Pages

Thursday, August 5

WAKIL SPKUM DI SEMINAR PEMBANGUNAN MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN



  Wakil SPKUM iaitu saudara MOHD ASRI BIN ZULKIFLI telah berkesempatan untuk mengikuti SEMINAR PEMBANGUNAN MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN PERINGKAT IPT(SEPAKAT2010) pada 23-25 julai yang lalu di UIAM.Saudara MOHD ASRI ZULKIFLI  juga diberikan kesempatan untuk membentangkan kertas kerja beliau sendiri iaitu PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR;SUATU KAJIAN DAN PENGALAMAN DI KOLEJ KEDIAMAN UM.Selain itu turut hadir ialah 2 orang wakil MPMUM bahagian kolej kediaman.Seminar ini telah diadakan buat julung kalinya dan melibatkan lebih 20 IPTA di Malaysia.
Berikut merupakan resolusi yang dicapai sepanjang seminar ini dijalankan:
1.Kolej kediaman sebagai platform membentuk keperibadian secara bersepadu melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti :
       kepimpinan                            
       akademik
       keusahawanan
       kebudayaan
       sukan
       kerohanian
       hubungan luar dan antarabangsa
       khidmat masyarakat 
2. Pendedahan, pengetahuan dan pengalaman yang    membentuk mahasiswa menjadi individu yang lebih  baik dalam aspek-aspek berikut (soft skills) :
       kemahiran berkomunikasi
       bekerja secara berpasukan
       pengurusan masa
       kualiti kepimpinan
       proaktif
       penjanaan idea
       kreatif dan kritis
       jalinan kerjasama dengan pihak lain
       pengurusan kewangan
3. Kemampuan merealisasikan idea-idea hebat yang  memberi kesan kepada :
       Alam sekitar :Melestarikan alam sekitar – contoh Eco-Desa
       Masyarakat :Sumbangan – contoh Baktisiswa/OPKIM, Kempen Derma Darah
       Dasar 1 Malaysia – contoh Festival Kesenian
            Pengantarabangsaan – contoh Lawatan ke luar negara
       Pencapaian/nama baik negara :Wakil negara – contoh Sukan Universiti/Karnival Sukan
4. Perubahan oleh mahasiswa dalam menangani  perubahan alaf 21
       adab
       ketinggian ilmu
       persiapan diri oleh mahasiswa sendiri (mental dan fizikal)
       berpandangan jauh
       mempunyai perancangan
       pemikiran dinamik
       memiliki perspektif berbeza
5. Pendekatan holistic
       Pegangan agama
       Galakan
            -Kawan-kawan yang positif, orang-orang yang berilmu,
            ibu bapa & Tuhan
       Pengaruh negatif
            -Elemen ilmu, emosi, tabiat dan roh menghalang gejala tidak elok
       Kepentingan hiburan -dihadkan
6. Panduan
       ketrampilan
       kepimpinan
       beramal
       berilmu
7. Peranan mahasiswa sebagai pemimpin di kolej kediaman :
       Soft skills yang sama
       Penganjuran program yang berkesan
       Tanggungjawab membangun potensi diri, masyarakat, bangsa dan negara
       Hakikat bakat kepimpinan
       Interaksi dengan mahasiswa lain
       Halangan dasar atau akta
       Contoh yang baik
       Kehidupan selepas meninggalkan alam mahasiswa
8. Kerjasama dengan pihak pentadbiran kolej, pengetua dan felo
       Maklumat
       Kebajikan mahasiswa diutamakan
       Wujudkan suasana kekeluargaan di kolej kediaman
       Sumber rujukan
       Kepimpinan melalui tauladan
       Pemantauan/pemberi nasihat
Kesimpulan
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti di kolej kediaman melalui pendekatan bersepadu diharapkan akan
melahirkan mahasiswa berketrampilan dan seterusnya
memenuhi aspirasi masyarakat dan negara

No comments:

Post a Comment