Pages

Friday, August 13

RAMAH MESRA BERSAMA PROF DR ROHANA TNC HEPA UM

PADA HARI INI WAKIL SEKRETARIAT PRESIDN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN TELAH BERPELUANG UNTUK BERAMAH MESRA BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI  YANG BARU IAITU PROF DR ROHANA YUSOF DI BILIK MESYUARAT MP2 KOMPLEKS PERDANA SISWA PADA JAM 5.00 PETANG.

KAMI DARIPADA SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA BONDA PROF DR ROHANA ATAS KESUDIAN BERTEMU DENGAN PIMPINAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM SEBAGAI TANDA KEPRIHATINAN PIHAK PENTADBIRAN HAL EHWAL PELAJAR MENGENAI PERI PENTINGNYA MAHASISWA DI KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN.SEBAGAI KEPIMPINAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN KAMI BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA SUARA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN KEPADA PIHAK PENTADBIRAN.ANTARA PERMASALAHAN YANG KAMI NYATAKAN SEWAKTU SESI PERJUMPAAN INI ADALAH BERKAITAN KENAIKAN YURAN DI BEBERAPA KOLEJ KEDIAMAN TERLIBAT DAN MENGENAI ISU PARA PELAJAR ANTARABANGSA DAN KESELAMATAN DI KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN.PIHAK TNC HEPA TELAH MENDENGAR PERKARA INI DAN AKAN CUBA MENYELESAIKAN PERMASALAHAN INI DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

PROF DR ROHANA MENJELASKAN VISI NYA SEBAGAI TNC HEPA YANG BARU ADALAH UNTUK MENJADIKAN HEP SEBAGAI SATU TEMPAT YANG DIHORMATI DAN SEBAGAI TEMPAT PEMBANGUNAN PELAJAR.BELIAU MAHU GRADUAN DAN PRODUK YANG LAHIR DARIPADA UNIVERSITI MALAYA ADALAH PRODUK MAHASISWA YANG CEMERLANG DARI SEGALA ASPEK DAN MENJADI REBUTAN DI SEKTOR-SEKTOR PEKERJAAN.
SELAIN ITU BONDA JUGA MENASIHATKAN BARISAN KEPIMPINAN SPKUM UNTUK MEMILIKI 5 KUALITI KEPIMPINAN(QUALITY LEADERSHIP) IAITU HONOUR,FORWARD LOOKING LEADERS,BE COMPETENT,INSPIRING AND INTELLIGENT.

SPKUM MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN HEPA DIBAWAH BONDA PROF DR ROHANA YUSOF.SEMOGA BONDA AKAN TERUS MENAIKKAN DAN MENGANGKAT MARTABAT UNIVERSITI MALAYA SEBAGAI UNIVERSITI TERULUNG DI NEGARA INI.SEKIAN

No comments:

Post a Comment