Pages

Tuesday, November 30

PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN UM:SEJAUH MANA KEBERKESANANYA

PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN:SEJAUH MANA KEBERKESANANNYA?

SALAM KEPADA SELURUH MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
PIHAK SPKUM MENYAMBUT BAIK KEPUTUSAN PIHAK HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA(HEPA) UNTUK MENGEMBALIKAN SISTEM PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN(PKK).NAMUN,PERKARA INI MASIH LAGI DIPERINGKAT PERANCANGAN DAN CADANGAN DAN MASIH BELUM DIMUKTAMADKAN.

PIHAK SPKUM MELIHAT BAHAWA DALAM PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI ADAKAH PEMILIHAN YANG BAKAL DIJALANKAN NANTI AKAN BENAR-BENAR MELAHIRKAN KEPIMPINAN KOLEJ YANG BERKUALITI DAN BOLEH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA KOLEJ DENGAN BAIK?ADAKAH SISTEM DEMOKRASI INI TEPAT DIJALANKAN DIKOLEJ KEDIAMAN?

PERSOALANNYA ADALAH APAKAH JAMINAN BAHAWA PEMILIHAN BARISAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN INI DIUKUR BERDASARKAN SUARA MAJORITI?KOLEJ KEDIAMAN DI NILAM PURI JUGA TIDAK PERNAH MENJALANKAN PILIHAN RAYA UNTUK MEMILIH BARISAN KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI TERMASUK BARISAN MPP MEREKA.PIHAK SPKUM MENYARANKAN SUPAYA JIKA BENAR MAHU MENJALANKAN PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN,PIHAK HEPA JUGA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN DI JALANKAN DI KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI DI KELANTAN.

MELIHAT KEPADA ARTIKEL YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK UM-TODAY SEBELUM INI BERKAITAN PIAWAIAN PEMILIHAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN YANG TIDAK MENGIKUT KEHENDAK MAHASISWA DAN TIDAK ADIL MALAHAN DIKATAKAN PEMILIHAN JTK SEKARANG DILANTIK APABILA SESEORANG ITU BAIK DENGAN PENTADBIRAN KOLEJ DAN AKTIF PROGRAM KOLEJ ADALAH TIDAK TEPAT DAN BENAR.PIHAK SPKUM MELIHAT BAHAWA PIHAK UM-TODAY MENGELUARKAN SUATU KENYATAAN TANPA BERJUMPA DENGAN BARISAN KEPIMPINAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN UNTUK MENDAPATKAN KEPASTIAN BERKAITAN ISU INI.PIHAK SPKUM MEMOHON KEPADA PIHAK UM-TODAY UNTUK MENARIK KEMBALI KENYATAAN MEREKA BERKAITAN SISTEM PEMILIHAN JTK /JIK DI KOLEJ KEDIAMAN.

SETIAP KOLEJ KEDIAMAN MEMPUNYAI KRITERIA DAN PENILAIAN TERSENDIRI DALAM MENENTUKAN PEMILIHAN JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN MASING-MASING.NAMUN APA YANG PASTI PRESTASI DALAM PENGLIBATAN AKTIVITI DI KOLEJ KEDIAMAN MENJADI KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN.BAGAIMANA MUNGKIN MEREKA YANG TIDAK PERNAH MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI DAN PROGRAM KOLEJ KEDIAMAN BOLEH MENJADI PIMPINAN DI KOLEJ KEDIAMAN TERSEBUT.NAMUN BUKAN SAHAJA PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI DI KOLEJ KEDIAMAN TETAPI SUMBANGAN DAN JASA YANG TELAH DISUMBANGKAN KEPADA KOLEJ KEDIAMAN MENJADI KRITERIA DALAM PEMILIHAN JTK/JIK INI.TERDAPAT JUGA KOLEJ KEDIAMAN YANG MENJALANKAN TEMUDUGA DALAM PEMILIHAN JTK/JIK INI BAGI MEMASTIKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR LAYAK MENJADI PIMPINAN DI KOLEJ KEDIAMAN.PIHAK PENTADBIRAN KOLEJ TENTUNYA AKAN MELIHAT DARI SEGI PRESTASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR TERSEBUT BUKANNYA MEMILIH PELAJAR YANG RAPAT DENGAN PENTADBIRAN UNTUK MENJADI JTK/JIK KOLEJ KEDIAMAN.PIHAK SPKUM MEMINTA SUPAYA PIHAK UM-TODAY LEBIH TELUS DALAM MENYAMPAIKAN BERITA KEPADA MAHASISWA BERKAITAN ISU-ISU YANG MELIBATKAN KOLEJ KEDIAMAN DAN BERHUBUNG DENGAN SEMUA PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN BERKENAAN ISU INI.

PIHAK SPKUM JUGA TIDAK MAHU UNSUR-UNSUR POLITIK DIMASUKKAN DALAM PEMILIHAN JTK/JIK JIKA BENAR PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI DIADAKAN.PIHAK SPKUM MELIHAT PEMILIHAN DALAM MPMUM SENDIRI BANYAK MENIMBULKAN MASALAH APABILA CALON-CALON YANG TELAH MENANG DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS INI TIDAK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN BAIK.MALAHAN AKIBAT PERBEZAAN IDEOLOGI DAN POLITIK DALAM KEPIMPINAN MPMUM JUGA TERDAPAT CALON YANG MENANG TIDAK MENJALANKAN AMANAH MEREKA DENGAN BAIK.JUSTERU PIHAK SPKUM MELIHAT JIKA PILIHAN RAYA DI KOLEJ KEDIAMAN INI DIADAKAN ADAKAH PERKARA SEBEGINI AKAN BERLAKU?.AKAN TIMBUL CALON-CALON YANG HANYA PANDAI BERKATA-KATA DAN MELAUNGKAN SLOGAN KEBAJIKAN TETAPI APABILA MENANG MEREKA INI TIDAK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN SEBAIKNYA.SELAIN ITU,DI KOLEJ KEDIAMAN AKAN TIMBUL PRASANGKA DAN PERSEPSI NEGATIF SESAMA PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN KERANA TIDAK MAHU TIDAK,UNSUR POLITIK AKAN TETAP DIMASUKKAN DALAM PEMILIHAN JTK/JIK INI.AKAN TIMBUL TEAM A DAN TEAM B YANG MASING-MASING AKAN BERGADUH UNTUK MEREBUT JAWATAN DALAM JTK/JIK.TIDAK KAH PERKARA INI AKAN MERUGIKAN SELURUH MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN TERSEBUT.KOS YANG TINGGI JUGA AKAN DIGUNAKAN UNTUK PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN DAN WANG YANG DIGUNAKAN UNTUK PILIHAN RAYA ITU SUDAH TENTU MENGGUNAKAN DUIT PELAJAR YANG MEMBAYAR YURAN DI KOLEJ KEDIAMAN TERSEBUT.OLEH SEBAB ITU,PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI HARUS DI NILAI DAN DIFIKIRKAN KEBERKESANNYA.

LATIHAN KEPIMPINAN DAN TARBIYAH MERUPAKAN ELEMEN TERPENTING PERLU DISERAPKAN KEPADA SELURUH KEPIMPINAN DI PERINGKAT KOLEJ KEDIAMAN,JUSTERU SEBELUM PEMILIHAN JTK/JIK LATIHAN KEPIMPINAN DAN TARBIYAH INI DIJALANKAN UNTUK MEMILIH BARISAN KEPIMPINAN YANG BENAR-BENAR LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN DI KOLEJ KEDIAMAN.SISTEM YANG DIAMALKAN OLEH SEMUA KOLEJ KEDIAMAN ADALAH MENJALANKAN KURSUS KEPIMPINAN SEBELUM PERLANTIKAN JTK/JIK YANG BARU INI SUPAYA MEREKA BENAR-BENAR FAHAM AKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA.SISTEM INI TURUT DIJALANKAN DAN DIAMALKAN DI KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI YANG MANA PERLANTIKAN DALAM KEPIMPINAN KOLEJ KEDIAMAN DI NILAM PURI JUGA BERDASARKAN MEREKA YANG TELAH MELALUI KURSUS-KURSUS KEPIMPINAN INI.

SEMOGA KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA AKAN TERUS KEKAL TERBAIK DI MALAYSIA.JIKA BENAR SISTEM PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN INI BENAR-BENAR AKAN DIJALANKAN OLEH PIHAK HEPA UNIVERSITI MALAYA,KAMI DIPERINGKAT SPKUM MEMOHON SUPAYA DIJALANKAN DENGAN TELUS DAN BERKESAN.KAMI MAHU SUPAYA PARA PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN TERUS SELESA TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN SEBAGAI RUMAH KEDUA DAN TEMPAT BELAJAR YANG SELESA.

SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN......

SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM)

9 comments:

  1. bersetuju dengan pihak spkum , pemilihan jikjtk kolej kediaman secara pilihanraya ini bagi pandangan saya akan melahirkan pimpinan yang tidak telus untuk membuat kerja bagi kolej kerana bayangan ideologi politik kampus itu akan terbentuk di kolej kediaman seumpama dengan pemilihan MPMUM yang mana hanya sebelah pihak yang menang sahaja membuat kerja sedangkan sebelah pihak lagi hanya berdiam diri sedangkan kesemua mereka dipilih oleh pelajar-pelajar.Tidak adil sekiranya " ahli parlimen" tidak membuat kerja untuk "masyarakat parlimennya" sendiri...kerisauan ini yang akan dirasa oleh pelajar-pelajar di kolej kediaman tatkala pilihanraya kolej diadakan sekali lagi

    ReplyDelete
  2. kenapalah tulis kesemuanya dalma huruf besar. terjegil mata nak baca

    ReplyDelete
  3. adalah lebih sedap mata membaca jika huruf besar dan huruf kecil digunakan dgn sebaiknya :)

    ReplyDelete
  4. aku pun setuju..hahaha..sakit mata nak baca..last2 aku x baca..atau sengaja xnk bagi orang baca? hahahahaha

    ReplyDelete
  5. watper la nk wat pilihanraya utk jtk jik..buang masa, buang duit kolej jer..baik duit pilihan raya korg wat projek kolej kan terbaikk..di kalangan Pembantu Mahasiswa ini lah dah ada pemimpin..penilaian bleh dinilai dari kalangan mereka ataupun penyelia..saper la terpikir perkara yg kurang matang nih..adoiyai..cukupla MPP tuh di buat melalui pilihanraya sebagai pendedahan..x perlu nak kukuhkan lagi melalui jtk/jik..bdk um ni memang suka ek pilihanraya? demokrasi kononnya? aduh2..

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum & Salam Sejahtera.
    Terima Kasih di atas artikle pihak SPKUM.
    Izinkan saya menceloteh disini.
    Satu penjelasan yang baik.Saya gembira melihat respon dari pihak SPKUM.Ada beberapa maklumat yg tidak tepat yg dinyatakan oleh pihak SPKUM.
    Untuk pengetahuan PIHAK SPKUM,Kolej Kediaman Nilam Puri telah mengadakan sistem undian pelajar pada sesi yang lepas.Sistem Undian tersebut telah berlangsung semasa tempoh akhir saya menjadi Presiden JTK KKNP.Bagi pemilihan Barisan JTK&MPP(termasuk sekali) yang baru.Alhamdulillah,ia berjalan dengan baik.
    Tidak elok jika Pihak SPKUM kaitkan segala cadangan di peringkat kampus induk dengan kampus cawangan di Nilam Puri tanpa sebarang pengetahuan yang baik.Izinkan saya memetik kata-kata dari SPKUM diatas"PIHAK SPKUM MENYARANKAN SUPAYA JIKA BENAR MAHU MENJALANKAN PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN,PIHAK HEPA JUGA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN DI JALANKAN DI KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI DI KELANTAN."
    Saya pun ingin menyarankan juga.jika Pihak SPKUM ingin bersama-sama dengan pihak JTK KKNP.Alangkah baiknya jika Presiden JTK KKNP dimasukkan sekali dalam SEKRETARIAT PRESIDEN-PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM),seperti mana,tujuan penubuhan SPKUM.Ini kerana,Pihak JTK di setiap kolej dibawah pihak HEPA.Jika ada cadangan di pihak JTK di kampus induk,dapat pihak JTK di Nilam Puri juga bersama-sama dalam merealisasikan cadangan&pandangan semua demi varsiti tercinta.
    Berkaitan dengan pilihan raya di kolej kediaman.ada pro&kontranya.Sama ada PILIHAN RAYA dibuat ataupun tidak.bakal pimpinan di mana-mana organisasi harus tahu apa tujuan menjadi seorang pimpinan kepada golongan masyarakat.
    Bagi saya,adalah lebih baik jika diadakan pilihanraya dikolej kediaman.dalam pemilihan pimpinan kolej kediaman.Bagi saya,tentang terbentuknya blok-blok dan kos pilihanraya.ia bukan sebab utama untuk tidak mengadakan pilihanraya.ada pro&kontra dlm mengadakan pilihanraya.Ini dapat juga membuka peluang untuk mahasiswa/i memilih kepimpinan diperingkat kolej kediaman.Pemilihan yang telus menjamin pemimpin yang teguh atsa prinsip keadilan dlm mmegang amanah.bagi muslim,amanah yg diberikan oleh Allah.
    (ini pandangan &cadangan saya,jika ada salahnya,harap dpt diperbetulkan.mungkin pendapat&cadangan saya akn berubah dr semasa ke semasa,dgn adanya maklumat yg terkini).

    good luck 4 exam.
    Saudara Muhammad Nasrul Alam Ash'ari
    Mantan Pres JTK KKNP sesi 09/10.

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum & Salam Sejahtera.
    Terima Kasih di atas artikle pihak SPKUM.
    Izinkan saya menceloteh disini.
    Satu penjelasan yang baik.Saya gembira melihat respon dari pihak SPKUM.Ada beberapa maklumat yg tidak tepat yg dinyatakan oleh pihak SPKUM.
    Untuk pengetahuan PIHAK SPKUM,Kolej Kediaman Nilam Puri telah mengadakan sistem undian pelajar pada sesi yang lepas.Sistem Undian tersebut telah berlangsung semasa tempoh akhir saya menjadi Presiden JTK KKNP.Bagi pemilihan Barisan JTK&MPP(termasuk sekali) yang baru.Alhamdulillah ia berjalan dengan baik.
    Tidak elok jika Pihak SPKUM kaitkan segala cadangan di peringkat kampus induk dengan kampus cawangan di Nilam Puri tanpa sebarang pengetahuan yang baik.Izinkan saya memetik kata-kata dari SPKUM diatas"PIHAK SPKUM MENYARANKAN SUPAYA JIKA BENAR MAHU MENJALANKAN PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN,PIHAK HEPA JUGA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA PILIHAN RAYA KOLEJ KEDIAMAN DI JALANKAN DI KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI DI KELANTAN."
    Saya pun ingin menyarankan juga.jika Pihak SPKUM ingin bersama-sama dengan pihak JTK KKNP.Alangkah baiknya jika Presiden JTK KKNP dimasukkan sekali dalam SEKRETARIAT PRESIDEN-PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM),seperti mana,tujuan penubuhan SPKUM.Ini kerana,Pihak JTK di setiap kolej dibawah pihak HEPA.Jika ada cadangan di pihak JTK di kampus induk,dapat pihak JTK di Nilam Puri juga bersama-sama dalam merealisasikan cadangan&pandangan semua.
    Berkaitan dengan pilihan raya di kolej kediaman.ada pro&kontranya.Sama ada PILIHAN RAYA dibuat ataupun tidak.bakal pimpinan di mana-mana organisasi harus tahu apa tujuan menjadi seorang pimpinan kepada golongan masyarakat.
    Bagi saya,adalah lebih baik jika diadakan pilihanraya dikolej kediaman.dalam pemilihan pimpinan kolej kediaman.Bagi saya,tentang terbentuknya blok-blok dan kos pilihanraya.ia bukan sebab utama untuk tidak mengadakan pilihanraya.ada pro&kontra dlm mengadakan pilihanraya.Ini dapat juga membuka peluang untuk mahasiswa/i memilih kepimpinan diperingkat kolej kediaman.Pemilihan yang telus menjamin pemimpin yang teguh atsa prinsip keadilan dlm mmegang amanah.bagi muslim,amanah yg diberikan oleh Allah.
    (ini pandangan &cadangan saya,jika ada salahnya,harp dpt dibetulkan.mungkin pendapat&cadangan saya akn berubah dr semasa ke semasa,dgn adanya maklumat yg terkini).

    good luck 4 exam.
    Saudara Muhammad Nasrul Alam Ash'ari
    Mantan Pres JTK KKNP sesi 09/10.

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum & Salam Sejahtera.