Pages

Friday, August 6

TERIMA KASIH AYAHNDA Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris

Pada hari ini wakil daripada  SPKUM yang terdiri daripada Presiden kolej-kolej kediaman Universiti Malaya telah bertemu dengan  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM (TNC HEPA), Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai TNC HEPA UM berkuatkuasa 9 Ogos ini.

SPKUM mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris atas perkhidmatannya yang cemerlang sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM (TNC HEPA).Walaupun sering kali dihujani dengan pelbagai isu yang kontroversi tetapi kelihatan Ayahnda sentiasa berlapang dada dan bermurah hati dengan memaafkan segala fitnah dan tohmahan jahat kepada Ayahnda.Tidak dapat dinafikan kerusi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM (TNC HEPA) sememangnya panas kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah daripada mahasiswa,Tanpa usaha keras dan bertanggungjawab sudah tentulah sesiapa yang memegang jawatan ini akan gagal memuaskan hati seluruh mahasiswa.Ayahnda merupakan TNC HEPA yang sangat mesra pelajar.Dengan karakter peribadi yang sederhana dan mesra Ayahnda sememangnya mudah didekati oleh seluruh mahasiswa.Majlis-majlis yang dihadiri oleh Ayahnda TNC HEPA anjuran Mahasiswa sudah membuktikan keprihatinan AYAHNDA TNC HEPA untuk bersama-sama mahasiswa walaupun di mana sahaja aktiviti itu dijalankan.

SPKUM mewakili seluruh kepimpinan Kolej-kolej kediaman Universiti Malaya serta seluruh warga kolej-kolej kediaman Universiti Malaya mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan kepada AYAHNDA
Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris atas segala jasa bakti yang diberikan kepada seluruh mahasiswa.Kami juga memohon kemaafan kepada AYAHNDA atas segala kesalahan kami semua atas salah dan silap kami semua sepanjang AYAHNDA menjadi TNC HEPA.

SPKUM yang diwakili oleh JURUCAKAPNYA saudara MOHD ASRI ZULKIFLI telah menyampaikan cenderamata SPKUM sebagai tanda terima kasih daripada semua presiden kolej-kolej kediaman Universiti Malaya sesi 2010/2011 kepada AYAHNDA Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM (TNC HEPA), Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris

No comments:

Post a Comment