lebih banyak masalah.
Jawapan 12:
Pertama, apa masalahnya? Kedua, siapa kata semua pelajar? Ketiga, pelajar yang betul-betul aktif berpolitik bukanlah kumpulan yang besar. Keempat, apakah sekarang ini langsung tidak ada masalah?
Alasan 13:
Bayangkan kalau semua pelajar bebas bercakap apa saja, apa akan jadi pada keamanan negara? Kita banyak isu sensitif.
Jawapan 13:
Pertama, kita mempunyai pelbagai undang-undang yang mencukupi untuk mengawal keadaan, seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Di IPT pula terdapat kaedah tatatertib. Kedua, kita telah lama merdeka. Kita perlu belajar berbincang isu-isu (yang dikatakan) sensitif dan bukannya menyapunya di bawah tikar.


Alasan 14:
Majoriti pelajar anti-establishment.
Jawapan 14:
Bukankah sejak hampir satu dekad ini, keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA hampir 100 peratus dimenangi oleh kumpulan (yang dikatakan) pro-aspirasi? Jadi, tidak betullah jika dikatakan majoriti pelajar adalah anti-establishment. Kalaupun benar pelajar anti-establishment, maka, sepatutnya difikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada establishment dibenci oleh pelajar. Kecualilah jika establishment memang tidak mahu atau tidak boleh dikritik.
Alasan 15:
Kita perlu lihat pro dan kontra perkara ini.
Jawapan 15:
Maknanya kita perlu lihat pro dan kontra jaminan hak berorganisasi dalam Perlembagaan? Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu, nikahpun ada pro dan kontranya. Cara berfikir ini sekadar untuk menimbulkan alasan tidak bersetuju sahaja atau sengaja mengada-adakan alasan atau membesar-besarkan alasan semata-mata.
Alasan 16:
Pelajar Melayu sahaja yang minat politik. Pelajar Cina dan India lebih tumpu kepada pelajaran.
Jawapan 16:
Ini pendapat yang berunsur perkauman. Seolah-olah kaum lain tidak endahkan politik. Sebenarnya, pelajar bukan-Melayu juga berminat dan aktif dengan politik.  
Alasan 17:
Gunakan cerita-cerita tentang keburukan akibat pelajar aktif berpolitik, contohnya demonstrasi yang merosakkan harta benda.
Jawapan 17:
Cerita tentang demonstrasi perlu adil. Janganlah kalau ia melibatkan orang kita, maka demonstrasi dibolehkan, tetapi kalau melibatkan orang lain, maka demonstrasi tidak dibolehkan. Cerita merosakkan harta benda itu perlu diteliti. Contohnya, pelajar dituduh lari ke dalam masjid dengan tidak menanggalkan kasut. Logiknya, kalau dikejar, manalah sempat hendak membuka kasut! Pelajar yang berlindung dalam masjid dituduh memecahkan tingkap kaca. Sebenarnya, tingkap kaca pecah terkena gas pemedih mata yang ditembak dari luar masjid ke arah pelajar. Ini adalah teknik menakutkan-nakutkan untuk membina culture of fear yang tidak baik untuk pembangunan negara.  
Alasan 18:
Pelajar akan hilang pendekatan non-partisan.
Jawapan 18:
Persoalan menjadi ahli parti politik adalah persoalan individu. Persoalan non-partisan pada peringkat organisasi dan gerakan mahasiswa adalah persoalan berbeza dan boleh dikekalkan. Malahan, secara individu dalam parti politikpun masih boleh mengambil pendekatan bi-partisan, contohnya, seperti dalam Kongres dan Senat Amerika Syarikat di mana seorang Demokrat tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh seorang Demokrat, hatta oleh Presiden Demokrat.
Alasan 19:
Bukan semua pelajar hendak menjadi ahli parti politik.
Jawapan 19:
Siapa pula yang kata “semua”? Ini semata-mata untuk membenarkan siapa yang mahu sahaja, walaupun ia minoriti. Majoriti yang tidak mahu tidak patut menghalang minoriti yang mahu. Sebaliknya, dalam amalan demokrasi yang sihat, majoriti melindungi hak minoriti.
Alasan 20:
Pelajar tidak atau belum matang.
Jawapan 20:
Definisi matang digunakan dalam undang-undang. Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi. Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM/STPM/setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka? Dalam hal yang lain, sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar dari IPT dan menjadi guru siswazah, maka, beliau bukan sahaja dibenarkan menjadi ahli parti politik, malahan dibenarkan juga memegang jawatan dalam parti politik. Tetapi, beberapa detik sebelum itu, orang yang sama dianggap tidak matang? Apabila berumur 21 tahun, pelajar IPT dianggap layak mengundi dalam pilihan raya umum, tetapi, pada masa yang sama dianggap tidak layak menjadi ahli parti politik yang dipangkahnya itu?
Alasan 21:
Kita perlu ada keseragaman, iaitu tidak boleh ada yang menjadi ahli parti politik dan ada yang tidak menjadi ahli parti politik.
Jawapan 21:
Dalam perkara seperti ini, adalah tidak sesuai untuk diadakan keseragaman. Ini mentaliti one size fits all yang telah lapuk. Kita perlu memberikan peluang untuk wujud pilihan.
Alasan 22:
Pelajar perlu bersyukur dan berterima kasih. IPT kita lebih baik daripada IPT di negara-negara mundur.
Jawapan 22:
Siapa pula yang tidak bersyukur atau berterima kasih? Kerana bersyukur dan berterima kasihlah maka terdapat pelajar yang ingin berpartisipasi dalam politik sebagai cara membalas budi, iaitu untuk berbakti kepada ibu pertiwi melalui bidang politik. Kecualilah jika ada yang beranggapan bidang politik tidak berbakti untuk ibu pertiwi. Mentaliti membandingkan kedudukan kita dengan negara mundur adalah mentaliti yang jumud. Sepatutnya kita membandingkan kedudukan kita dengan negara yang maju. Barulah ada gaya untuk kita melangkah menjadi negara maju.
Alasan 23:
Negara maju mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Kita tidak boleh meniru mereka.
Jawapan 23:
Janganlah menjadi bodoh lalu meniru membuta tuli. Tapislah. Pilihlah. Bukankah ada konsep best practise? Kita belajar apa yang baik. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Baik dan buruk itu perlulah diukur dengan neraca kebenaran, dan bukannya dengan neraca denial.
Alasan 24:
Biarlah pelajar membuat keputusan peribadi. Orang luar tidak perlu campur.
Jawapan 24:
Kalau orang luar campur untuk tidak membenarkan pelajar membuat keputusan peribadi untuk menjadi ahli parti politik – ini dibolehkan? Tetapi, jika orang luar campur untuk membenarkan pelajar membuat keputusan peribadi untuk menjadi ahli parti politik – ini tidak dibolehkan? Isunya ialah pelajar tidak dibenarkan membuat keputusan peribadi itu.  Kini, sudah ada sejumlah pelajar yang telahpun bersuara untuk dibenarkan membuat keputusan peribadi itu. Apa yang menghairankan ialah sekarang ada orang luar yang campur untuk menolak alasan yang diciptanya sendiri itu, iaitu kini, ia pula yang tidak membenarkan pelajar untuk membuat keputusan peribadi itu.


Alasan 25:
Pelajar kurang pengetahuan am.
Jawapan 25:
Sejak bila pula untuk menjadi ahli parti politik memerlukan seseorang itu lulus kertas Pengajian Am?
Alasan 26:
Kita perlu menggunakan fakta.
Jawapan 26:
Siapa pula yang tidak menggunakan fakta? Kita bukan sahaja menggunakan fakta, malahan kita menggunakan maklumat, iaitu tahap yang lebih tinggi daripada sekadar fakta. Kita juga menggunakan maklumat yang benar. Kita malahan menggunakan maklumat yang benar yang membawa makna, iaitu menepati definisi ilmu yang sebenar (Prof Dr Syed Muhammad Naquib al Attas). Kepada mereka yang menggunakan alasan ini, persoalannya ialah apakah fakta yang dimaksudkan itu? Adakah fakta itu benar atau dimanipulasi? Apakah rujukannya? Adakah rujukan itu muktabar? Atau alasan ini sengaja diadakan-adakan kerana telah kalah berhujah?
Alasan 27:
Kita tidak perlu meminda AUKU kerana ia telah dipinda pada 2009.
Jawapan 27:
Maknanya, bersetujulah dengan cadangan ini, cuma tidak perlu meminda AUKU sahaja. Terima kasih. Sebenarnya, meminda AUKU hanyalah salah satu daripada langkah yang mungkin diambil. Jika cadangan ini dipersetujui, ia masih boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda AUKU. Sayugia diingatkan, ia bukan hanya melibatkan AUKU sahaja, ia juga melibatkan 2 perundangan yang lain. 
Alasan 28:
Pindaan AUKU 2009 telah memberikan kebebasan yang secukupnya. Apa lagi yang dikehendaki?
Jawapan 28:
Ini alasan daripada orang yang telah putus hubungannya dengan gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang rapat dan akrab dengan gerakan mahasiswa, yang rajin turun kampus, yang selalu berdialog dengan mahasiswa, yang sering berforum dengan pembangkang di kampus, ia akan tahu bahawa pelaksanaan AUKU 2009 masih perlu ditingkatkan. Karenah sesetengah pegawai IPT dalam melembabkan sudut pidato dan permohonan aktiviti pelajar adalah antara bukti-buktinya. Dalam hal ini, Hal Ehwal Pelajar IPT perlu mempunyai hala tuju baru. Ini saya sentuh dalam buku saya, Kalau Saya Mahasiswa dan dalam banyak ucapan saya. Jawapan kepada soalan “apa lagi yang dikehendaki”, ialah untuk memenuhi hak pelajar yang dijamin oleh Perlembagaan dan untuk mematangkan demokrasi. Kedua-dua perkara ini tidak terdapat dalam AUKU Pindaan 2009. Orang yang menyoal soalan ini ternyata tidak fahampun apa yang disoalnya itu.  


Alasan 29:
Ibu bapa tidak benarkan anaknya menjadi ahli parti politik.
Jawapan 29:
Ada ibu bapa yang membenarkan. Ini bukan soal semua ibu bapa. Sesiapa yang tidak membenarkan, itu haknya. Sesiapa yang membenarkannya. Itu juga haknya.
Alasan 30:
Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk setiap individu pelajar. Janganlah membazirkan wang kerajaan.
Jawapan 30:
Kerajaan membelanjakan lebih banyak wang untuk pelajar yang belajar di luar negara. Tetapi, di sana, mereka dibenarkan menjadi ahli Kelab UMNO. Ini tidak membazir? Sayugia diingatkan bahawa ini bukan wang kerajaan, tetapi adalah wang rakyat yang diuruskan oleh kerajaan.  

FAEDAH PENSYARAH/PELAJAR IPT DIBENARKAN BERPOLITIK
Sebenarnya, faedah yang paling besar ialah memenuhi hak dan mematangkan demokrasi. Faedahnya ialah dalam menyertai perjalanan dan perjuangan yang panjang dan berliku-liku itu. Maksudnya, ia bukan sangat persoalan faedah, tetapi adalah persoalan kaedah. Namun, sekadar untuk menjelaskan falsafah ini, maka, disenaraikan beberapa faedah praktis seperti berikut:
- Pensyarah adalah ilmuwan, manakala pelajar memiliki ilmu. Partisipasi mereka dalam politik akan menambahbaik budaya politik melalui amalan politik ilmu dan memperkaya amalan demokrasi.
- Partisipasi pensyarah dan pelajar dalam politik adalah bertepatan dengan prinsip budaya ilmu (Wan Mohd Nor Wan Daud), iaitu: meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat paling tinggi (dalam setiap bidang yang baik seperti politik); setiap orang sentiasa menuntut, membangun dan menyebar ilmu (seperti ilmu politik); dan setiap keputusan dibuat berdasarkan ilmu (seperti penyelidikan politik yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar).
- Ia akan meningkatkan kesedaran politik di kalangan pelajar. Maka, tidak perlulah lagi menggunakan cara-cara yang pelik untuk menggalakkan mereka mendaftar sebagai pemilih dan mengundi.
- Ia akan memperkaya idealisme pelajar. Malahan, ia akan dapat menterjemahkan idealismenya dalam bentuk aktivisme yang lebih meluas.
- Ia menyediakan peluang pendidikan politik yang lebih luas untuk pelajar.
- Ia akan memperkaya proses pembangunan pelajar, iaitu dari segi kepemimpinan, capacity building, self esteem dan sebagainya.
- Ia memenuhi maksud penghakupayaan belia yang lebih komprehensif.
- Ia akan merapatkan jurang generasi antara pelajar dengan masyarakat di luar kampus.
- Ini adalah keputusan politik yang berasaskan keazaman politik (political will) yang amat penting untuk mengembalikan atau meningkatkan keyakinan pensyarah dan pelajar terhadap keterbukaan kerajaan, keseriusan kerajaan dalam mematangkan demokrasi, dan kepercayaan kerajaan terhadap mereka.

KESIMPULAN
Kebenaran untuk pensyarah memegang jawatan politik dan pelajar menjadi ahli parti politik adalah subset kepada perjuangan yang lebih besar, iaitu mematangkan demokrasi dengan meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat, khususnya belia dan pelajar, dalam struktur dan proses membuat keputusan.
____________
Putrajaya
27 Ogos 2010