Pages

Wednesday, August 11

MENTERI:LARANGAN BERPOLITIK MUKTAMAD

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Rabu mengumumkan bahawa kabinet membuat keputusan untuk tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian.
Katanya, Seksyen 15, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.
Beliau menegaskan, keputusan itu tidak sama sekali menghalang mahasiswa daripada mengetahui atau mengikuti perkembangan politik tanah air melalui pelbagai cara.

No comments:

Post a Comment