Pages

Tuesday, August 31

KERAJAAN TAK PERNAH TUTUP BINCANG ISU MAHASISWA BERPOLITIK

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah menutup ruang perbincangan berhubung cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik, sebaliknya menggalakkan diskusi secara ilmiah bagi mendapatkan pelbagai maklum balas mengenainya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah membuat keputusan bahawa berdasarkan kajian mendalam membabitkan semua pihak, cadangan itu belum boleh dipersetujui.

Beliau berkata, banyak isu lain yang lebih penting dan perlu diberi perhatian seperti kebolehpasaran graduan, kerjasama akademia dan industri, kerjasama universiti dan komuniti, pembangunan keusahawanan mahasiswa serta penerapan ilmu, nilai dan kemahiran mahasiswa.

“Kementerian sentiasa terbuka dalam isu itu, namun ia perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk mahasiswa sendiri,” katanya selepas melancarkan Program Semarak Kemerdekaan Ke-53 peringkat KPT, di sini semalam.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan tidak membenarkan mahasiswa terbabit dalam politik kepartian kerana berpendapat Seksyen 15, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata KPT sedang mempertingkatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai hub inovasi rantau ini, sejajar pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) yang memberi tumpuan dalam bidang inovasi kerana sektor pengajian tinggi penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti yang mampu memenuhi aspirasi kerajaan khususnya dalam bidang inovasi.

“Sudah tiba masanya, kita memulakan pelan untuk menjadikan negara sebagai hub inovasi serantau, antaranya dengan menambah jumlah pelajar yang mengikuti pengajian pada peringkat lepasan ijazah, selain meningkatkan program penyelidikan serta pembangunan antara institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara,” katanya.
“Secara tidak langsung, usaha ini mampu menyumbang kepada usaha kerajaan menjana transformasi negara yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, kementerian memberi peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) kepada IPT yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan kerana tumpuan kini bukan lagi dalam bentuk fizikal.

Beliau berkata, tiada IPT baru akan dibuka dalam masa terdekat, kerana kerajaan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Monday, August 30

PERUTUSAN KHAS KEMERDEKAAN SPKUM KE-53

Pada tahun ini bermula detik 12.00 tengahmalam 31 ogos 2010 maka genaplah 53 tahun usia kemerdekaan yang seluruh warganegara Malaysia kecapi sehingga ke saat ini.Selama 53 tahun ini jugalah negara kita bangkit dan bangun daripada penjajahan lebih daripada ratusan tahun dahulu Pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi sebelum menikmati kemerdekaan ini sehinggalah kita merasai kemerdekaan ini sehingga kini.Dalam usia 53 tahun ini jugalah negara kita tuntas bangun daripada sebuah negara yang berada di hujung asia tenggara bingkas menjadi terkenal sehingga ke pelusok dunia.Kita bersyukur kepada ALLAH kerana sehingga kini kemerdekaan yang kita kecapi ini terus terpelihara dan dipertahankan dan kita mengharapkan kemerdekaan ini akan terus berkekalan untuk selama-lamanya.Namun kita bukan sahaja mengharapkan kemerdekaan ini semata-mata,kerana ada yang lebih penting daripada itu iaitu untuk mengisi kemerdekaan ini.Apa gunanya kita merdeka jika minda dan pemikiran kita masih terjajah?Apa gunanya kita merdeka jika negara dan rakyat kita terus dibelenggu dengan kadar kemiskinan yang tinggi?Apa gunanya kita merdeka jika rakyat dan masyarakat tidak bersatu padu?Apa gunanya kita merdeka jika ekonomi kita jatuh merudum?Apa gunanya kita merdeka jika kejahatan terus bermaharajalela.?Apa gunanya kita merdeka jika rasuah berleluasa?Apa gunanya kita merdeka jika pemimpin sendiri yang merosakkan negara?Semua persoalan ini merupakan perkara yang paling penting untuk dipenuhi dalam tuntutan kemerdekaan.Kita mahu kemerdekaan yang kita kecapi selama 53 tahun ini akan lebih bermakna dari satu tahun ke tahun yang mendatang.Jika tidak samalah juga kita seperti berada di zaman penjajahan dahulu.

Kemerdekaan di negara kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Kemerdekaan yang kita capai ini bukan semata-mata bergantung kepada perjuangan satu bangsa sahaja,tetapi kemerdekaan ini hasil daripada kesepakatan dan toleransi antara tiga kaum terbesar di negara kita iaitu melayu,cina dan india.Semangat toleransi dan kerjasama ini lah merupakan satu formula yang berkekalan sehingga kini hasil daripada perpaduan yang telah kita bina sejak sekian lama.Walaupun perpaduan ini pernah dicalarkan dengan peristiwa 13 mei 1969 namun rakyat kita terus sedar bahawa semangat perpaduan ini sangat penting dalam memastikan kemerdekaan ini terus dipelihara.Tema kemerdekaan kita pada tahun ini iaitu 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI membawa erti yang sangat mendalam dalam memastikan kemerdekaan ini terus dipertahankan.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan dapat kita rasai sekarang ini dan masa akan datang andai kata perpaduan kita goyah dan musnah.Semua kemajuan ini tidak akan tercapai tanpa keamanan dan keselesaan warganegara Malaysia ini dibawah satu bumbung dan payung iaitu Negara Malaysia.Perpaduan merupakan teras utama dalam kita memastikan keamanan ini terus dipelihara.Dengan cara ini mudah bagi kita untuk mengubah landskap pembangunan negara ini kepada yang lebih canggih dan maju seiring dengan wawasan 2020.

Saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53 kepada seluruh warganegara Malaysia terutama sahabat dan kawan-kawan mahasiswa warga kampus di UNIVERSITI MALAYA.Universiti ini menjadi kebanggaan kita dan seluruh rakyat Malaysia kerana selepas kemerdekaan pusat intelektual inilah yang telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar yang terus mempertahankan dan memperjuangkan supaya kemerdekaan ini akan terus dipelihara.Sebagai Mahasiswa kita perlulah memastikan legasi kepimpinan yang menerajui pemerintahan negara ini akan terus mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini.Mahasiswa merupakan golongan anak muda yang bersemangat waja dan berjiwa patriotik akan terus memastikan kemerdekaan ini terpelihara.Jangan ada yang cuba membakar api kemarahan mahasiswa dengan memperlekeh dan mempermainkan keamanan dan kedaulatan negara ini.Mahasiswa tidak akan pernah berdiam diri jika ada yang cuba membakar api perpaduan yang telah kita bina selama ini demi memastikan kemerdekaan yang kita laung-laungkan ini akan terus dihayati dan dipertahankan.

SEKIAN

``MAHASISWA MENJANA TRONSFORMASI KEMERDEKAAN``

Perutusan Khas,

MOHD ASRI ZULKIFLI
JURUCAKAP SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM(SPKUM)
PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ UNIVERSITI MALAYA

Saturday, August 28

PERDANA MENTERI: I AM OPEN TO STUDENTS IN POLITICS




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau masih terbuka terhadap desakan supaya golongan mahasisw dibenarkan berpolitik.

Katanya, beliau masih terbuka untuk sebarang cadangan walaupun Kabinet secara dasarnya tidak begitu bersetuju.

"Saya masih memikirkan perkara ini dan terbuka untuk berdebat mengenai isu ini untuk membolehkan keputusan yang lebih baik dibuat," katanya ketika menjawab soalan dalam dialog sempena sesi 'TownHall' Makmal Pemuda BN hari ini.

Makmal Pemuda BN mencadangkan supaya pelajar universiti dibenarkan bergiat aktif di dalam politik dengan memberi kebenaran kepada mereka untuk menjadi ahli atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik.

Menjawab satu soalan lain, perdana menteri berkata BN sedang menimbangkan mengenai cadangan membenarkan keahlian terus ke dalam BN, yang sekaligus menunjukkan kesungguhan parti itu untuk berubah.

Mengenai laporan akhir Makmal Pemuda BN itu, Najib berkata, kerajaan bersedia untuk menimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Makmal Pemuda BN yang telah dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri pada Februari lepas merupakan satu usaha untuk mencari titik sentuh antara kerajaan BN dengan golongan muda negara ini selain bertujuan untuk memahami aspirasi, permasalahan dan cadangan orang muda ke arah menjana dasar-dasar kerajaan yang mesra orang muda.

Laporan akhir Makmal hari ini terbahagi kepada empat sektor utama iaitu ekonomi, kualiti hidup, pendidikan serta perpaduan dan demokrasi.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuk gesaan supaya kerajaan memperkenalkan dasar gaji minimum tidak kurang daripada RM1,000 sebulan bagi pekerja sepenuh masa, membina pangkalan data bagi membantu golongan muda yang di dalam fasa 'peralihan' seperti kehilangan kerja, sakit teruk atau krisis kewangan.

Dalam sektor pendidikan pula, kerajaan disaran untuk melancarkan kempen penjenamaan semula perguruan sebagai profesion terpilih dan membenarkan lebih kebebasan dalam pilihan mata pelajaran di sekolah.

Bagi menggalakkan proses integrasi antara kaum, kerajaan disaran memberi insentif termasuk pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja pelbagai kaum dan pelepasan cukai kepada restoran yang mendapat sijil perakuan halal.

Dalam menjamin proses demokrasi diamalkan, Makmal Pemuda BN mencadangkan supaya waktu maksimum dua tahun ditetapkan bagi tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan menyediakan geran khas bagi membantu dan menyokong pelaksanaan program berkaitan dengan Konsep 1Malaysia yang dikendali oleh golongan belia.

Perdana Menteri berkata geran itu, yang akan dipercepatkan kelulusannya, akan membolehkan lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam program-program 1Malaysia yang dianjurkan.

Ketika menjawab soalan, beliau berkata kebanyakan cadangan yang dikemukakan pada sesi itu adalah bernas dan akan diteliti oleh kerajaan.

"Satu daripada cadangan yang menarik perhatian saya ialah mewujudkan dana khas bagi menyokong program 1Malaysia yang dijalankan oleh belia. Kita akan sediakannya tidak lama lagi supaya lebih ramai orang muda terlibat dalam program 1Malaysia," katanya.

Berdasarkan laporan akhir Makmal Pemuda BN yang dibentangkan oleh Khairy, antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya Geran 1Malaysia diwujudkan bagi membantu pelaksanaan projek atau program yang menggalakkan atau meningkatkan hubungan antara kaum dan prinsip 1Malaysia.

Najib berkata kerajaan akan mencari mekanisme terbaik untuk memperkenalkan geran berkenaan.

"Mungkin kita boleh masukkan (pengwujudan geran) dalam ucapan belanjawan untuk dibentangkan dalam belanjawan akan datang dan mungkin juga dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sebab ia merupakan pelan berterusan," katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun mungkin tidak semua cadangan yang dikemukakan oleh makmal berkenaan diterima dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ialah kerajaan telah mendengar suara orang muda di negara ini.

Turut dibangkitkan pada sesi dialog berkenaan ialah mengenai isu gaji minimum pekerja tempatan, dan dalam soal ini, Najib berkata perbincangan sedang dilakukan dengan pihak majikan bagi berhubung cadangan berkenaan.

- Bernama

Friday, August 27

BENARKAN PELAJAR IPT SERTAI POLITIK

PENDAHULUAN
- Perbincangan dan pendirian untuk sama ada membenarkan atau tidak membenarkan pelajar IPT menganggotai parti politik amat bergantung kepada pandangan alam kita terhadap makna dan budaya ilmu, pendidikan tinggi, pelajar IPT dan politik.
- Sebagai analoginya, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah sebuah permukaan yang rata dan mempunyai hujung yang bertebing curam, maka, kita tidak akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak akan belayar jauh di lautan sebab takut akan terjatuh di hujung dunia. Tetapi, jika pandangan alam kita percaya bahawa dunia adalah bulat, maka, kita akan membina kapal yang canggih. Ini kerana kita tidak lagi berasa takut terjatuh di tebing dunia. Sebaliknya kita berasa berani, berkeinginan, belajar dan bersedia untuk belayar ke tempat yang paling jauh. Begitu jugalah pandangan alam terhadap makna dan budaya ilmu, pendidikan tinggi, pelajar IPT dan politik. Ia akan mempengaruhi sama ada hendak melihat dan melaksanakan proses pembinaan pelajar IPT yang canggih ataupun sebaliknya.
- Matlamat sebenar IPT bukanlah untuk melahirkan pekerja yang baik, tetapi adalah untuk melahirkan insan yang baik. Pekerja yang baik tidak semestinya menjadi insan yang baik. Tetapi, insan yang baik sudah semestinya menjadi pekerja yang baik (Prof. Syed Muhammad Naquib al Attas). IPT juga bermatlamat untuk mendidik pelajar tentang makna kehidupan (Anthony T. Kronman) dan seni kehidupan (Alexander Meiklejohn).
- Menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2009, pelajar bukan hanya terhad kepada pelajar ijazah pertama sahaja, tetapi termasuk juga pelajar pasca-siswazah. Di universiti-universiti penyelidikan, jumlah pelajar pasca-siswazah akan mengatasi jumlah pelajar ijazah pertama.    
- Ramai telah berbincang, menulis dan berjuang tentang persoalan mahasiswa dan politik ini sejak lama. Sebahagian pemikiran saya tentang persoalan ini terkandung dalam e-buku saya (2009), Kalau Saya Mahasiswa yang boleh dibaca secara percuma di laman web saya: saifuddinabdullah.com.my. Ketika memperjuangkan supaya AUKU Pindaan 1975 dipinda, banyak halangan dan tohmahan diterima, tetapi, akhirnya ia dipinda juga oleh kerajaan pada 2009, tetapi dengan tidak melakukan beberapa penambahbaikan yang sepatutnya dilakukan sekali. Justeru, perkara yang dibincangkan di sini adalah kesinambungan perjuangan tersebut.
CADANGAN 
- Sebagai reaksi kepada kebenaran oleh kerajaan untuk guru siswazah memegang jawatan dalam parti politik, maka, pada 28 Julai 2010, saya telah melontarkan idea bahawa masanya telah tiba untuk kita memikirkan dan menimbangkan untuk:  
(1)   Membenarkan pensyarah IPT memegang jawatan dalam parti politik.
(2)   Membenarkan pelajar IPT menjadi ahli parti politik.
- Kecuali dalam hal tertentu, kertas ini lebih banyak merujuk tentang cadangan membenarkan pelajar IPT menjadi ahli politik.

MATLAMAT UTAMA
- Dalam konteks membenarkan pelajar IPT menjadi ahli parti politik, ia mempunyai dua matlamat utama, iaitu:
(1)  Untuk memenuhi haknya sebagai warganegara Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
(2)  Untuk mematangkan demokrasi Malaysia dengan meluaskan dan meningkatkan partisipasi rakyat, termasuk belia dan pelajar IPT, dalam struktur dan proses membuat keputusan.
- Bagi matlamat memenuhi hak pelajar IPT, iaitu seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan), ia bukanlah bermakna mewajibkan semua pelajar IPT untuk menjadi ahli parti politik. Ia adalah untuk melindungi hak bagi mereka yang ingin memenuhi haknya sahaja. Ini perlu dilakukan kerana pada masa ini, hak itu dihalang oleh perundangan-perundangan IPT yang berkaitan.

- Ini bukan persoalan sama ada semua pelajar IPT akan menjadi ahli parti politik. Realitinya, jumlah yang ingin menjadi ahli parti politik adalah kecil, iaitu kumpulan minoriti. Majoriti tidak berminat. Tetapi, kumpulan majoriti tidak boleh menghalang pilihan yang ingin dibuat oleh kumpulan minoriti. Apalagi, dalam hal ini, pilihannya itu dijamin oleh Perlembagaan.
- Perkara ini hampir sama dengan keadaan di sebuah sekolah yang di sana terdapat kumpulan minoriti pelajar beragama Islam. Walaupun kumpulan majoriti di sekolah itu tidak beragama Islam, tetapi, hak beragama yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan beragama), dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, menyebabkan kumpulan majoriti perlu membenarkan kumpulan minoriti yang beragama Islam itu memenuhi haknya dengan disediakan bilik solat dan guru agama untuk mereka.
- Bagi matlamat mematangkan demokrasi, ia adalah bersesuaian dengan salah satu cabaran Wawasan 2020, iaitu untuk melahirkan masyarakat demokratik  yang matang.
- Ia juga bersesuaian dengan realiti, pengharapan dan tuntutan kontemporari. Kini, terdapat rakyat, terutamanya belia (termasuk pelajar IPT), yang menolak, skeptikal dan sinis terhadap ahli politik, parti politik dan institusi politik. Mujurnya mereka masih mempunyai kepercayaan terhadap demokrasi (Merdeka Center, Russell Dalton). Tetapi, kepercayaan itu adalah disekalikan dengan harapan dan desakan supaya dilakukan reformasi terhadap demokrasi yang melampaui sistem demokrasi yang wujud dan diamalkan pada hari ini (Russell Dalton).
- Dalam konteks ini, kita perlu menyelami dinamika partisipasi belia dalam politik (Spannring R., Ogris G & Gaiser W), yang terdiri daripada empat keadaan:
(1)  Hubungan belia dan politik yang bersifat multi-dimensi. Apakah keadaan sosial dan politik semasa dan setempat serta pandangan belia terhadap politik?
(2)  Bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi dalam politik. Apakah caranya belia berpartisipasi dengan aktif dalam politik dan bagaimanakah mereka menilai pelbagai bentuk partisipasi politik?
(3)   Mengenalpasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik. Apakah peranan dan keberkesanan ibu bapa, rakan sebaya dan pendidikan formal terhadap partisipasi politiknya?
(4)  Kesaksamaan gender, iaitu dari segi partisipasi belia wanita. Adakah belia wanita mempunyai kefahaman dan amalan politik yang sama atau berbeza daripada belia lelaki?
- Dalam hal ini, saya menganjurkan amalan “politik baru”, iaitu judul buku saya (2008) yang dilancarkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
- . Politik baru melibatkan dua komponen utama, iaitu:
(1)   Politik integriti. Integriti perlu diasaskan atas idealisme perjuangan. Amalannya melibatkan 3 tunggak, iaitu politik ilmu dan bukannya politik ampu, politik hikmah dan bukannya politik fitnah, dan politik bakti bukannya politik undi.
(2)  Governans baru. Ia berasaskan kerangka baru yang melibatkan ketiga-tiga sektor pembangunan (kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil) bersinergi dalam struktur dan proses membuat keputusan yang lebih seimbang.
- Dalam governans baru, ia termasuk persoalan “penghakupayaan belia/pelajar IPT”. “Penghakupayaan belia” adalah lanjutan kepada konsep “partisipasi belia” yang mula mendapat pengiktirafan terutamanya sejak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1985 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia, di mana partisipasi menjadi temanya. Sepuluh tahun kemudian, ia mula diiktiraf sebagai mempunyai konotasi politik apabila dokumen PBB, Plan of Action for Youth Programmes for the Year 2000 and Beyond menggunakan frasa “partisipasi penuh dan aktif dalam membuat keputusan”. Konsep yang sama termaktub dalam Deklarasi Menteri-menteri Belia Komanwel pada tahun 1998, Deklarasi Persidangan Menteri-menteri Belia Sedunia Pertama anjuran PBB pada tahun 1998, dan pengisytiharan 2010 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia (yang kedua). Semangat yang sama termaktub dalam frasa “penghakupayaan belia” dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (1997), yang saya menjadi penderaf dan pembentangnya di Majlis Perundingan Pembangunan Belia Negara sebelum diluluskan oleh Kabinet, bagi menggantikan Dasar Belia Negara (1985).
- Penghakupayaan belia juga melibatkan beberapa kerangka pemikiran pembangunan belia yang progresif:
(1)  Memahami bahawa terdapat “3 permintaan utama belia”, iaitu belia mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf dan isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasi-belia.
(2)  Mengiktiraf bahawa belia bukan hanya pemimpin hari esok, tetapi adalah juga “pemimpin hari ini” dalam tiga kategori, iaitu pemimpin bagi mereka yang lebih muda daripadanya, pemimpin bagi yang seangkatan dengannya dan sebagai rakan kepemimpinan/pembangunan dengan yang lebih dewasa (termasuk IPT dan kerajaan).
(3)  Kedudukan belia bukan hanya sebagai “penerima” pembangunan, tetapi juga sebagai “penyumbang” terhadap pembangunan.
(4)  Program pembangunan belia melibatkan 3 orientasi utama, iaitu “aktiviti”, “bakti” dan “advokasi”.
(5)  Komunikasi belia yang menggunakan pendekatan bekerja “bersama” belia, dan bukannya bekerja “untuk” belia; bercakap “bersama” belia, dan bukannya bercakap “kepada” belia.
- Dalam demokrasi, konsep partisipasi rakyat, termasuk belia/pelajar IPT, adalah merujuk kepada pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan sahaja untuk mempertahankan fungsi institusi demokrasi, tetapi juga untuk memantau perlakuan elit politik. Ia memerlukan partisipasi rakyat yang aktif seperti perbincangan khalayak, keterlibatan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik, termasuk dalam bentuk demokrasi langsung (direct democracy).
- Kini, terdapat keperluan untuk melakukan inovasi demokrasi (Graham Smith). Ia melibatkan lima teori demokrasi kontemporari tentang peningkatan partisipasi, iaitu:

(1)  “Demokrasi partisipatif”’ yang menekankan nilai intrinsik partisipasi itu sendiri, iaitu ia bersifat mendidik dan membina rakyat. Berpartisipasi adalah dengan sendirinya merupakan satu manfaat. Ia meningkatkan kefahaman rakyat tentang minat, kecenderungan, kemahiran, kualiti dan tanggungjawabnya terhadap politik.

(2) “Demokrasi deliberatif” yang memberi tumpuan khusus terhadap proses bagaimana sesuatu keputusan dibuat. Ia menekankan tentang keperluan supaya keputusan hendaklah dibuat melalui proses perbincangan sesama rakyat yang menikmati kebebasan dan kesaksamaan.

(3) “Demokrasi secara langsung” (direct democracy) yang menekankan tentang saat membuat keputusan. Legitimasi politik bergantung pada idea bahawa setiap rakyat mempunyai input yang saksama dan efektif dalam membuat keputusan secara kolektif.

(4) “Demokrasi kelainan” (difference democracy) yang merujuk soal bagaimana kumpulan-kumpulan sosial tertentu yang kurang mampu atau ditekan telah dipinggirkan daripada proses politik. Dalam konteks ini, legitimasi politik bergantung kepada  sejauhmana suara dan perspektif yang khusus daripada pelbagai kumpulan sosial itu diiktiraf dan diwakili dalam proses membuat keputusan politik.

(5) “Demokrasi kosmopolitan” yang mempersoalkan kedudukan legitimasi keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa politik transnasional sedangkan keputusan itu dibuat tanpa melibatkan partisipasi aktif penduduk tempatan yang terkesan oleh keputusan tersebut.
HALANGAN
- Pada masa ini, terdapat peruntukan perundangan yang tidak membenarkan pelajar IPT menjadi ahli parti politik melainkan dengan kebenaran Naib Canselor atau setaraf, iaitu seperti yang termaktub di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) untuk IPTA, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) untuk UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti; dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009) untuk IPTS.
- Dalam konteks ini, peruntukan kebenaran Naib Canselor atau setaraf tidak membawa maksud ia dibenarkan. Ia masih membawa maksud tidak dibenarkan. Pengecualian yang membenarkan itu tidak mengatasi peruntukan utama yang tidak membenarkannya. Analoginya ialah berpuasa di bulan Ramadan yang wajib hukumnya. Walaupun wajib, namun ia juga ada pengecualian yang membenarkan untuk berbuka puasa atau tidak berpuasa. Tetapi, pengecualian daripada berpuasa itu tidak membawa maksud hukum berpuasa itu tidak lagi wajib.
- Halangan lain ialah mentaliti negatif seperti: tidak percaya kepada pelajar IPT, memperlekehkan pelajar IPT, menggunakan teknik “culture of fear” (menakut-nakutkan) untuk mengongkong kebebasan pelajar IPT, kerangka politik lama yang tidak memahami realiti semasa dan sebagainya. Debat antara alasan yang menghalang ini serta jawapan terhadapnya terdapat dalam tajuk selepas bahagian ini.
- Di samping itu, terdapat juga sindrom “anti-pemikiran” dan “anti-intelektual” yang menolak atau tidak senang melihat idea-idea, apa lagi idea-idea baru, didebatkan, didialogkan dan dihujahkan secara terbuka, rasional dan bijaksana.
PERKEMBANGAN MUTAKHIR
- Cadangan ini mendapat respons positif dari beberapa tokoh dan organisasi seperti Dato’ Seri Zahid Hamidi (Naib Presiden UMNO), Saudara Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO), Saudara Mohd Maliki (Presiden Majlis Belia Malaysia), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan 12 buah pertubuhan pelajar UM yang lain, sebilangan gerakan mahasiswa lain, pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, sejumlah bekas pemimpin mahasiswa, tulisan oleh pemimpin mahasiswa hari ini dalam akhbar tempatan, hampir 100 peratus pemanggil rancangan IKIM FM pada 12 Ogos, ramai dalam laman sosial (facebook, blog, twitter, sms) dan sebagainya.
- Mahasiswa IPTA juga positif dengan cadangan ini, iaitu seperti resolusi yang                dikeluarkan oleh Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar 2010, pada 8 Ogos 2010, yang bersetuju untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian dengan bersyarat serta memerlukan penelitian dan perbincangan serius.

- Pandangan di kalangan pelajar IPT adalah pelbagai. Tidak semua bersetuju dengan cadangan ini. Malahan, jumlah yang tidak bersetuju mungkin majoriti. Tetapi, kumpulan majoriti tidak boleh menghalang kumpulan minoriti kerana ini bukan soal mewajibkan semua pelajar, tetapi, hanyalah untuk memberikan kebenaran kepada sesiapa yang memilih untuk menggunakan haknya sahaja.

- Respons yang positif juga diperolehi daripada Sidang Meja Bulat Mahasiswa dan Politik anjuran MBM pada 10 Ogos 2010.
- Kabinet (pada 11 Ogos 2010) telah membuat keputusan melarang mahasiswa berpolitik. Tetapi, laporan Malaysiakini pada hari yang sama, yang disahkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, menyatakan terdapat nota supaya berita tersebut tidak disiarkan oleh media.
LANGKAH SUSULAN-KEHADAPAN
- Dengan tidak sekali-kali bermaksud untuk membelakangi keputusan Kabinet, dan dengan kefahaman bahawa Kabinet juga pernah mengubah keputusannya apabila hadir maklumat baru dan realiti baru (termasuk mengubah keputusannya daripada kandungan AUKU pada 1975 kepada kandungan AUKU pada 2009), maka, adalah diharapkan yang perkara ini terus dibincangkan secara terbuka, berlapang dada dan berjiwa besar, dengan melibatkan semua pihak secara bebas, tenang dan bijaksana, dan dengan mengelakkan mana-mana pihak, khususnya pelajar IPT, daripada dihalang membincangkannya.
- Meningkatkan kesedaran dan pendidikan politik di kalangan pelajar IPT.
- Penilaian terhadap perundangan dan peraturan sedia ada, iaitu sama ada perlu meminda akta-akta berkaitan atau memadai dengan perlaksanaan secara pentadbiran.       
DEBAT PELAJAR & PENSYARAH IPT BERPOLITIK

Berikut disenaraikan sebahagian besar daripada “alasan” yang telah dikemukakan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan pensyarah memegang jawatan dalam parti politik dan pelajar menjadi ahli parti politik. Ia disertai dengan “jawapan” terhadap alasan tersebut.


Alasan 1:
Pelajar sudah diberi ruang berpolitik melalui politik kampus.
Jawapan 1:
Politik kampus memang wujud. Sebenarnya, ia perlu ditingkatkan, misalnya dengan membenarkan pelajar melaksanakan sendiri pilihan raya kampus, iaitu seperti yang berlaku di sesetengah IPTS kita dan di banyak universiti terbaik di luar negara. Isu sekarang ialah mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan. Politik kampus adalah terhad kepada aktiviti ko-korikulum. Penglibatan pelajar dalam politik yang lebih luas akan menyuburkan lagi idealisme mereka dan akan dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan dunia pasca-IPT.


Alasan 2:
Politik kampus adalah ruang pelajar mengangkat idealisme pelajar sedangkan politik luar akan membunuh idealisme tersebut.

Jawapan 2:
Cadangan ini mahu meluaskan ruang yang sedia ada untuk meningkatkan partisipasi pelajar dalam demokrasi. Persoalannya, apakah idealisme pelajar sekarang? Apakah pula contoh idealisme UMNO/BN yang membunuh idealisme pelajar? Sebenarnya, pelajar juga mampu mencorakkan politik luar. Contoh-contohnya wujud dalam sejarah gerakan pelajar di luar negara dan juga di dalam negara.

Alasan 3:
Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka tidak lagi bebas mengkritik parti mereka.

Jawapan 3:
Itu masalah parti tersebut yang tidak boleh dikritik, bukan masalah pelajar. Atau, kalau pelajar memilih untuk tidak mengkritik, maka, itu masalah peribadinya. Pelajar boleh memilih parti mana yang sesuai dengan dirinya. Apa yang menariknya ialah, orang yang menggunakan alasan ini terkenal dengan sikapnya yang tidak menggalakkan pelajar mengkritik. Merekalah yang selalu melabelkan pelajar yang mengkritik sebagai ”radikal”, ”anti-establishment” dan ”pro-pembangkang”. Jadi, apabila ia menggunakan alasan ini, ia hanya menunjukkan ini adalah alasan yang sengaja diadakan-adakan sahaja.  

Alasan 4:
Pelajar akan terganggu pelajaran mereka sebab pengaruh politik luar.

Jawapan 4:
Kalau begitu, orang yang sudah bekerjapun tidak boleh berpolitik sebab takut mengganggu kerja mereka. Punca utama pelajar terganggu akademiknya adalah faktor lain. Ada pelajar yang tidak aktif apa-apapun, tetapi masih terganggu juga akademiknya oleh pelbagai faktor lain seperti clubbing, putus cinta, murung dan sebagainya. Cara berfikir ini samalah dengan yang menuduh kokurikulum menyebabkan akademik terganggu, dan premis ini telah ditolak oleh kajian di Universiti Harvard, contohnya.
Alasan 5:
AUKU sebenarnya yang melindungi idealisme pelajar selama ini dan membentuk kepimpinan pelajar dengan acuan sendiri.
Jawapan 5:
Apakah contoh idealisme pelajar yang dilahirkan oleh AUKU? Acuan apakah kepimpinan pelajar hari ini? Idealisme pelajar bukannya sekadar menuntut kurangkan bayaran PTPTN, harga makanan asrama atau isu bas. Idealisme pelajar adalah berasaskan perjuangan yang berdasarkan kecintaan terhadap nilai-nilai muluk seperti kebenaran, keadilan dan perpaduan, serta kebencian terhadap ciri-ciri buruk seperti kepalsuan, kezaliman dan perpecahan. Antara lain, idealisme adalah berlandaskan ayat al-Quran tentang menyeru kepada kebaikan (‘amal makruf) dan mencegah daripada keburukan (nahi mungkar). Kebanyakan kajian tentang AUKU Pindaan 1975 tidak menunjukkan yang ia melahirkan idealisme pelajar. Jika benar acuan yang dilahirkan AUKU itu positif untuk kerajaan, maka, mengapakah ia seperti tidak diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya umum (contohnya Pilihan Raya Umum 2008) yang menyaksikan sokongan pengundi muda lebih condong kepada pembangkang?
Alasan 6:
Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka akan diperkuda oleh pemimpin-pemimpin politik luar.
Jawapan 6:
Siapa suruh pelajar jadi kuda? Jadilah penunggang. Sebab itulah kita mahu memberi peluang kepada pelajar sebab mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil. Kenyataan-kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar. Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga merupakan langkah memperkudakan pelajar, iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik.
Alasan 7:
Pelajar harus fokus kepada pelajaran sebab itu matlamat utama mereka ke universiti.
Jawapan 7:
Tidak ada sesiapa yang mengatakan pelajar perlu kurangkan fokus kepada pelajaran. Tidak ada data empirikal menunjukkan pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan berpolitik. Ramai yang berpolitik di kampus yang berjaya pada hari ini. Ada juga yang tidak berpolitik semasa di kampus yang hari ini tidaklah berjaya sangat. Matlamat ke universiti ialah untuk menjadi insan yang baik, termasuk dalam bidang politik.  
Alasan 8:
Biarlah mereka memilih parti politik yang mereka suka selepas tamat belajar.
Jawapan 8:
Kalau begitu, kita perlu cadangkan supaya umur mengundi pelajar dilewatkan sehingga telah keluar IPT.
Alasan 9:
Kalau seperti jawapan 8, maka, kita perlu benarkan polis dan tentera berpolitik.
Jawapan 9:
Boleh,  tetapi pelajar juga perlu ada kad pengenalan khas seperti polis dan tentera, serta mengundi cara pos seperti polis dan tentera.
Alasan 10:
Apabila pensyarah berpolitik, maka ia mengganggu proses pengajian di universiti kerana mereka akan cuba pengaruhi pelajar. Pensyarah berlainan parti akan gagalkan pelajar berlainan parti.
Jawapan 10:
Universiti sudah lengkap dengan kaedah untuk mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang menggagalkan pelajar dengan alasan politik tidak layak menjadi pensyarah. Hukumlah beliau. Pokoknya, alasan ini menunjukkan sikap tidak percaya kepada pensyarah. Pensyarah dilihat lebih rendah daripada guru siswazah (yang pernah menjadi pelajarnya) yang kini dibenarkan aktif berpolitik. Pensyarah mempengaruhi pelajar IPT? Kalau begitu, silaplah kita membenarkan guru siswazah aktif berpolitik. Ini kerana, kalau pelajar IPT boleh dipengaruhi, ini kan pula murid sekolah. Sekali lagi, alasan ini berpunca daripada sikap tidak percaya kepada pensyarah.
Alasan 11:
Pendekatan populis ini tidak menguntungkan masyarakat kampus, sebaliknya mengundang bahaya kepada sistem pendidikan yang akan dipolitikkan.
Jawapan 11:
Apa salahnya populis kalau ia bermatlamat untuk kebaikan rakyat dan bukannya diri sendiri? Ia lebih baik daripada tiada apa-apa pendekatan atau langsung tiada apa-apa pendirian. Kenapa perlu dipisahkan pendidikan dengan politik? Sekarangpun kita ada politik di kalangan universiti, pensyarah dan pelajar. Apa yang kita tidak mahu ialah politik ampu dan ragu, serta politik sempit dan kotor. Kalau adalah tempat terbaik untuk menjana politik ilmu dan baru, serta politik segar dan bersih, maka universitilah tempat yang terbaik. Alangkah anihnya, jika amanah besar itu ditolak oleh universiti dan sebaliknya diserahkan kepada orang lain.
Alasan 12:
Kalau semua pelajar berpolitik akan timbul lebih banyak masalah.
Jawapan 12:
Pertama, apa masalahnya? Kedua, siapa kata semua pelajar? Ketiga, pelajar yang betul-betul aktif berpolitik bukanlah kumpulan yang besar. Keempat, apakah sekarang ini langsung tidak ada masalah?
Alasan 13:
Bayangkan kalau semua pelajar bebas bercakap apa saja, apa akan jadi pada keamanan negara? Kita banyak isu sensitif.
Jawapan 13:
Pertama, kita mempunyai pelbagai undang-undang yang mencukupi untuk mengawal keadaan, seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Di IPT pula terdapat kaedah tatatertib. Kedua, kita telah lama merdeka. Kita perlu belajar berbincang isu-isu (yang dikatakan) sensitif dan bukannya menyapunya di bawah tikar.


Alasan 14:
Majoriti pelajar anti-establishment.
Jawapan 14:
Bukankah sejak hampir satu dekad ini, keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA hampir 100 peratus dimenangi oleh kumpulan (yang dikatakan) pro-aspirasi? Jadi, tidak betullah jika dikatakan majoriti pelajar adalah anti-establishment. Kalaupun benar pelajar anti-establishment, maka, sepatutnya difikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada establishment dibenci oleh pelajar. Kecualilah jika establishment memang tidak mahu atau tidak boleh dikritik.
Alasan 15:
Kita perlu lihat pro dan kontra perkara ini.
Jawapan 15:
Maknanya kita perlu lihat pro dan kontra jaminan hak berorganisasi dalam Perlembagaan? Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu, nikahpun ada pro dan kontranya. Cara berfikir ini sekadar untuk menimbulkan alasan tidak bersetuju sahaja atau sengaja mengada-adakan alasan atau membesar-besarkan alasan semata-mata.
Alasan 16:
Pelajar Melayu sahaja yang minat politik. Pelajar Cina dan India lebih tumpu kepada pelajaran.
Jawapan 16:
Ini pendapat yang berunsur perkauman. Seolah-olah kaum lain tidak endahkan politik. Sebenarnya, pelajar bukan-Melayu juga berminat dan aktif dengan politik.  
Alasan 17:
Gunakan cerita-cerita tentang keburukan akibat pelajar aktif berpolitik, contohnya demonstrasi yang merosakkan harta benda.
Jawapan 17:
Cerita tentang demonstrasi perlu adil. Janganlah kalau ia melibatkan orang kita, maka demonstrasi dibolehkan, tetapi kalau melibatkan orang lain, maka demonstrasi tidak dibolehkan. Cerita merosakkan harta benda itu perlu diteliti. Contohnya, pelajar dituduh lari ke dalam masjid dengan tidak menanggalkan kasut. Logiknya, kalau dikejar, manalah sempat hendak membuka kasut! Pelajar yang berlindung dalam masjid dituduh memecahkan tingkap kaca. Sebenarnya, tingkap kaca pecah terkena gas pemedih mata yang ditembak dari luar masjid ke arah pelajar. Ini adalah teknik menakutkan-nakutkan untuk membina culture of fear yang tidak baik untuk pembangunan negara.  
Alasan 18:
Pelajar akan hilang pendekatan non-partisan.
Jawapan 18:
Persoalan menjadi ahli parti politik adalah persoalan individu. Persoalan non-partisan pada peringkat organisasi dan gerakan mahasiswa adalah persoalan berbeza dan boleh dikekalkan. Malahan, secara individu dalam parti politikpun masih boleh mengambil pendekatan bi-partisan, contohnya, seperti dalam Kongres dan Senat Amerika Syarikat di mana seorang Demokrat tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh seorang Demokrat, hatta oleh Presiden Demokrat.
Alasan 19:
Bukan semua pelajar hendak menjadi ahli parti politik.
Jawapan 19:
Siapa pula yang kata “semua”? Ini semata-mata untuk membenarkan siapa yang mahu sahaja, walaupun ia minoriti. Majoriti yang tidak mahu tidak patut menghalang minoriti yang mahu. Sebaliknya, dalam amalan demokrasi yang sihat, majoriti melindungi hak minoriti.
Alasan 20:
Pelajar tidak atau belum matang.
Jawapan 20:
Definisi matang digunakan dalam undang-undang. Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi. Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM/STPM/setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka? Dalam hal yang lain, sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar dari IPT dan menjadi guru siswazah, maka, beliau bukan sahaja dibenarkan menjadi ahli parti politik, malahan dibenarkan juga memegang jawatan dalam parti politik. Tetapi, beberapa detik sebelum itu, orang yang sama dianggap tidak matang? Apabila berumur 21 tahun, pelajar IPT dianggap layak mengundi dalam pilihan raya umum, tetapi, pada masa yang sama dianggap tidak layak menjadi ahli parti politik yang dipangkahnya itu?
Alasan 21:
Kita perlu ada keseragaman, iaitu tidak boleh ada yang menjadi ahli parti politik dan ada yang tidak menjadi ahli parti politik.
Jawapan 21:
Dalam perkara seperti ini, adalah tidak sesuai untuk diadakan keseragaman. Ini mentaliti one size fits all yang telah lapuk. Kita perlu memberikan peluang untuk wujud pilihan.
Alasan 22:
Pelajar perlu bersyukur dan berterima kasih. IPT kita lebih baik daripada IPT di negara-negara mundur.
Jawapan 22:
Siapa pula yang tidak bersyukur atau berterima kasih? Kerana bersyukur dan berterima kasihlah maka terdapat pelajar yang ingin berpartisipasi dalam politik sebagai cara membalas budi, iaitu untuk berbakti kepada ibu pertiwi melalui bidang politik. Kecualilah jika ada yang beranggapan bidang politik tidak berbakti untuk ibu pertiwi. Mentaliti membandingkan kedudukan kita dengan negara mundur adalah mentaliti yang jumud. Sepatutnya kita membandingkan kedudukan kita dengan negara yang maju. Barulah ada gaya untuk kita melangkah menjadi negara maju.
Alasan 23:
Negara maju mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Kita tidak boleh meniru mereka.
Jawapan 23:
Janganlah menjadi bodoh lalu meniru membuta tuli. Tapislah. Pilihlah. Bukankah ada konsep best practise? Kita belajar apa yang baik. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Baik dan buruk itu perlulah diukur dengan neraca kebenaran, dan bukannya dengan neraca denial.
Alasan 24:
Biarlah pelajar membuat keputusan peribadi. Orang luar tidak perlu campur.
Jawapan 24:
Kalau orang luar campur untuk tidak membenarkan pelajar membuat keputusan peribadi untuk menjadi ahli parti politik – ini dibolehkan? Tetapi, jika orang luar campur untuk membenarkan pelajar membuat keputusan peribadi untuk menjadi ahli parti politik – ini tidak dibolehkan? Isunya ialah pelajar tidak dibenarkan membuat keputusan peribadi itu.  Kini, sudah ada sejumlah pelajar yang telahpun bersuara untuk dibenarkan membuat keputusan peribadi itu. Apa yang menghairankan ialah sekarang ada orang luar yang campur untuk menolak alasan yang diciptanya sendiri itu, iaitu kini, ia pula yang tidak membenarkan pelajar untuk membuat keputusan peribadi itu.


Alasan 25:
Pelajar kurang pengetahuan am.
Jawapan 25:
Sejak bila pula untuk menjadi ahli parti politik memerlukan seseorang itu lulus kertas Pengajian Am?
Alasan 26:
Kita perlu menggunakan fakta.
Jawapan 26:
Siapa pula yang tidak menggunakan fakta? Kita bukan sahaja menggunakan fakta, malahan kita menggunakan maklumat, iaitu tahap yang lebih tinggi daripada sekadar fakta. Kita juga menggunakan maklumat yang benar. Kita malahan menggunakan maklumat yang benar yang membawa makna, iaitu menepati definisi ilmu yang sebenar (Prof Dr Syed Muhammad Naquib al Attas). Kepada mereka yang menggunakan alasan ini, persoalannya ialah apakah fakta yang dimaksudkan itu? Adakah fakta itu benar atau dimanipulasi? Apakah rujukannya? Adakah rujukan itu muktabar? Atau alasan ini sengaja diadakan-adakan kerana telah kalah berhujah?
Alasan 27:
Kita tidak perlu meminda AUKU kerana ia telah dipinda pada 2009.
Jawapan 27:
Maknanya, bersetujulah dengan cadangan ini, cuma tidak perlu meminda AUKU sahaja. Terima kasih. Sebenarnya, meminda AUKU hanyalah salah satu daripada langkah yang mungkin diambil. Jika cadangan ini dipersetujui, ia masih boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda AUKU. Sayugia diingatkan, ia bukan hanya melibatkan AUKU sahaja, ia juga melibatkan 2 perundangan yang lain. 
Alasan 28:
Pindaan AUKU 2009 telah memberikan kebebasan yang secukupnya. Apa lagi yang dikehendaki?
Jawapan 28:
Ini alasan daripada orang yang telah putus hubungannya dengan gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang rapat dan akrab dengan gerakan mahasiswa, yang rajin turun kampus, yang selalu berdialog dengan mahasiswa, yang sering berforum dengan pembangkang di kampus, ia akan tahu bahawa pelaksanaan AUKU 2009 masih perlu ditingkatkan. Karenah sesetengah pegawai IPT dalam melembabkan sudut pidato dan permohonan aktiviti pelajar adalah antara bukti-buktinya. Dalam hal ini, Hal Ehwal Pelajar IPT perlu mempunyai hala tuju baru. Ini saya sentuh dalam buku saya, Kalau Saya Mahasiswa dan dalam banyak ucapan saya. Jawapan kepada soalan “apa lagi yang dikehendaki”, ialah untuk memenuhi hak pelajar yang dijamin oleh Perlembagaan dan untuk mematangkan demokrasi. Kedua-dua perkara ini tidak terdapat dalam AUKU Pindaan 2009. Orang yang menyoal soalan ini ternyata tidak fahampun apa yang disoalnya itu.  


Alasan 29:
Ibu bapa tidak benarkan anaknya menjadi ahli parti politik.
Jawapan 29:
Ada ibu bapa yang membenarkan. Ini bukan soal semua ibu bapa. Sesiapa yang tidak membenarkan, itu haknya. Sesiapa yang membenarkannya. Itu juga haknya.
Alasan 30:
Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk setiap individu pelajar. Janganlah membazirkan wang kerajaan.
Jawapan 30:
Kerajaan membelanjakan lebih banyak wang untuk pelajar yang belajar di luar negara. Tetapi, di sana, mereka dibenarkan menjadi ahli Kelab UMNO. Ini tidak membazir? Sayugia diingatkan bahawa ini bukan wang kerajaan, tetapi adalah wang rakyat yang diuruskan oleh kerajaan.  

FAEDAH PENSYARAH/PELAJAR IPT DIBENARKAN BERPOLITIK
Sebenarnya, faedah yang paling besar ialah memenuhi hak dan mematangkan demokrasi. Faedahnya ialah dalam menyertai perjalanan dan perjuangan yang panjang dan berliku-liku itu. Maksudnya, ia bukan sangat persoalan faedah, tetapi adalah persoalan kaedah. Namun, sekadar untuk menjelaskan falsafah ini, maka, disenaraikan beberapa faedah praktis seperti berikut:
- Pensyarah adalah ilmuwan, manakala pelajar memiliki ilmu. Partisipasi mereka dalam politik akan menambahbaik budaya politik melalui amalan politik ilmu dan memperkaya amalan demokrasi.
- Partisipasi pensyarah dan pelajar dalam politik adalah bertepatan dengan prinsip budaya ilmu (Wan Mohd Nor Wan Daud), iaitu: meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat paling tinggi (dalam setiap bidang yang baik seperti politik); setiap orang sentiasa menuntut, membangun dan menyebar ilmu (seperti ilmu politik); dan setiap keputusan dibuat berdasarkan ilmu (seperti penyelidikan politik yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar).
- Ia akan meningkatkan kesedaran politik di kalangan pelajar. Maka, tidak perlulah lagi menggunakan cara-cara yang pelik untuk menggalakkan mereka mendaftar sebagai pemilih dan mengundi.
- Ia akan memperkaya idealisme pelajar. Malahan, ia akan dapat menterjemahkan idealismenya dalam bentuk aktivisme yang lebih meluas.
- Ia menyediakan peluang pendidikan politik yang lebih luas untuk pelajar.
- Ia akan memperkaya proses pembangunan pelajar, iaitu dari segi kepemimpinan, capacity building, self esteem dan sebagainya.
- Ia memenuhi maksud penghakupayaan belia yang lebih komprehensif.
- Ia akan merapatkan jurang generasi antara pelajar dengan masyarakat di luar kampus.
- Ini adalah keputusan politik yang berasaskan keazaman politik (political will) yang amat penting untuk mengembalikan atau meningkatkan keyakinan pensyarah dan pelajar terhadap keterbukaan kerajaan, keseriusan kerajaan dalam mematangkan demokrasi, dan kepercayaan kerajaan terhadap mereka.

KESIMPULAN
Kebenaran untuk pensyarah memegang jawatan politik dan pelajar menjadi ahli parti politik adalah subset kepada perjuangan yang lebih besar, iaitu mematangkan demokrasi dengan meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat, khususnya belia dan pelajar, dalam struktur dan proses membuat keputusan.
____________
Putrajaya
27 Ogos 2010

DEVELOPING OUR OWN EDUCATIONAL THOUGHT

AUG 26 — The issues affecting our education system currently being deliberated have far-reaching and enduring consequences. Concerns such as the autonomy and rating of universities, the transformation of polytechnics, the strengthening of community colleges, the advancement of technical and vocational training, the improvement of co-curricula and individual aptitude, the abolishing of the UPSR and PMR examinations together with allowing graduate teachers and lecturers to be involved in politics as well as permitting students at institutes of higher learning to be members of political parties are at present hotly debated.
A number of the above issues have been made policy and implemented whilst various others are currently in discussion.
In this context, we require structured discussions with the relevant parties whose views and insights would be given due consideration before any conclusion or policy can be reached and put into practice.
Any changes to education; being a fundamental necessity of society, requires a vigilant and almost cautious approach. Structurally speaking, representation from every stratum of the education fraternity is vital. However, representation should not be limited to the ministry, the management of institutions of learning, teachers/lecturers, alumni or parents. Most significantly, students, who are the principal beneficiaries of the education system, should be predominantly involved. They should not be left out and leave their fate in the hands of others.
Nevertheless, student representation has to be made up of individuals who have been democratically elected by their peers. If not, it would be an exercise in futility. The same principle applies in relation to representatives from other interested parties as well.
Individual interests’ aside, it has to be cautioned that any discussion on education has to be a team effort.
Process wise, parliamentary committees, meetings, seminars and think-tanks are some of the conduits of views. In ensuring the possibility of successful discourse, representatives would have to be involved from the get-go. Any attempt to exclude any party; intentionally or otherwise, would inadvertently take us back to square one.
The process itself cannot be rigid. Those involved cannot be stopped from external discussions, giving talks and lectures or making press statements. Those not directly involved within the structure and process proper should be encouraged to voice their concerns and ideas through the various channels available.
In terms of content and its dissemination, it is imperative that a self-developed educational thought is construed. We should not limit ourselves to the constant allegory of bureaucratic discussions.
I have never been impressed or awed by the United States. In fact, I detest its hegemony. Nonetheless, it would be erroneous for us to ignore the maturity of its ideas, which has enabled it to prolong and cement its stay as a world power.
In the ‘60s, in need of an education reformation in the fields of science and mathematics, there was the publication of major works such as “The Process of Education” by Jerome Bruner (1960). In the ‘80s, when General Motors and its ilk were susceptible by the influx of Japanese products, a report entitled “A Nation at Risk” was published by a national commission on schools.
In 1987, an initiative for the reformation of education was instigated by the Carnegie Forum and the National Center on Education and Economy, which lead to the publication of Ray Marshall’s and Marc Tucker’s (1992) “Thinking for a Living”. In 2005, Thomas H. Davenport published a book of the same name, but with a more contemporary focal point, the knowledge based worker/k-worker.
The jeopardising of its human capital led to critiques from intellects such as Allan Bloom (1987), “The Closing American Mind”, Noam Chomsky and Donald Macedo (2000), “Chomsky on MisEducation” and Anthony T. Kronman (2007), “Education’s End”.
When faced with the new-fangled challenges brought about by the employment sector, Robert B. Reich (1991) with his “The Work of Nations” detailed new categories of employment, the accumulation of skill and knowledge and ensuring that each citizen has a place in the global economy.
The threat posed by foreign labour and expertise from China and India instigated former Harvard University president Derek Bok (2006) to write “Our Underachieving Colleges”, which scrutinised how far, and how much students were learning and why students should gain more knowledge.
In implementing curricular reform at Harvard University, Lawrence Summers, who had succeeded Bok, encouraged open debates which included students, through Harvard’s publication “Crimson”. Meanwhile, Professor Harry Lewis (2006) in “Excellence Without Soul” put pen to paper to a tome criticising Summers, his superior.
It would be a fallacy to claim that we do not have any important reports or writings. We do. Nonetheless, it can only be said to be small in number and even smaller in avenue.
We truly need, in much haste, our own educational thought in order to guide our discussions and deliberations regarding issues on education.
Merely as an example, we still view the trials and tribulations faced by our students with foreign tinted glasses. Our students are Asians. The psychology of education we practice is still predominantly from the West.
Moreover, most of these are written by psychiatrists. This knowledge is significant. But to resolve student-related problems. In building student character or personality, we require other forms of knowledge. Would it not be an error of judgment if we were to apply expertise in problem solving in an area such as character or personality building?
I’d consider that a start. At least we have some form of knowledge. It would be even worse if we were to manage student affairs without a hint of comprehension!
To improve matters, the tried and tested route is to further develop training in the field of education. This is a step in the right direction. Except, what are our thoughts behind the training? Most of it is still replicated from foreign shores.
Some have disputed the need to develop what is already in place. My grouse is that the greater part of present-day educational thinking is based on Western methods, much of which is inappropriate in the local context. Further perils arise through the agenda of intellectual colonialism.
As such, we must, with our utmost efforts and resources continue the struggles and hard work laid down by our renowned figures in education, which had unfortunately been hampered by certain quarters (who have failed to generate any positive educational thought).
Thus, the recent initiative by Universiti Sains Malaysia in organising the lecture by Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas entitled “Higher Education in Islam” on August 9, 2010 should be lauded.
Naquib, an eminent scholar in contemporary Islam, had systematically defined the meaning of education. He had also succinctly detailed a system which would bring these ideas to fruition, by starting, strategically, at university.
In his speech, Naquib had stated that the ultimate aspiration of Islamic education is not merely to produce good citizens or good employees, but to breed wholesome and good men. Good citizens or employees would not necessarily be model individuals. However, wholesome and good men would certainly be model citizens and employees.
Let us collectively develop our own educational thought.
* Datuk Saifuddin Abdullah is the Deputy Higher Education Minister.
* This is the personal opinion of the writer or newspaper. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

UNIVERSITIES AND THEIR IRRELEVANT RANKINGS


LOVE them or loathe them, rankings of universities across countries and regions are here to stay.
They began with the release of the Shanghai Jiao Tong University's Academic Ranking of World Universities in 2003, followed the next year by the famous (or infamous) Times Higher Education Supplement World University Rankings.
These annual products are now referred to by aspiring students, by academics and researchers looking for greener pastures, and by employers keen to recruit the best and brightest candidates. Collaboration among universities can often be influenced by their respective ranks.
The recent elevation of five Malaysian universities as research universities can be seen as a form of ranking.
Increasingly, scientific research and experimentation have become the major focus of universities, resulting in an explosion of scientific knowledge and technological development of immense human benefit.
Sadly, advances in the North do not necessarily advance the interests of the South. In 2003, the then United Nations secretary-general Kofi Annan lamented: "95 per cent of the new science in the world is created in the countries comprising only one-fifth of the world's population. And much of that science... neglects the problems that afflict most of the world's people."
This ties in directly to the biggest flaw of university rankings. They are based very much on research output rather than teaching or community service, for example. Additional criteria would better reflect the relevance of a 21st century university.
Surely there is scope -- perhaps in the form of Key Intangible Performance (KIP) indicators -- to credit university academics who get involved in the larger community at home or abroad. For instance, academics who enjoin controversial public debates like global warming, genetically modified organisms, nuclear energy and stem cell cloning.
I recall several years ago the disappointed reaction of university vice-chancellors in our part of the world, Malaysia in particular, to a global ranking of universities that failed to include even one local university in the top 100.
My vice-chancellor friends should not despair. I was at a United Nations meeting at the time in the company of many world academic leaders who hardly noticed the announcement.
They were more concerned about the relevance of today's universities' agenda to the plight of the world's have-nots -- specifically, the contributions of universities worldwide towards the Millennium Development Goals. (The MDGs include eradication of extreme poverty and hunger; achieving universal primary education; promoting gender equality and empowering women; reducing child mortality rates; combating HIV/AIDS, malaria, and other diseases; ensuring environmental sustainability, and developing a global partnership for development.)
The past 50 years have been characterised by unprecedented economic growth; increased life expectancy and increased agricultural production. However, inequality has widened: 1.2 billion people -- nearly one in four on Earth -- live on less than US$1 (RM3) per day; one billion people lack access to clean water; more than two billion people lack access to sanitation; 1.3 billion are breathing air deemed unacceptable by the World Health Organisation, and 800 million people are food insecure.
The UN estimates that one-third of the world is well fed, one-third under-fed, and one-third starving. Every 3.6 seconds someone dies of hunger.
To satisfy the world's sanitation and food requirements would cost only US$13 billion (RM45 billion) -- what the people of the United States and the European Union spend on perfume each year.
Have our universities faced up to the "human challenge" confronting the global community? Sadly not. We are mired in the game of trying to become the equals of the great universities of Europe, North America and Japan.
Seeking the collaboration and assistance of such organisations should be encouraged. Publishing in high-impact journals such as Science or Nature is a reasonable goal as our universities evolve in the global academic community.
For too long, however, we have been mesmerised by the "publish or perish" paradigm, as captured in the mono-dimensional global university rankings, even though the "human challenge" we face is multi-dimensional.
The mission of our universities needs to include meeting the socioeconomic challenges faced by the world's bottom billions.
Paradoxically, of late such a reorientation of focus has been taken up by universities such as the UK's Cambridge and Imperial College London, and by America's Harvard, MIT and Princeton.
Today, Malaysia's economic well-being is at a crossroad. As the prime minister put it recently, we risk being trapped in the middle-income bracket.
To achieve the country's New Economic Model, eight strategic reform initiatives are being proposed. Our universities are needed to take up the challenge of meeting the possible policy measures so eloquently outlined.
Today's universities can never be oblivious to the problems faced by the rakyat, at one level within our own shores, and at another level, the world beyond our borders.
Let us ignore the irrelevant rankings of world universities, re-examine our fundamentals, and strive to be relevant to the pressing problems close to home in our increasingly challenging world.
Professor Datuk Zakri Abdul Hamid is chairman of the National Professors Council and science adviser to the prime minister. This is an excerpt of a recent address given at a function of the Malaysian Qualifications Agency

BERITA MAHASISWA:PEMIMPIN PELAJAR DAN MAHASISWA AKTIF

PERJUMPAAN MPMUM BERSAMA MPMUM TERMETERAI KERJASAMA

Pada 25 Ogos yang lepas, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan perjumpaan pertama bersama-sama Presiden-Presiden Kolej Kediaman atau lebih dikenali SPKUM. Perjumpaan ini bertujuan untuk menwujudkan kerjasama di antara kedua-dua pihak di samping membincangkan isu-isu yang melibatkan kolej kediaman khususnya kebajikan mahasiswa. Perjumpaan ini diadakan juga adalah susulan perlantikan SPKUM yang telah dilakukan pada 31 Julai 2010 yang lepas.

Terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan menglibatkan isu-isu 'tradisi' mahupun yang terbaru di antaranya termasuklah :

  • Isu yuran kolej kediaman yang tinggi, MPMUM dan SPKUM akan cuba membincangkan hal ini dengan pihak-pihak tertinggi di samping akan membuat tindakan di peringkat kolej melalui borang kaji selidik yang bakal diedarkan kelak.
  • Isu dewan makan, terdapat kebaikan dan keburukan yang dilihat dengan kewujudan dewan makan. Tindakan daripada MPMUM dan SPKUM untuk mencadangkan penyeragaman menu di kolej-kolej berkaitan di samping akan membuat kajian menyeluruh terhadap isu ini.
  • Isu pelajar antarabangsa di kolej 10, pelbagai masalah timbul selepas kemasukan pelajar-pelajar asing terutamanya dari segi masalah sosial yang keterlaluan dan juga masalah-masalah lain. Tindakan, MTK KK10 akan mencari satu mekanisma yang efektif untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bantuan rakan-rakan MPMUM dan SPKUM.
  • Mempunyai kolibrasi di antara kedua-dua pihak iaitu dalam program-program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak.
Diharapkan dengan pertemuan dua hala ini, isu-isu kolej kediaman yang lazimnya dikaitkan dengan masalah tradisi ini akan dapat diselesaikan di samping dapat mengeratkan silaturrahim kedua-dua pihak.

Wednesday, August 25

MAJLIS SAHUR PERDANA;SEMUA DIJEMPUT HADIR

 SPKUM MEMOHON SEMUA WARGA KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN PROGRAM SAHUR PERDANA PADA 26 OGOS 2010 INI BERTEMPAT DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM PADA JAM 3.00 PAGI.KEDATANGAN ANDA SEMUA SANGAT DIALU-ALUKAN...

Tuesday, August 24

SPKUM BERSAMA UNITED NATION(UN)



GAMBAR KENANGAN BARISAN PIMPINAN SPKUM BERSAMA MR.KIYOTAKA AKASAKA,UNDER-SECRETARY GENERAL FOR COMMUNICATIONS AND PUBLIC INFORMATION UNITED NATIONS PADA 16 OGOS 2010 YANG LALU KETIKA BELIAU MENYAMPAIKAN SYARAHAN BERTAJUK:THE UN ACADEMIC IMPACT AND UN PRIORITIES AND CHALLENGES TODAY BERTEMPAT DI DEWAN PERDANA 1 KOMPLEKS PERDANA SISWA UNIVERSITI MALAYA

Saturday, August 21

UM dan ASM Meterai MoU Tingkatkan Penyelidikan di Antarika

KUALA LUMPUR: Akademi Sains Malaysia (ASM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya (UM) bagi meningkatkan penyelidikan saintifik kedua-dua institusi itu di Antartika.
Pengerusi Pasukan Petugas Penyelidikan Antartika ASM Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata perkongsian itu amat penting untuk mengkaji kesan perubahan iklim di Antartika.
Katanya penyelidikan berterusan itu akan turut melibatkan saintis dari pusat pengajian tinggi awam lain seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sementara itu, Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata perkongsian itu akan membantu Pusat Kajian Antartika Kebangsaan (NARC) untuk berkembang dan membangunkan keupayaan penyelidikan pusat itu khususnya dan penyelidikan sains kutub Malaysia secara umum.
NARC ialah hab kebangsaan bagi penyelidikan sains kutub Malaysia. -BERNAMA

Friday, August 20

SUDUT PIDATO:MAHASISWA BERPOLITIK


Penulis pada hari ini iaitu 19.08.2010 telah diberikan peluang dan ruang oleh pihak penganjur GRAND SPEAKER CORNER UM untuk menjadi antara salah seorang pemidato untuk program ini.berhadapan Jabatan Kimia Fakulti Sains tidak menghalang mahasiswa untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada Speaker Corner ini yang telah lama mati dan dibenarkan kembali pada tahun 2009 oleh kerajaan.

Sudut pidato merupakan tempat yang paling bersejarah bagi golongan aktivis dan idealisma mahasiswa kerana pada sekitar tahun 60 dan 70 an,speaker corner ini merupakan pencak bagi seluruh mahasiswa menyatakan segala pandangan dan idea mereka tentang beberapa perkara dan isu yang belaku.Tragedi baling pada tahun 1974 merupakan antara peristiwa paling bersejarah bagi mahasiswa di seluruh negara apabila puluhan ribu mahasiswa telah sama-sama mengadakan demonstrasi secara besar-besaran bagi menyatakan kepada pihak kerajaan bahawa mahasiswa mahu supaya kerajaan mengambil peduli mengenai kemiskinan dan kesengsaraan hidup masyarakat di Baling pada ketika itu.Maklumat ini diperolehi oleh mahasiswa tidak lain dan tidak bukan melalui pentas sudut pidato ini yang mana telah menimbulkan kesedaran kepada seluruh mahasiswa pada ketika itu.Pendek kata seluruh peristiwa dan demonstrasi besar-besaran oleh mahasiswa dimulakan daripada pentas sudut pidato ini .

Namun penulis melihat pada saat dan ketika ini kehebatan dan kemeriahan sudut pidato tidak lagi sama seperti zaman 60 atau 70 an dahulu kerana kini mahasiswa telah dihidangkan dengan pelbagai medium elektronik yang memungkinkan mahasiswa mendapatkan maklumat dan informasi di hujung jari.Perkara ini bagi sesetengah mahasiswa melihat bahawa sudut pidato ini tidak lagi relevan dan telah dimamah dan ditelan zaman.Namun perlu dingat dan diselidiki bahawa sejarah telah membuktikan kehebatan mahasiswa di pentas sudut pidato ini.Ramai pemimpin negara lahir daripada pentas sudut pidato ini,ramai mahasiswa mempunyai kesedaran yang tinggi hasil daripada suara-suara yang dibawa di pentas sudut pidato ini dan idealisma mahasiswa itu sendiri akan terserlah diatas pentas sudut pidato itu sendiri.Sudut pidato bukan sahaja harus diwujudkan tetapi juga haruslah disegarkan kembali aura dan kehebatan sudut ini.Mahasiwa kini harus bijak dalam membuat transformasi kepada sudut pidato ini sesuai dengan peredaran zaman.

Penulis telah membicarakan mengenai MAHASISWA BERPOLITIK kerana isu ini masih lagi hangat diperkatakan rentetan daripada kebenaran guru siswazah berpolitik dan telah menyebabkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah telah membawa perkara ini untuk dibincangkan ke kabinet kerajaan untuk membenarkan kembali mahasiswa berpolitik.Penulis telah menyatakan pendirian bahawa penulis sangat bersetuju jika Mahasiswa ini dibenarkan berpolitik berdasarkan atas dasar hak dan kebebasan mahasiswa itu sendiri.Namun masih terdapat kerisauan di dalam diri penulis jika mahasiswa ini dibenarkan berpolitik kerana akan memecahkan dan merobohkan tembok perpaduan dikalangan mahasiswa itu sendiri.Tidak dapat dinafikan bahawa parti-parti politik telah meresap masuk kedalam setiap pergerakan mahasiswa dan kerana itulah telah ada label sebagai mahasiswa pro-kerajaan dan mahasiswa pro-pembangkang.Jika benar pati politik ini telah meresapi kedalam setiap pergerakan dan perjuangan mahasiswa perkara inilah yang menimbulkan kerisauan yang besar bagi diri penulis sendiri kerana akan lahir golongan mahasiswa yang memperjuangkan agenda parti politik masing-masing sama ada kerajaan ataupun pembangkang.perkara ini akan menjadi satu perkara tidak sihat bagi mahasiswa kerana akan lahir mahasiswa yang memperjuangkan kepentingan politik parti-parti tertentu.Permusuhan dan dendam dikalangan mahasiswa yang berbeza ideologi,pandangan dan pendapat akan menajdi barah kearah penyatuan mahasiswa itu.

Penulis berpendapat bahawa mahasiswa perlu berada dalam entiti yang bebas dan bersikap non participant kepada mana-mana pertubuhan politik.Perkara ini akan membuatkan mahasiswa matang dalam membuat penilaian dan penelitian sama ada parti politik mana yang akan menjadi pilihan mereka apabila mereka bergelar graduan kelak.Dalam tempoh bergelar mahasiswa ini,kita haruslah menjadi golongan yang berkecuali dan bebas dalam menyatakan pandangan kita.pendek kata,apa yang baik kita sokong dan apa yang buruk kita tentang.Itulah yang sepatutnya kita lakukan.Apabila mahasiswa menjadi ahli kepada parti politik tertentu sehingga begitu taksub dengan perjuangan partinya akan menyebabkan diri mahasiswa itu sendiri terbelenggu dengan syarat,etika dan peraturan parti.Mahasiswa tidak lagi bebas kerana tidak boleh menyatakan kritikan secara terbuka kepada parti yang mereka sokong.Perkara ini jelas membuktikan bahawa jika mahasiswa terlibat dalam politik kepartian dan menjadi anggotanya akan membantutkan perjuangan idealisma mahasiwa itu sendiri.Kalau mahasiswa berada dalam entiti yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang mahasiswa secara terbuka dan berani memberikan sokongan atau menyatakan penolakan mereka mengenai sesuatu isu yang berada di dalam negara.

Politik kepartian ini bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada diri mahasiwa dengan mahasiswa itu sendiri tetapi antara mahasiswa dengan pensyarah atau sebaliknya.Pensyarah yang berbeza ideologi dengan mahasiswa memungkinkan untuk mereka menunjukkan kekuasaan mereka di bilik-bilik kuliah dengan mengagalkan mahasiswa ini kerana berlainan ideologi dengan mereka,begitu juga dengan mahasiswa sesama mahasiswa akan timbul pergaduhan dan perkara tidak puas hati dikalangan mereka kerana membawa bendera parti yang berbeza.Perkara ini jika berlaku sukar untuk mencari penyelesaiannya.Oleh itu adalah lebih baik mahasiswa itu dibenarkan bersuara dan menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu isu secara bebas.kebebasan mahasiswa adalah kebebasan total tanpa terikat dengan mana-mana badan atau pihak tertentu.Inilah yang akan memberikan kematangan kepada mahasiswa itu sendiri.

AUKU(AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI 1975) pindaan 2009 yang sebelumnya dinamakan sebagai AKTA UNIVERSITI-UNIVERSITI 1971 merupakan antara perjuangan mahasiswa sejak sekian lama untuk dimansuhkan kerana menuntut kebebasan mahasiswa itu sendiri.Perkara yang diperjuangkan hanyalah perkara yang terdapat dalam fasal ke 15 AUKU ini sahaja yang dilihat bercanggah dengan kemahuan dan keinginan mahasiswa.Namun kuasa aoutonomi masih diberikan kepada Naib Canselor universiti sama ada mahu membenarkan atau tidak kerana diakhir fasal ini ada menyebut kecuali dengan kebenaran daripada Naib Canselor sendiri.Tidak dapat dinafikan terdapat kebaikan dan keburukan dalam AUKU ini,Namun mahasiswa tidak perlu takut kepada Akta ini atas prinsip kebenaran.melalui AUKU inilah telah lahir ramai pemimpin-pemimpin mahasiswa yang berani dalam menyatakan pandangan mereka termasuk dalam isu-isu nasional dan dunia.AUKU ini seolah-olah menjadi penghalang terbesar kepada mahasiswa,tetapi tanpa kita sedar AUKU inilah yang membuatkan mahasiwa kita berani untuk menyatakan kebenaran.Penulis berharap kerajaan akan meminda AUKU ini dengan memberikan lebih banyak kebebasan kepada Mahasiswa kerana mahasiswa mengangap bahawa pemikiran dan pandangan mereka telah dipenjarakan oleh AUKU ini.Tapi penulis masih lagi tertanya-tanya apakah akan belaku kepada mahasiswa selepas ini jika AUKU ini dimansuhkan,sama ada membawa kebaikan atau tidak kepada mahasiswa dan adakah akan lahir lagi pemimpin mahasiswa yang berani menyatakan pandangan dan pendirian mereka.

Penulis dalam pidato ketika itu juga ada mengajak Mahasiswa bersatu diatas satu nama sebagai MAHASISWA.bersama-sama memperjuangkan isu yang melibatkan kepentingan bersama.kerana Mahasiswa ini bukan terdiri daripada 2 golongan,bukan pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang tetapi kita semua adalah mahasiswa.Yang telah memisahkan mahasiswa ini adalah label yang mereka pakai sebagai pro kerajaan ataupun pembangkang.Perkara inilah yang telah menyebabkan begitu sukarnya seluruh mahasiswa di Universiti Malaya ini bersatu.Apakah hanya satu golongan sahaja yang memperjuangkan hak untuk mahasiswa dan satu lagi pihak tidak memperjuangkan hak mahasiswa?adakah hanya satu golongan mahasiswa sahaja yang membawa suara daripada mahasiswa?tentulah jawapanya tidak kerana kedua-duanya berjuang bersama-sama untuk mengangkat martabat mahasiswa itu sendiri.Walaupun berbeza daripada segi ideologi dan pemikiran tetapi masih ada titik persamaan antara dua golongan ini.Sebab itu penulis berani menyatakan supaya Mahasiswa membuang pakaian mereka daripada pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa untuk bersatu diatas satu payung dan panji iaitu ``MAHASISWA`` itu sendiri.Perkara walaupun nampak sukar dan mendapat banyak tentangan oleh pihak-pihak yang berkepentingan tetapi sedarlah dan insafilah bahawa penyatuan ini bakal merubah landskap politik dalam negara kita dan membawa negara kita kearah politik yang baru hasil daripada penyatuan mahasiswa ini.Jika perkara ini benar-benar belaku akan memberikan signal yang jelas kepada kerajaan bahawa seluruh mahasiswa telah bersatu menuntut supaya hak-hak mahasiswa dikembalikan dan kejayaan itu merupakan kejayaan mahasiswa secara bersama.

Penulis mengharapkan penyatuan mahasiswa ini kerana penulis sendiri merasa sedih dan pilu melihat rakan-rakan mahasiswa bergaduh dan bertekak kerana berlainan ideologi dan pemikiran.Walhal jika kita semua bersatu akan memberikan suntuikan semangat yang baru kepada mahasiswa untuk membawa perjuangan mahasiswa itu sendiri.Perpaduan dan penyatuan kita ini haruslah jelas dan bermatlamat iaitu untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa golongan mahasiswa ini adalah golongan intelek yang mampu membawa perubahan kepada landskap politik di dalam negara kita.Kami mahasiswa bersatu demi isu-isu negara yang melibatkan kepentingan bersama walaupun kami berbeza ideologi dan pemikiran.Titik persamaan itu tetap ada walaupun kadang-kadang sukar dicari.Jadilah golongan mahasiswa yang boleh memberi suntikan dan nafas baru kepada negara kerana kita merupakan golongan mahasiswa dalam abad baru yang lebih mencabar dan mempunyai banyak halangan tetapi yakinlah bahawa jika semua mahasiswa bersatu hasrat dan impian untuk melihat negara ini lebih baik dan mencapai wawasan 2020 kita haruslah memperjuangkan bersama-sama.

sekian.

DARI MAHASISWA,UNTUK MAHASISWA,KEPADA MAHASISWA
WE UNITE WE UNITE WE UNITE FOR UM

P/S;penulis merupakan JURUCAKAP SPKUM(SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM) dan juga PRESIDEN KOLEJ UNGKU AZIZ UM.