"Biarlah perbincangan itu terus dilakukan, banyak aspek perlu dipertimbang termasuk membenarkan universiti itu bertukar menjadi gelanggang politik dan memastikan politik tidak berkembang masuk ke dalam kampus.
"Keputusan ini memerlukan pelbagai perhatian dan pertimbangan dan tidak hanya berasaskan kepada satu keputusan sama ada ya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kediaman pelajar di Kolej Kristal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, di Butterworth hari ini.
Sementara itu, beliau berkata UiTM kini dalam usaha membina lebih banyak kolej kediaman dengan matlamat untuk menampung keperluan 200,000 penuntut.
"Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, UiTM merancang untuk membina sekurang-kurangnya 20,500 tambahan tempat tinggal pelajar," katanya.
- Bernama
``SPKUM MENGHARAPKAN PIHAK KERAJAAN AKAN MENELITI PENGLIBATAN MAHASISWA KE DALAM POLITIK SEBAGAI SATU KEPERLUAN DALAM SISTEM DEMOKRASI YANG TELUS.SPKUM BERPANDANGAN SUDAH TIBA MASANYA MAHASISWA DIBERI SEDIKIT KEBEBASAN DALAM AUKU,TETAPI MAHASISWA HARUSLAH BIJAK DALAM MENGGUNAKAN KEBEBASAN YANG TELAH DIBERIKAN INI.JANGAN JADIKAN UNIVERSITI SEBAGAI GELANGGANG BERPOLITIK KERANA NANTI AKAN MEROSAKKAN HUBUNGAN MAHASISWA ITU SENDIRI TETAPI JADIKANLAH UNIVERSITI SEBAGAI GEDUNG KEINTELEKTUALAN DALAM MEMBINCANGKAN ISU-ISU POLITIK NEGARA DAN NASIONAL.``
No comments:
Post a Comment