Pages

Friday, August 6

MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI UNIVERSITI MALAYA

6 Ogos, Universiti Malaya : Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memohon kemaafan atas segala kesulitan kerana gangguan bekalan air akan berlaku pada hari Ahad, 8 Ogos ini bermula jam 10 malam sehingga hari Isnin, 9 Ogos pada jam 7 pagi. Dan kawasan yang terlibat gangguan bekalan air adalah di seluruh kampus Universiti Malaya.
Kerja-kerja pembaikan ini dilakukan adalah untuk kemudahan semua pada masa hadapan disebabkan keadaan paip di situ sudah sekian lama tidak ditukar dan akan diganti dengan paip yang baru. Kerja-kerja pembaikan itu memakan masa selama hampir 1 bulan lebih untuk disiapkan.
Gangguan ini berpunca daripada kerja – kerja penyelenggaraan oleh SYABAS di kawasan Damansara. Pihak universiti memohon jasa baik semua warga  kampus Universiti Malaya menggunakan air secara berjimat-cermat.

SPKUM MEMOHON SEMUA WARGA KOLEJ KEDIAMAN DAPAT MENJIMATKAN AIR SERTA MEMBUAT SIMPANAN AIR UNTUK KEMUDAHAN SEPANJANG KETIADAAN AIR.

No comments:

Post a Comment