Pages

Friday, August 6

Perutusan JURUCAKAP SPKUM : MOHD ASRI BIN ZULKIFLI

Majlis konvokesyen sememangnya dinanti-nantikan oleh semua yang bergelar Mahasiswa.Tarikh keramat ini merupakan suatu kejayaan terbesar bagi mereka yang bergelar Mahasiswa kerana dapat menggengam segulung ijazah dan memakai jubah kebanggaan sebagai tanda kejayaan menimba ilmu di menara gading ini.SPKUM mengucapkan sekalung tahniah kepada semua graduasi UNIVERSITI MALAYA terutama kepada seluruh kepimpinan kolej-kolej kediaman Universiti Malaya serta seluruh warga kolej-kolej kediaman Universiti Malaya yang telah menerima ijazah masing-masing pada istiadt konvokesyen Universiti Malaya yang sedang berlangsung sekarang ini.


kami daripada pihak SPKUM mengharapkan agar mahasiswa yang telah bergraduasi ini bukan sahaja akan mendapat kerjaya yang baik di luar sana tetapi dapat juga menyumbang bakti kepada masyarakat.Gunakanlah segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang berada di Universiti ini untuk dimanfaatkan kepada masyarakat.
SPKUM juga mengalu-alukan kepada seluruh alumni kepimpinan kolej kediaman Universiti Malaya untuk terus memberikan khidmat bakti kepada Universiti dan Mahasiswa di kolej kediaman sebagai satu pengantaraan dan juga perkongsian pengalaman bagi memartabatkan lagi Universiti Malaya di peringkat perdana.Jangan sesekali lupa asal usul kita dan jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.Bersama-samalah kita membantu rakan-rakan mahasiswa yang masih lagi dalam pengajian di Universiti ini.


Majlis konvokesyen yang ke 49 ini merupakan satu tarikh keramat kepada mereka yang bergraduasi sepanjang 4 hingga 8 ogos ini.Bukan sekadar mengenggam segulung ijazah tetapi genggamlah segulung ijazah itu sebagai hero dan wira yang telah berjaya mencipta kejayaan manis kepada keluarga,agama,bangsa dan negara.Mahasiswa merupakan gelaran keramat yang akan menjadi ingatan dan memori yang sesekali tidak akan kita lupakan kerana gelaran keramat itulah yang telah meledakkan darah kita dan semangat dalam diri kita untuk terus menjadi mahasiswa yang berjaya bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi juga berjaya kepada masyarakat.Sudah pasti Mahasiswa yang telah begraduasi ini akan tersenyum lebar menerima segulung ijazah itu andai mereka telah berjaya mencipta sesuatu kejayaan yang sangat bermakna bagi diri mereka sendiri dan masyarakat.


``TAHNIAH KEPADA GRADUASI UNIVERSITI MALAYA DARIPADA SPKUM``

No comments:

Post a Comment