Pages

Saturday, August 7

TAHNIAH PROF DR. ROHANA ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI TNC HEPA UM

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Prof Dr Rohana Yusof dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya (UM) yang baru berkuat kuasa esok.
UM dalam satu kenyataan di sini berkata pelantikan Dr Rohana adalah bagi tempoh tiga tahun menggantikan Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris yang penggalnya berakhir hari ini.

Sebelum pelantikannya, Dr Rohana yang merupakan pakar virus denggi adalah Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Penyelidikan dan Inovasi di AKEPT, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Biokimia dari Leeds University, United Kingdom, ijazah Sarjana dalam bidang Sains dari UM, dan ijazah Sarjana Muda Sains (Biokimia) dari Lancaster University, United Kingdom. - Bernama
 SPKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PROF DR ROHANA ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR HEPA WANITA PERTAMA DI UNIVERSITI MALAYA.SEMOGA BONDA PROF DR ROHANA DAPAT MELAKSANAKAN HASRAT MISI DAN VISI UNIVERSITI MALAYA.

1 comment:

  1. Congratulation prof.. Memang admire her career dari dulu til now :) ~ Qamarina Azizan

    ReplyDelete