Pages

Thursday, August 5

TAKZIAH Allahyarham Zulkhairil Azmi


Perutusan JURUCAKAP SPKUM : MOHD ASRI BIN ZULKIFLI
 
Saya mewakili seluruh  barisan kepimpinan  Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman serta JTK JIK Kolej-Kolej Kediaman mengucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Zulkhairil Azmi bin Md. Bukhari,19 tahun yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 5 bangunan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya . Beliau merupakan pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

kejadian ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di kolej kediaman Universiti Malaya.Kami di barisan pimpinan Kolej Kediaman merasa kesal dengan perkara yang telah berlaku ini dan memohon supaya pihak pentadbiran kolej kediaman dan Universiti memandang serius isu yang telah berlaku ini.

Semua Mahasiswa yang tinggal di kolej-kolej kediaman jadikanlah perkara yang telah berlaku ini sebagai pengajaran.Semoga kejadian ini merupakan yang terakhir akan berlaku di Universiti Malaya ini INSYAALLAH.Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama-sama.

Allah SWT pernah berfirman di dalam kitabNya yang bermaksud,

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh, dia memperolehi kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”  -Al-Imran:185-

Renungkanlah maksud ayat di atas. Saya mengajak seluruh  pimpinan kolej kediaman bersama-sama kita mendoakan semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT hendaknya. Amien.

No comments:

Post a Comment