Pages

Tuesday, August 10

BERITA HARIAN:MAHASISWA BOLEH AKTIF POLITIK DITELITI

Mahasiswa boleh aktif politik diteliti: Saifuddin
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2010/08/10

Kementerian atur perbincangan minta pandangan pelbagai pihak

GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi akan mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) membabitkan diri dalam parti politik.

"Kelmarin, saya menerima resolusi daripada wakil pemimpin mahasiswa mewakili 20 IPTA pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bersetuju membenarkan mahasiswa terbabit dalam parti politik dengan bersyarat serta memerlukan penelitian serius.

"Saya menyambut baik resolusi ini. Jadi, kita akan mempertimbangkan cadangan berkenaan berikutan ia dipersetujui dan mewakili suara mahasiswa IPTA itu sendiri,” katanya selepas mempengerusikan syarahan Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas berhubung Pengajian Tinggi Menurut Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Saifuddin berkata, kerajaan bersedia berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membolehkan mahasiswa membabitkan diri dalam politik.

"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan. Selain itu, ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya.
Tahun lalu, kerajaan meminda AUKU dan memberi banyak kebebasan tetapi masih tidak membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.

Saifudin berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, pihaknya akan membawa usul ke Parlimen untuk pindaan AUKU bagi memperluaskan lagi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik.

"Bagaimanapun, perbincangan mengenai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik itu mungkin mengambil masa kerana ia memerlukan kajian terperinci berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan mereka,"
 katanya.


``SPKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH  KEPADA DATUK SAIFUDIN ABDULLAH DI ATAS KEPRIHATINAN DAN KETERBUKAAN PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGKAJI DAN MENILAI KEMBALI AUKU YANG MENJADI ISU HANGAT KEPADA GOLONGAN MAHASISWA.SEMOGA KEINTELEKTUALAN AKAN TERUS SUBUR DALAM DEMOKRASI POLITIK DI NEGARA KITA.``
 

No comments:

Post a Comment